Negeri Terengganu memang kaya dengan destinasi ekopelancongan. Kedudukan geografinya yang strategik membuatkan negeri ini dikurniakan dengan pulau tropika indah, persisiran pantai yang memukau. Tetapi apakah lagi tempat menarik di Terengganu selain pulau yang berbaloi untuk anda kunjungi?
Nah, sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Terengganu selain pulau dan pulau yang boleh anda kunjungi. Kesemuanya menawarkan aktiviti menarik untuk anda seisi keluarga luangkan masa bersama.
#1 Pasar Payang
Tempat membeli-belah di Terengganu yang paling popular. Pasar Payang sentiasa menjadi pilihan ramai, baik di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong.
Pasar ini menawarkan pelbagai jenis barangan tempatan seperti aneka snek, ikan masin, keropok, kain songket, tenun, batik, barangan tembaga dan sebagainya.
Kira-kira 1000 penjual ditempatkan di sini, jadi anda memang akan rambang mata melihat barangan yang dijual.
Malah, kesemuanya dijual pada harga berpatutan. Bolehlah beli sebagai cenderamata untuk di bawa pulang.
Waktu operasi: 8 am – 6 pm
Alamat: 77, Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
#2 Taman Tamadun Islam
Taman Tamadun Islam memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat semua replika masjid dan monumen ikonik dalam tamadun Islam dunia. Terdapat kira-kra 21 buah replika kesemuanya antaranya, Masjidil Aqsa, Istana Alhambra, Kota Lama Islam Aleppo, Kubah As Skahrah dan banyak lagi.
Biarpun kecil, ia dibina mirip bangunan asal dan ini membuatkan anda seolah berada di lokasi nyata.
Selain monumen tarikan lain yang terdapat di sini adalah Masjid Kristal, TTI River Cruise.
Harga tiket: Kanak – kanak bawah 12 tahun RM15.90 | Dewasa: RM21.20
Waktu operasi: 9 am – 7 pm | tutup pada Selasa
Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu
#3 Masjid Kristal
Mercu tanda yang menjadi kebanggaan Terengganu. Merupakan antara masjid tercantik di Malaysia. Selain senibinanya yang indah, struktur yang diperbuat daripada kristal, besi, dan kaca ini menambahkan lagi keindahan masjid ini.
Orang ramai berpusu pusu hadir menunaikan solat, selain ingin melihat keindahannya yang berada di tepi sungai
Lebih cantik jika datang pada waktu senja. Kerana warna cahaya matahari terbenam membuatkan masjid ini memantulkan cahaya mempersonakan.
Alamat: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
#4 TTI River Cruise
TTI River Cruise merupakan sebahagian daripada tarikan yang ada di Taman Tamadun Islam. Ia memberi peluang kepada pelancong untuk menysuri Sungai Terengganu dan menikmati keindahan kawasan sekitarnya.
Dalam tempoh sekitar 45 minit, anda akan dapat melihat replika seni bina teragung Islam yang ada di Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Jambatan Angkat, perkampungan nelayan, bandar Kuala Terengganu.
Serius, memang tidak rugi naik cruise ini.
Harga tiket: Dewasa RM22.90 | Kanak kanak/ W. Emas RM16.90 | Bawah 7 tahun percuma
Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu
#5 Muzium Negeri Terengganu
Diktiraf sebagai muzium tercantik di Malaysia, Muzium Negeri Terengganu tersegam indah bak istana zaman dahulu kala, dan menonjol dari segi landskapnya.
Muzium yang terbesar di Asia Tenggara ini cukup luas dan mempamerkan lebh 30,000 artifak dan bahan sejarah penting buat Terengganu dan Malaysia.
Terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, taman herba, taman botani dan 4 buah rumah tradisional.
Ada juga yang dipamerkan dalam bentuk 3D untuk menarik minat pengunjung untuk lebih memahami nilai sejarah. Muzium Negeri terengganu adalah tempat menarik untuk anak-anak dan seisi keluarga. Berbaloi dilawati kerana pamerannya bertaraf antarabangsa.
