Ramai yang ke Terengganu tapi masih tak tahu kewujudan tempat menarik di Besut yang bakal kami kongsikan. Sebab mereka cuma jadikan Besut sebagai persinggahan untuk ke Pulau Perhentian sahaja.
You are in the right place sebab TeamTravel bakal kongsikan segala info yang anda perlu dari:
- Lokasi percutian best
- Aktiviti menarik
- Harga tiket (if any)
- Tempat makan sedap
- Penginapan

Sebab kenapa anda perlu ke tempat menarik di Besut
1. Pintu masuk ke Pulau perhentian.
Jeti Kuala Besut menjadi perhatian pelancong yang nak ke pulau tercantik di Malaysia ini. Balik dari Pulau Perhentian, apa kata singgah makan atau beli cenderamata di sini dahulu?
2. Pantai indah & banyak aktiviti
Tak cukup bajet untuk ke Pulau Perhentian? Pantai Bukit Keluang dan Pantai Air Tawar pun dah cukup cantik. Boleh mandi, berkelah, makan seafood, ada view pulau lagi tau!
3. Air terjun
Selain pantai, Besut pun ada air terjun yang best. Boleh hiking & berkelah di sini.
4. Cuba makanan tempatan yang sedap
Jangan lepaskan peluang untuk cuba makanan tradisional seperti keropok lekor asli, nasi dagang & snek sedap. Murah, boleh jadikan buah tangan!
5. Mesra poket
Bercuti di Besut tidak sama seperti di bandar besar seperti KL ya. Kat sini semua murah. Banyak tempat percuma untuk orang ramai.
6. Chalet & resort menarik
Resort di Terengganu ni memang best kan? Terutama yang terletak di tepi pantai. Besut pun ada yang menarik dan murah.
Tempat menarik di Besut yang best
|
Pantai Air Tawar |
Pantai Air Tawar merupakan tempat rekreasi dan bersantai pada hujung minggu buat penduduk tempatan. Air jernih, pantai bersih dan luas. Bahkan tasik kecil membuatkan lokasi ini bertambah cantik.
- 4 minit pemanduan dari Pekan Kuala Besut.
- Boleh mandi pantai, berkelah, kayak, ATV, dll.
- Laluan pejalan kaki, taman permainan & gazebo.
- Deretan Poko rhu menjadikan pantai ini sesuai untuk santai sambil menikmati angin laut.
Pantai Bukit Keluang |
13 minit pemanduan dari pekan Kuala Besut. Pada kami pantai ini unik. Struktur batuan besar yang membentuk gua-gua kecil ini memang menggamit pandangan.
Terdapat laluan pejalan kaki yang tinggi untuk orang ramai jalan-jalan sambil menikmati pemandangan pantai dan pulau kecil.
Baca: Tempat Menarik di Gong Badak
- Banyak kemudahan seperti tandas & tempat letak kereta yang luas.
- Taman permainan, laluan pejalan kaki.
- Gerai keropok lekor, seafood & air kelapa.
- Boleh hiking untuk ke puncak bukit.
- Pemandangan sunset di sini memang lawa!
Lata Tembakah |
Tempat menarik di Besut seterusnya adalah Lata Tembakah. Kawasan air terjun yang sesuai untuk kaki hiking.
Lata Tembakah ni ada 5 tingkat air terjun tau. Pengunjung boleh pilih nak pergi tingkat berapa. Ada signboard yang boleh guide.
- Laluan untuk ke kawasan air terjun tidak terlalu sukar.
- Perjalanan cuma 20 minit untuk ke tingkat 1.
- Tingkat 1 paling senang sesuai untuk semua.
- Air bersih, ada kolam untuk anda mandi.
- Boleh berkelah.
Harga tiket: RM2 seorang |
Lata Belatan |
Terletak di Kampung Jabi, Lata Belatan ini pernah viral beberapa tahun lepas dek kerana kejernihan airnya.
Merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Belatan, kawasan ini dijaga dengan baik.
- Tidak perlu mendaki atau melalui jalan yang sukar.
- Kawasan mandi luas, tidak terlalu crowded.
- Boleh mandi air terjun & berkelah.
Pasar Tani Kuala Besut |
Nak rasa makanan lokal, kami sarankan anda ke Pasar Tani Kuala Besut yang beroperasi setiap hari Jumaat.
Macam biasa, ia berlangsung bermula awal pagi hingga tengah hari. Menjadi tempat shopping di Besut. Khususnya pelancong yang nak beli buah tangan.
