Bercuti bersama keluarga dan rakan sememangnya menjadi impian semua. Mana tidaknya, inilah masanya untuk anda merehatkan minda setelah penat berkerja. Walau bagaimanapun, kekangan utama untuk bercuti adalah kos perbelanjaan. Oleh kerana itulah anda percutian bajet agar biarpun bajet, anda tetap dapat menikmati percutian yang bermakna.
Yelah, kebanyakkan tempat tarikan pelancong mengenakan bayaran masuk yang mahal. Harga hotel pula semakin melambung. Jadi perlulah anda rancang percutian agar anda tidak berbelanja di luar kemampuan.
Kalau anda tidak mempunyai bajet yang banyak pun tak mengapa. Tempat pertcutian bajet di Malaysia yang kami cadangkan ini sangat berpatutan dan memerlukan kos minimum.
#1 Tanah Tinggi, Pahang
Tanah Tinggi adalah salah satu tempat percutian menarik di Pahang. Terletak di Bentong, ia merupakan lokasi bajet yang wajib anda kunjungi.
Tarikan utama di sini adalah bangunan utamanya iaitu Colmar Tropicale yang menyerupai reka bentuk bangunan Perancis. Ini sudah pasti membuatkan anda seolah berada di Eropah.
Selain suhunya yang sejuk, banyak lagi aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Antaranya:
Japanese Village
Harga tiket: Dewasa (RM12) | Kanak-kanak (RM8)
Animal Park
Harga tiket: RM3 setiap seorang
Botanical Garden
Harga tiket: RM15
Lagipun lokasi Bukit Tinggi ini tidaklah jauh sangat dari Kuala Lumpur. Cuma memakan masa sekitar 1 jam perjalanan sahaja.
Kami dah cerita panjang lebar tentang tempat ini dalam artikel 14 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Pahang.
#2 Upside Down House KL Tower
Semua item dalam rumah ini diterbalikkan, dan anda pula berpijak pada siling dan bukannya lantai. Upside Down House yang terletak di dalam kawasan KL Tower ini adalah salah satu lokasi untuk anda merakam banyak gambar kenangan bersama keluarga.
Mana tidaknya, bila lagi anda nak lihat semua perabot yang ada diterbalikkan?
Harga tiket: RM5.30
Waktu operasi: 10am – 10pm
Alamat: Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
#3 Kolam renang KLCC Park
Tahukah anda bahawa terdapat sebuah kolam renang bersaiz besar dibuka secara percuma kepada orang awam di taman KLCC. Akan tetapi ia adalah kolam renang cetek untuk kanak-kanak sahaja.
Ini adalah satu-satunya tempat mandi di Kuala Lumpur yang percuma. Kat tempat lain memang mahal kerana ia adalah taman tema air bertaraf antarabangsa.
Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur
#4 KL Forest Eco-Park
Untuk menyeimbangkan alam sekitar, pihak kerajaan memelihara sebuah hutan simpan mini di tengah-tengah KL. Ia bukanlah sebuah hutam simpan biasa tetapi berlandskap indah dan memiliki Walk Canopy.
Ia sebuah jambatan gantung yang membolehkan pengunjung berjalan di atasnya dan mengelilingi hutan ini.
Pengunjung disamping itu dapat mengetahui serba sedikit akan alam sekitar kerana terdapat banyak papan tanda penuh informasi.
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: 7 am – 6 pmÂ
Alamat: 8, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur
#5 TS Wonderland Indoor Water Theme Park, Pasir Gudang
Nah kalau bercerita tentang taman tema di Johor mesti kita terbayangkan Legoland bukan? Tapi tiket masuk Legoland tu mahal. Apa yang kita nak adalah percutian bajet di Malaysia.
Kami cadangkan anda ke salah satu taman tema air di Johor, iaitu TS Wonderland Indoor Water Theme Park.
Terletak di Pasir Gudang, TS Wonderland agak unik kerana ia merupakan taman tema air yang terletak di bawah bumbung. Anda tidak perlu khuatir akan faktor cuaca lagi.