Jangan ketinggalan untuk melihat sendiri Batu Bersurat yang merupakan bukti kedatangan awal Islam ke Tanah Melayu. Wajarlah ia disenaraikan antara tempat menarik di Terengganu
Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak kanak RM2
Waktu operasi: 9 am – 5 pm | tutup pada Jumaat
Alamat: 20566 Bukit Losong, Terengganu
#6 Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
Buat mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, berkunjung ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu pastinya akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka.
Di sini pelbagai informasi berkaitan sains dan alam sekitar dipamerkan. Kesemuanya dipaparkan dalam bentuk interaktif, berwarna warna, bergambar, dan ada juga dalam bentuk 3D.
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan puluhan mural menarik.Â
Harga tiket:
Waktu operasi: 9 am – 5 pm | tutup pada Jumaat
Alamat: Kampung Laut Chendering, 21080 Kuala Terengganu
#7 Kompleks Kraf Noor Arfa
Selain pantai dan keropok lekor, industri pembuatan batik dan tekstil juga senonim dengan negeri Terengganu. Kaum wanita pasti teruja sekiranya dapat singgah ke Kompleks Kraf Noor Arfa.
Dapatlah anda membeli kain batik, tenun, dan songket eksklusif untuk dibawa pulang. Selain itu, anda juga berpeluang melihat proses mencanting batik. Cukup unik!
Produk tempatan seperti kraftangan, hasil seni, lukisan, turut dijual.
Waktu operasi: 8.30 am – 6 pm
Alamat: Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu
#8 Keropok Losong Adik Beradik
Boleh dikatakan sepanjang jalan terdapat kedai menjual keropok losong. Maklumlah, permintaan sentiasa tinggi baik dari penduduk tempatan mahupun pelancong. Keropok Losong Adik Beradik adalah keropok lekor sedap di Kuala Terengganu.
Tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan. Bukan sahaja sedap, segar, bahkan ia cukup murah. Harganya cuma RM1 untuk satu batang.
Pelbagai jenis keropok dijual, iaitu dari yang dirabus, goreng, keping, sira, dan macam macam lagi.
Waktu operasi: 9 am – 7pm | tutup pada Jumaat
Alamat: Kampung Kuala Hiliran, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
#9 Chinatown
Kuala Terengganu turut memiliki Chinatown tau. Ia merupakan sebuah bandar kecil yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang unik. Apa yang menarik di sini adalah terdapatnya butik-butik pakaian dan kedai hipster untuk anda lepak bersama rakan.
Malah, pengunjung berpeluang untuk bergambar dengan pelbagai grafiti atau lukisan dinding. Kesemua lukisan ini cukup indah dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Lorong Warisan Dunia, Lorong Penyu, dan lain-lain.
Tempat menarik di Kuala Terengganu 2019 ini wajar dikunjungi kerana anda boleh merakam banyak gambar cantik.
Alamat: 77, Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu
#10 Bukit Besar
Jika berada di Kuala Terengganu, pastinya anda akan perasan akan pemandangan Bukit Besar yang tertera perkataan ‘Allah Peliharakanlah Terengganu’. Kalau nak tahu, ia dibuka kepada pengunjung aktiviti hiking dan jogging.
Taman Bukit Besar pula baru sahaja dibuka dan ia kini menjadi tempat riada pada waktu petang dan hujung minggu.
Apa yang menarik tentang Bukit Besar adalah anda berpeluang melihat bandar KT dari pandangan atas.
Alamat: Jalan Kemajuan, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu Hours: Open 24 hours
#11 Bazar Warisan
Salah satu tempat shopping di Terengganu yang wajib anda singgah. Terletak bersebelahan Pasar Payang, Bazar Warisan menawarkan pelbagai jenis barangan tempatan seperti kain batik, songket, tenun, kraftangan, dan macam-macam lagi.
Para pelancong sering menjadikan bazar ini sebagai lokasi untuk mereka membeli pakaian dan cenderamata. Bangunan tiga tingkat ini dipenuhi dengan ratusan kedai dan tingkat tiga pula menempatkan kedai makan dan kudapan.
Alamat: 19, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu,
#12 Kenyir Water Park
Bukan sahaja pulau dan pantai cantik, bahkan anda juga berpeluang untuk ke taman tema air di Terengganu. Kenyir Water Park menawarkan keseronokkan dan pemandangan tasik buat pengunjungnya.