- Banyak makanan tradisional & snek seperti keropok lekor & satar.
- Barangan basah & buah-buahan segar.
- Meriah dengan tawar-menawar.
- Harga barang berpatutan
Waktu operasi: 6 am โ 1 pm
Alamat: Kampung Kuala Besut, 22300 Besut, Terengganu |
Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh |
Kami selitkan juga lokasi ini dalam senarai tempat menarik di Besut sebab jaraknya cuma 19 minit sahaja.
Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh ini unik dari segi seni binanya yang mempunyai sentuhan Melayu & Islam.
Lengkap dengan dewan solat, pusat sumber, kolah besar, dan taman untuk bersantai.
- Masjid ini dibuka kepada orang ramai untuk solat harian.
- Anda juga boleh datang untuk bergambar.
Rekomendasi tempat makan menarik di Besut
|
Rugi kalau tak singgah makan di salah satu restoran viral ini. Bila lagi nak cuba citarasa Terengganu kan?
Zul Ikan Bakar |
Restoran makanan laut Zul Ikan Bakar ini memang sudah dikenali ramai. Seafood fresh, masakan sedap. Malah mendapat rating baik di laman Google review.
- Segala jenis seafood segar, anda boleh pilih sendiri.
- Portion besar.
- Boleh dikatakan semua pelanggan order ikan bakar.
- Sotong tepung garing & lembut di dalam.
- Harga munasabah.
Nasi Dagang Hari Minggu Besut |
Tak lengkap percutian anda kalau tak rasa nasi dagang Terengganu. Banyak restoran seumpamanya di sini, tapi yang paling sedap di Nasi Dagang Hari Minggu.
Resepi asli Terengganu.
- Gulai ikan tongkol & ayam yang enak.
- Aneka pilihan lauk yang enak.
- Turut menyediakan kuih muih tradisional.
- Tempat duduk selesa.
- Parking luas, tak crowded.
Magari Station |
Kalau rasa nak makan makanan western, boleh ke Magari Station yang popular di Tiktok ini.
Terletak di Kampung Pengkalan Nyireh.
- Harga berpatutan, chicken chop pun tak sampai RM10 tau!
- Portion besar.
- Spaghetti, mantao, dan lamb chop sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
- Homemade burger dengan daging buatan sendiri.
Cheetita Dim Sum |
Rupanya ada dimsim sedap di Besut. Aneka pilihan dimsum untuk pelanggan. Pilih dahulu, kemudian mereka akan hidang yang panas.
- Banyak pilihan set dimsum & dumpling yang berbaloi.
- Hadir dengan sos istimewa sedap.
- Wantan mee & daging salai pun tidak kurang hebatnya.
- Menu western seperti lamb chop & pizza pun ada.
Keropok Lekor Zul |
Mengakhiri senarai tempat menarik di Besut adalah kedai Keropok Lekor Zul. Kedai ini menjadi persinggahan wajib untuk mereka yang nak beli keropok lekor di sini.
- Pelbagai pilihan keropok dari yang rebus, goreng, berbentuk keping & segera.
- Dimasak segar & masih panas.
- Turut menjual sos pencicah buatan sendiri.
- Ada pelbagai jenis snek tradisional Terengganu.
Hotel murah di Besut |
- Temu Primula Hotel โ RM143
- Bukit Keluang Beach Resort โ RM121
- Tanjung Demong Beach Resort โ RM120
- Villa Bisikan Bayu โ RM99
- Aloha Chalet & Restorant โ RM91
Tips bercuti di Besut, Terengganu
Waktu terbaik: Antara bulan Mac hingga September untuk cuaca yang lebih cerah, terutama jika anda mahu ke Pulau Perhentian
Penginapan: Banyak hotel dan resort memandangkan Besut dekat dengan pantai. Untuk keluarga besar, anda pilih homestay yang sesuai untuk jimatkan perbelanjaan.
Kesimpulan
Banyak juga kan tempat menarik di Besut? Ia bukan sekadar laluan ke Pulau Perhentian sahaja. Besut lengkap dengan segala yang anda mahukan dalam sebuah percutian yang menenangkan.
8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam โ Best untuk Lepak!
12 Tempat Menarik di Cameron Highlands Waktu Malam TERKINI
23 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Waktu Malam | TERKINI 2023
12 Tempat Menarik di Butterworth (2025) TERKINI