Buat warga kota yang tak mahu travel jauh-jauh, anda tak payah pening kepala. Ini kerana banyak tempat berkelah di Selangor yang berbaloi untuk anda healing weekend nanti.
Di Selangor anda boleh berkelah di:
- Pantai
- Air terjun
- Sungai
- Tasik
- Taman tema
- Resort
Selangor ni banyak menyimpan destinasi percutian. Jom tengok beberapa tempat berkelah di Selangor & aktiviti menarik yang boleh anda lakukan!
PANTAI |
Pantai Morib |
Terletak kira-kira 1 jam perjalanan sahaja dari Kuala Lumpur menjadikan Pantai Morib sebagai destinasi βgetawayβ warga kota pada hujung minggu.
Pantainya landai dan airnya cetek membuatkan ia sangat mesra kanak-kanak. Seronok juga sekiranya dapat menikmati angin laut yang segar dan melihat pohon ru melambai-lambai.
Aktiviti di Pantai Morib:
- Bermain layang-layang
- Berkelah
- Mandi pantai
- Memancing
Banyak kemudahan seperti tempat berteduh, laluan pejalan kaki, tandas, surau, dan taman permainan, restoran.
Anda boleh tonton keseronokkan Pantai Morib dalam video di bawah.
Pantai Bagan Lalang |
Pantai Bagan Lalang adalah antara pantai di Selangor yang tersohor. Sama seperti Morib, pantainya landai terutama waktu air surut. Anda boleh berjalan sejauh 400 meter ke tengah laut. Ini sekali gus bakal menghasilkan gambar kenangan yang cantik.
Aktiviti di Pantai Bagan Lalang?
- Mandi manda
- Berkelah
- Berkhemah
- Bermain layang-layang
- Menaiki ATV
Kemudahan tempat kereta juga disediakan. Begitu juga dengan tandas, taman permainan, serta tempat berteduh.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam di sini kerana panoramanya sangat memukau.
Sky Mirror Kuala Selangor |
Masih ramai yang tak tahu akan kewujudan tempat menarik di Kuala Selangor ini. Fenomena air surut di mana permukaan air laut seolah sebuah hamparan cermin.
Ini membolehkan anda melihat pantulan langit yang indah.
Cara ke Sky Mirror Kuala Selangor
Thankfully, ada syarikat pelancongan yang sediakan servis ini. Anda boleh tempah tiket di Klook. Anda hanya perlu:
- Tempah tiket di Klook
- Berada di Jeti Kuala Selangor seawall 6 pagi.
Harga tiket: RM42 (hanya di – Klook)
Pantai Cunang Tanjung Sepat |
FYI, Pantai Cunang terbentuk akibat tsunami tahun 2004. Tidak jauh dari penempatan orang asli.
Kawasannya tenang dengan pemandangan pokok paya bakau. Air cetek dan sesuai untuk kanak-kanak main air. Syok untuk healing dan bergambar.
Kemudahan:
- Gazebo
- Paya bakau trail
- Tandas
AIR TERJUN |
Air Terjun Chilling |
1 jam 21 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Laluan ke Air Terjun Chilling ini agak mencabar.
Mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas.
Tetapi menjadi kegilaan buat peminat hiking. Pengunjung perlu melalui 5 batang anak sungai, laluan sempit dan licin sebelum sampai ke kawasan airt terjun.
Air terjun di sini bertingkat, luas, dan air kolam yang cetek. Just nice untuk mandi manda. Amat berbaloi untuk hiking bersama rakan.
Waktu operasi: Jumaat, Sabtu Ahad (8 am – 6 pm)
Harga tiket: Percuma |
Air Terjun Gabai |
Merupakan tempat mandi di Selangor yang cukup popular. Terletak di di Hulu Selangor, air terjun ini senang di akses, mesra keluarga, banyak kemudahan, selamat untuk kanak-kanak.
Pengunjung boleh pilih untuk mandi di bawah air terjun atau di anak sungai sekitarnya.
Banyak pondok-pondok kecil untuk berkelah serta terdapat kawasan untuk adakan BBQ.
Kemudahan:
- Gazebo
- Tandas
- Tempat persalinan
- Tempat letak kereta
Harga tiket Air Terjun Gabai: RM1 seorang |
Air Terjun Templer |
Tempat berkelah di Selangor seterusnya adalah Air Terjun Templer yang merupakan sebahagian daripada Taman Rimba Templer.
Fasiliti dan landskap di sini sememangnya pada tahap terbaik. Ia dijaga rapi dan senang di akses.
Tak hairanlah mengapa penduduk setempat suka beriadah di sini.
