Negeri Johor yang terkenal dengan pembangunannya yang pesat serta mempunyai beberapa taman tema popular. Rata-rata pelancong yang masuk memang akan menyerbu ke tempat-tempat menarik yang ada di Johor. Di sebalik tarikan yang ada, anda juga patut cuba rasa makanan yang ada di Johor. Kalau nak tahu, seafood di Johor memang popular dan sering diperkatakan.
Maklumlah, negeri ini dekat dengan laut jadi kebanyakkan restoran seafood menyajikan makanan laut yang segar. Kalau anda berpeluang bercuti di Johor, cubalah ke beberapa tempat makan seafood sedap di sekitar Johor.
Admin akan senaraikan 8 restoran restoran seafood di Johor yang popular dan sentiasa disebut-sebut oleh orang ramai.
#1 Senibong Village Seafood
Anda tidak perlu ragu-ragu untuk singgah ke Senibong Village Seafood. Ia merupakan restoran seafood nombor satu di JB. Sebut sahaja apa jenis makanan laut yang anda mahu. Sotong, udang, ketam, aneka jenis ikan, atau lala. Semua ada dan segar-segar belaka.
Waktu malam memang meriah dengan kunjungan pelanggan. Rata-ratanya ingin menikmati masakan laut sedap dan lepak bersama keluarga dan rakan.
Menariknya ia Senibong Seafood menghadap Selat Tebrau. Jadi anda boleh lihat kelipan lampu di Singapura. Ingin kami ingatkan yang anda perlu membayar RM2 untuk meletak kenderaan di dalam kawasan restoran.
Waktu operasi: 24 jam
Alamat: Lot 1055, Kg. Senibong, Jalan Persiaran Senibong, 81750, Mukim Plentong, Johor, 81750
#2 Sri Pantai Seafood Restaurant
Restoran ini juga terletak di tepi laut yang mana menawarkan suasana tenang dan nyaman. Di sini, anda boleh lihat para nelayan lalu lalang membawa pulang hasil laut.
Apa yang istimewa di Sri Pantai Seafood? Tomyam campur mereka merupakan salah satu menu pilihan ramai. Di tambah pula dengan sotong tepun, udang mentega, siakap steam limau, ketam, dan lain lain.
Harga makanan di sini juga agaj berpatutan. Anda boleh pilih sama ada untuk makan secara ala carte ataupun set yang ditetapkan. Oh ya, pencuci mulut banana split di sini Cuma berharga RM3.50 sahaja. Murah bukan?
Waktu operasi: 4pm β 12am
Alamat: Jalan Pengkalan 13, Kampung Pasir Puteh, 81700 Pasir Gudang, Johor
#3 Restoran Grand Seafood
Dalam misi jalan jalan cari makan Johor? Apa kata anda ke Grand Seafood, pastikan anda menempah ketam telur masih, butter prawn, kailan ikan masin, udang tepung, dan siakap masak steam.
Restoran ini menawarkan suasana yang lebih selesa. Ini kerana ramai pelanggan yang mahukan suasana berbeza iaitu yang bukan di tepi pantai.
Untuk mengelakkan anda perlu menunggu lama untuk mendapatkan meja, admin nasihatkan supaya anda membuat tempahan terlebih dahulu.
Nombor telefon: 019-762 4343
Waktu operasi: 5pm β 1 am
Alamat: 275A, Persiaran Kempas Baru, Kempas Banjaran, 81200 Johor Bahru, Johor
#4 Damai Seafood Village
Kalau anda tercari-cari tempat makan seafood di Johor Bahru yang sedap, anda boleh cuba Damai Seafood Village. Makanan laut yang popular di sini sudah tentulah siakap masak steam, lala, ketam masak cili, sharks fin soup, dan udang goreng tepung.
Selain seafood, anda juga boleh menikmati masakan panas dan hidangan western yang turutn menjadi pilihan pelanggan.
Sambil menjamu selera, anda boleh melihat aktiviti nelayan yang pergi dan pulang dari laut.