Di dalamnya terdapat taman permainan di dalam air yang pasti membuatkan anak-anak teruja. Agak luas dan menyediakan beberapa jenis gelongsor menarik.Â
Harga tiket: Dewasa: RM25 | Bawah 75cm: Â Percuma | Warga emas: PercumaÂ
Waktu operasi: 10 am – 10 pmÂ
Alamat: 6015-C, Jalan Ciku Utama 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
#6 Tandom Hills Resorts
Buat pencinta alam sekitar dan aktiviti outdoor, jangan lepaskan peluang untuk menginap di Tandom Hills Resorts yang terletak di Banting, Selangor.
Di sini anda berpeluang menginap di dalam chalet unik yang beratapkan daun nipah. Dekorasi menarik dan lain dari yang lain.
Tambahan pula, ia sesuai untuk mereka yang sedang berjimat kerana ia dikelaskan sebagai percutian bajet RM200.
Banyak sekali aktiviti menarik yang ada di sini seperti berkayak, flying fox, sukan lasak ATV dan banyak lagi. Semua ini anda boleh nikmati pada harga bawah RM200.
Tempah di sini:
Alamat: No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
#7 Pantai Chendor Pahang
Dalam banyak-banyak lokasi eko-pelancongan, pasti ada tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui ramai. Pantai Chendor terletak 1 km dari Cherating. Mungkin kerana ramai yang ingin ke Cherating membuatkan pantai tersorok ini tidak diketahui umum.
Pantainya landai, sesuai untuk anak-anak kecil mandi manda. Bahkan pantai ini cukup bersih dek kerana kekurangan pengunjung.
Sesuai sekali untuk anda dan rakan rakan datang mengambil air sambil berjalan di tepi pantai.
#8 Teratak Malaya
Kami yakin warga Kuala Lumpur pasti mendambakan percutian nyaman dan jauh dari hiruk pikuk kota. Tidak perlu ke lokasi jauh, Janda Baik sahaja sudah cukup untuk memenuhi kehendak percutian anda.
Sebuah chalet yang terletak di tepi sungai dan berlatar belakangkan pemandangan bukit bukau.
Persekitarannya bersih dan mendamaikan. Pengunjung boleh mandi sungai, mengadakan BBQ, memancing, dan banyak lagi. Harganya pular sekitar RM120 satu malam.
Tidak hairanlah mengapa Janda baik dikelaskan sebagai tempat menarik di Malaysia 2019.
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
#9 Miniature Wonders Art Gallery Ipoh
Perak merupakan salah satu negeri di Malaysia yang menyimpan banyak sejarah penting negara. Miniature Wonders Art Gallery Ipoh mengumpul sejarah yang berlaku dan menterjemahkannya dalam bentuk miniature.
Pengunjung dapat melihat ukiran patung kecil disusun menggambarkan kehidupan, pekerjaan, perlombongan, senibina, dan budaya China pada zaman dahulu.
Setiap perinciannya cukup memukau!
Harga tiket: RM5Â
Waktu operasi: 8.30am – 6pmÂ
Alamat: 49, Jalan Market, 30000 Ipoh, Negeri Perak
#10 Kompleks HiG Duty Free Mall (HIG)
Bercerita tentang percutian bajet tidak akan lengkap sekiranya kami tidak selitkan tempat shopping. Kalau bercuti sudah tentulah ingin membeli belah serta mendapatkan cenderamata buat tersayang. Langkawi adalah tempat terbaik kerana pulau ini bebas cukai.
Sekiranya ke Langkawi, pastikan anda ke Kompleks HiG Duty Free Mall (HIG) untuk borong coklat murah.
Pelbagai coklat berjenama antarabangsa dijual pada harga yang sangat rendah. Jauh lebih murah dari pasaraya di tempat lain. Jenama coklat terdiri daripada Daim, Toblerone, Cadbury, Kinder Bueno, Hershey’s Kisses, Pepero, Ritter Sport, dan banyak lagi.
Hah, kalau coklat Daim tu anda boleh beli pada separuh harga tau!
Waktu operasi: 9 am – 9.30 pmÂ
Alamat: Jalan Penarak, 07000 Langkawi, Kedah
Itulah dia antara beberapa lokasi percutian bajet di Malaysia yang boleh anda kunjungi. Banyak tempat menarik bukan? Jangan sangka bercuti ni memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Sedangkan banyak tempat murah yang menarik.