Kemudahan:
- Tapak perkhemahan
- Gazebo
- Surau
- Tandas
- Kawasan jogging
Harga tiket: Kereta (RM2) Motorsikal (RM1) |
SUNGAI |
Sungai Congkak Recreational Forest |
Hutan Lipur Sungai Congkak menawarkan kawasan perkelahan yang cantik dan senang di akses.
Air cetek, jernih dan sejuk membuatkan ia sesuai untuk mandi-manda. Ramai yang berkelah & BBQ di tepi sungai.
Kawasan ini juga mempunyai chalet untuk mereka yang ingin bermalam.
Skytrex Sungai Congkak
Nak rasa flying fox dan aktiviti mencabar? Anda bleh ambil mana-mana pakej Skytrex Sungai Congkak. Harga dari RM55 sahaja.
Harga tiket Sungai Congkak: Dewasa RM2 , Kanak-kanak RM1 |
Taman Eko Rimba Sungai Tua |
Taman Eko Rimba Sungai Tua ini terletak di Hutan Hulu Gombak. 25 km dari bandar Kuala Lumpur. Dekat kan?
Apa yang menarik di sini adalah keindahan flora dan faunanya. Ia tidak dibangunkan sebagai tempat rekreasi lain untuk menjaga alam sekitar. Tetapi tetap meriah dengan kehadiran pengunjung.
Aktiviti:
- Berkelah
- Memancing
- Berkhemah
- Mandi sungai
- BBQ
TASIK |
Taman Tasik Metropolitan Kepong |
Cuma 30 minit dari Kuala Lumpur. Taman Tasik Metropolitan merupakan sebuah taman rekreasi yang penuh dengan kemudahan serta menawarkan landskap indah.
Aktiviti menarik di Taman Tasik Metropolitan
- Berjogging
- Riadah
- Berbasikal
- Taman permainan
- Berkelah
Taman Metropolitan Kepong adalah salah satu tempat menarik di Selangor yang percuma.
Shah Alam Lake Garden |
Tasik buatan manusia ini juga tidak kurang hebatnya. Apa yang best di sini adalah pemandangan tasik, landskap taman, aktiviti padle boat, dan restoran terapung.
Menjadi port riadah penduduk tempatan tanpa mengira waktu.
Kemudahan:
- Laluan jogging, berbasikal
- Gazebo
- Taman permainan
- Tandas
Taman Rimba Kiara |
Sebuah lagi taman rekreasi yang menenangkan jiwa di Selangor. Ini kerana landskapnya yang menarik serta dikelilingi oleh pokok-pokok. SuasanaΒ sebegini sangat mendamaikan, sesuai untuk anda yang ingin beristirehat selepas penat berkerja.
Ia bukan sekadar taman rekreasi tetapi hutan simpan yang dibangunkan pinggir kota. Biarpaun dibangunkan pihak kerajaan tetap mengekalkan sebahagian besar tumbuh-tumbuhan supaya dapat seimbangkan alam sekitar.
Apa yang menarik di Taman Rimba Kiara? Anda boleh berkelah, bersenam, berbasikal, melihat habita beberapa spesis haiwan jinak, kem motivasi, bergambar, dan lain lain.
Lokasi: Google Maps
Hotel berdekatan:
|
Paya Indah Wetlands |
Lokasi terbaik kalau anda nak menikmati keindahan alam semula jadi. Ia di bawah kendalian Kementerian Alam Semulajadi (NRECC). Paya buatan manusia sejak tahun 1998 ini kini menjadi tempat rekreasi buat orang awam.
Pengunjung berpeluang untuk menerokai Zon Rekreasi, Zon Pendidikan dan Zon Konservasi yang dikendalikan oleh jurupandu bertauliah.
Aktiviti:
- Memancing, memerhati burung
- Beri makan badak, buaya, burung ikan landak (bayaran dikenakan untuk makanan haiwan)
- Berkelah, berbasikal, fotografi, berkayak
Harga tiket: Percuma |
Tempat menarik di Selangor yang percuma? |
Korang under budget dan nak berjimat? Usah risau, kami senaraikan beberapa lokasi tanpa bayaran tetapi masih menyeronokkan.
- Elmina Valley Park
- Pantai Morib
- Air Terjun Chilling
- Wetland Paya Indah
- Taman Jepun
FAQS |
Tempat menarik untuk family day di Selangor?
Banyak tempat menarik untuk family day di Selangor yang boleh anda pergi. Contohnya Tadom Hills Resort, Gold Coast Morib International Resort, atau Teratak Bernam Riverview kalau nak berkelah.
Kesimpulan
Itu dia antara tempat berkelah di Selangor yang boleh anda tuju pada hujung minggu kelak. Jangan lepaskan peluang untuk menghabiskan masa bersama yang tersayang sambil menyaksikan alam semula jadi.