Waktu operasi: 12pm β 12am
Alamat: 81200 Johor Bahru, Johor
Tak dapat menikmati makanan laut kerana harganya terlalu tinggi? Sebenarnya anda tidak perlu ke restoran mewah untuk menikmati seafood sedap di Johor. Singgah sahaja di Tepian Tebrau.
Tepian Tebrau merupakan medan selera yang merangkumi beberapa buah gerai berbeza. Banyak juga gerai yang menyajikan makanan laut. Kami cadangkan anda ke Gerai Ayong di mana ikan bakar di sini memang mantap!
Selain itu and juga boleh memilih pelbagai jenis makanan dan aneka minuma seperti ABC, jus, ice blended, dan lain lain.
Waktu operasi: 8am β 12pm
Alamat: Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor
#6 Β Restoran Sayam
Restoran Sayam ini berkonsepkan Thai, jadi kebanyakkan masakan memang akan di masak ala Thai. Yang popular di sini sudah tentulah tomyam, ikan pari bakar, udang goreng, kailan ikan masin, lala, dan sebagainya.
Tempat makan best di Johor Bahru 2018 ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Maklum sahajalah ia beroperasi sehingga jam 3 pagi.
Ramai anak-anak muda memilih untuk lepak dan berbual bersama rakan di sini. Malah, harganya pula berpatutan dan jauh lebih murah dari restoran seafood yang lain.
Waktu operasi: 3.30pm β 3.30am
Alamat: 19, Jalan Stulang Laut, Taman Stulang, 80300 Johor Bahru, Johor
#7 Grand Bayview Seafood
Terletak di Danga Bay, Grand Bayview Seafood adalah tempat makan wajib singgah bagi penggemar makanan laut. Kunjungan anda bakal disambut oleh lobster gergasi yang terdapat di hadapan restoran.
Semua makanan laut di sini segar-segar belaka. Malah, anda juga diberi pilihan untuk menangkap sendiri hidupan laut yang masih hidup di dalam tangki. Barulah confirm segar. Hasil tangkapan bakal di kira mengikut kilo dan harga hidangan.
Antara masakan popular di sini adalan ikan pari bakar, lala masak cili, ketam stim, dan sambal scallop.
Mencari tempat makan tengahari di Johor Bahru yang sedap? Di sinilah tempatnya!
Waktu operasi: 11.30am β 12pm
Alamat: 3, Lot PTD 21349, Batu, 1/2, Jalan Bertingkat Skudai, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor
Sarapan di Johor Bahru
Pondok Santapan Larkin
Berkunjung ke negeri orang tidak sah kalau tak cuba makanan tempatan. Pondok Santapan menyajikan pelbagai makanan tradisi Johor. Antaranya laksa johor, kacang pool, mee bandung, asam pedas, dan banyak lagi.
Rata-rata pelanggan di sini berpuas hati dengan rasa masakan dan harganya juga sangat berpatutan. Pondok Santapan dinilai tinggi oleh pelanggan di laman Google iaitu sebanya 4.3/5 bintang.
Gerai ini hanya beroperasi pada waktu pagi sahaja. Datang awal kalau tidak mahu terlepas peluang untuk menikmati roti jala, nasi lemak, roti tempayan, dan aneka kuih tradisional.
Waktu operasi: 7am β 12pm
Alamat: Jalan Puyuh, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Cafe menarik di Johor Bahru
Lokap Cafe
Premis ini memang unik, kerana ia membawa konsep makan dalam suasana dalam tahanan lokap. Hiasan dalamannya tidak mewah tetapi terdapat tirai besi untuk membangkitkan mood penjara.
Makan dalam suasana lokap tidak semestinya makanannya seperti makanan banduan. Lokap Cafe menawarkan hidangan western dan tempatan yang enak serta menarik.
Antara menu di sini adalah Murder Burger, Chiken Chop,Pasta, Meatloaf, Lobster Tom Yam, spaghetti, dan banyak lagi.
Waktu operasi: 6pm β 11.30pm
Alamat: B-2-16, Pusat Komersial Bayu Tasek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Seafood di Johor memang best. Tak rugi sekiranya anda cuba makan di salah satu restoran yang admin sebutkan di atas.