Terletak kira-kira 1 jam pemanduan dari Kuala Terengganu, ia tidaklah se-gah tempat mandi di Kuala Lumpur. Tetapi cukup untuk menyegarkan badan pada hari minggu. Kawasannya luas, dilengkapi dengan beberapa buah gelongsor, kolam renang besar, serta mesra kanak-kanak.
Harga tiket: RM5 seorang | Banana boat RM10 | Mega Slice RM10
Alamat: Pulau Poh, Kenyir Hulu Terengganu
#13 Kelip-kelip di Sungai Yah Yah
Memang sukar untuk menyaksikan cahaya kelip-kelip. Namun sekiranya anda berada di sekitar Sungai Yah Yah, jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Terdapat perkhidmatan bot yang akan membawa anda melihat kumbang istimewa ini.
Namin, sekiranya hadir pada bukan musim haiwan ini berkumpul, perkhidmatan menyelusuri Sungai Yah Yah masih ditawarkan.
Pengunjung akan di bawa menaiki bot untuk melihat flora dan fauna hutan paya bakau dan dalam masa sama menerima inforasi menarik dari pemandu.
Harga tiket: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10
Alamat: Taman Rekreasi & Zoo Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, 24000 Kemaman
#14 Zoo Kemaman
Tempat menarik di Kemaman ini wajar anda lawati bersama anak-anak. Zoo Kemaman yang berkeluasan 54 hektar ini menempatkan pelbagai spesis haiwan termasuklah haiwan liar seperti gajah, orang utan, dan harimau.
Kesemua haiwan ini dijaga dan dipaparkan kepada pengunjung dalam keadaan terurus dan bersih sekali.
Bukan sahaja zoo, ia turut menempatkan taman herba, tropika, taman rekreasi, dan taman tema mini. Banyakkan aktiviti menarik di Zoo Kemaman ini? Berbaloi sekali kalau anda habiskan masa hujung minggu di sini.
Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak kanak RM7 | Kolam renang RM5/pax
Alamat: Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman
#15 La Hot Spring
Tempat menarik di Terengganu selain pulau seterusnya adalah La Hot Spring iaitu kolam air panas yang terletak di Jerteh. Seperti yang kita ketahui, kolam air panas memang bagus untuk kulit dan memulihkan masalah sendi tulang.
Ramailah yang datang bermandi manda dan merendam kaki di sini. Anak-anak kecil tidak melepaskan peluang untuk bermain air.
Malah, sebuah kolam dan tempat duduk selesa disediakan. Fasiliti seperti tandas, tempat persalinan, gerai makanan, taman, serta surau turut tersedia.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Taman Rekreasi Air Panas La Hot Spring, 22010 Jerteh, Terengganu
Resort menarik di Terengganu
Kami cadangkan anda menginap di Sutra Beach Resort yang terletak di Setiu, kerana resort ini memiliki segala yang anda impikan untuk percutian tepi pantai. Penulis sendiri pernah menginap di sini, ternyata memang tidak puas menikmati keselesaan dan kemudahan yang disediakan.
Biarpun bertaraf 3 bintang, ia menawarkan kolam renang gergasi infinity bersama mini bar di tengah.
Bilik pula luas dan menghadap pantai yang indah. Tambahan pula, setiap tempahan hadir bersama sarapan pagi percuma.
Harga bilik: RM147 di Agoda.
Alamat: Kampung Rhu Tapai, Merang, Kampung Rhu Tapai, 21010 Setiu
Tempat menarik di Setiu
- Boarwalk Setiu
- Pantai Penarik
- Sutra Beach Resort
Tempat menarik di Pulau Duyung
- Duyong art Gallery
- D’Ganu Steamboat Cafe
- Kota Lama Duyung
- Duyong Marina & Resort
Tempat menarik di Kelantan
- Pasar Siti Khadijah
- Pantai Senok
- Bazar Tok Guru
- Wakaf Che Yeh
Rupanya banyak tempat menarik di Terengganu selain pulau yang berbaloi dilawati. Setiap satu daripanya menawarkan aktiviti menyeronokkan untuk anda habiskan masa bersama keluarga dan rakan. Atau anda ada cadangan lokasi lain? Kemukakan dalam ruangan komen di bawah.