Cameron Highlands, Pahang

10 Tempat Menarik Cameron Highland Percuma | Jimat & Seronok

Nak tahu rahsia percutian bajet di Cameron? Nah, kami senaraikan beberapa tempat menarik di Cameron Highland yang percuma tapi masih penuh aktiviti dan menyeronokkan!

Ramai sangka bercuti di Cameron Highland ni makan modal 😅. Tapi kalau tahu lokasi yang tepat, anda tidak perlu keluarkan duit pun. Banyak tempat tarikan pelancong yang tidak mengenakan bayaran.

Kami bantu anda dengan senaraikan lokasi tersebut dan tips bercuti di Cameron Highlands!

cameron highlands
Gambar: OpenAI

Top 5 aktiviti menarik di Cameron Highland

Selain minum teh dan petih buah strawberi, sebenarnya banyak lagi aktiviti di Cameron Highlands yang ramai tak tahu. Contohnya:

Menikmati pemandangan ladang teh

Ya, melawat ladang teh di Cameron Highland adalah percuma. Pengunjung bebas jalan-jalan, ambil angin dan bergambar di ladang teh. Kalau nak lebih bermakna, kena keluarkan sedikit belanja untuk makan dan minum teh segar di sini.

Masuk ke kebun bunga

Mak-mak dan pencinta pokok hiasan pasti akan rambang mata melihat keindahan pokok-pokok bunga di sini. Semuanya segar, pelbagai spesis dan warna. Nak jalan-jalan di kebun bunga ini percuma. Namun, pengunjung juga boleh beli pokok dan baja di sini.

aktiviti di cameron highlands
Gambar: TripAdvisor

Mandi air terjun

Terdapat 2 buah air terjun di sekitar Cameron Highlands iaitu Air Terjun Robinson dan Lata Iskandar. Kedua-duanya cukup mengujakan, boleh mandi-manda dan view air terjun memang lawa!

Jungle trekking

Ada dua tempat yang anda boleh lakukan aktiviti jungle trekking di Cameron Highlands iaitu di Mossy Forest & Air Terjun Robinson. Cuma Mossy Forest mengenakan bayaran.

Tempat menarik di Cameron Highlands yang percuma

BOH Tea Centre (Sungai Palas Garden)

 

Rasanya tidak lengkap percutian ke Cameron Highlands tanpa melawat ladang teh. Inilah masanya untuk anda lihat sendiri ladang teh BOH yang selalu anda minum di rumah tu.

  • Masuk adalah percuma.
  • Boleh berjalan-jalan di kawasan ladang sambil mengambil gambar Instagram-worthy.
  • Lihat view cantik dari anjung kafe.
  • Kafe menarik, dan merupakan salah satu tempat makan menarik di Cameron.

Namun, untuk lihat pemprosesan teh dari daun ke serbuk anda boleh tempah tiket di Klook. Tiket termasuk half day tour Mossy Forest, ladang teh BOH dan ride di sekeliling tanah tinggi ini dengan kenderaan yang disediakan.

Tempah tiket di: Klook (RM65)

Cactus Point

Tempat menarik di Cameron Highland percuma yang seterusnya adalah Cactus Point. Ia merupakan nursery pelbagai jenis pokok bunga dan pokok renek untuk menjamu mata anda.

Baca: 12 Tempat menarik di Brinchang

  • Pelbagai spesis kaktus yang cantik.
  • Selain kaktus, banyak lagi pkok bunga berwarna warni seperti ros, lavender, daisy, dll.
  • Setiap kaktus dilabel, sekali gus beri informasi bermanfaat.
  • Pengunjung boleh masuk menjamu mata atau beli.
  • Baja dan peralatan mencucuk tanam turut dijual.

Waktu operasi: 9 am – 5 pm

Air Terjun Robinson

Untuk kaki hiking dan nak lebih dekat dengan alam skitar, kami cadangkan anda ke Air Terjun Robinson.

  • Perjalanan dari tempat letak kereta ke kawasan air terjun sekitar 30 minit.
  • Laluan tidak terlalu sukar. Sesuai untuk beginner yang tidak pernah hiking.
  • Tidak digalakkan untuk aktiviti mandi manda kerana air di sini kurang bersih.
  • Boleh bergambar dan hirup udara segar.

Lokasi: belakang Animal Feeding Rainbow Garden, Tanah Rata.

Ee Feng Gu Bee Farm

Ladang Lebang Ee Feng Gu sesuai untuk mereka yang under budget, dan nak tempat menarik di Cameron Highland yang percuma untuk seisi keluarga.

  • Dapat belajar cara pemprosesan madu lebah asli.
  • Kawasan mesra kanak-kanak. cria dan menyeronokkan.
  • Banyak port bergambar.
  • Terdapat tarikan lain seperti taman bunga dan kolam ikan koi.
  • Terdapat kafe menjual minuman dan dessert berasaskan madu. Aiskrim mereka sedap!
  • Boleh beli madu asli untuk di bawa pulang.

Waktu operasi: 8 am – 7  pm

Tanah Rata Coronation Park

Atau dikenali sebagai Taman Pertabalan Tanah Rata. Ia menjadi lokasi riadah penduduk tempatan dan pelancong pada setiap petang & hujung minggu.

  • Kawasan lapang dengan landskap menghijau.
  • Banyak kemudahan seperti tempat duduk, taman permainan, tempat letak kereta percuma.
  • Laluan pejalan kaki untuk brisk walk.
  • Persekitaran yang redup dan suhu dingin. Seronok untuk bersenam.

Lokasi: Tanah Rata

Green View Garden Cameron Highlands

Ini adalah tempat menarik di Cameron Highlands yang percuma dan paling digemari ramai. Green View Garden sesuai untuk mereka yang ada anak kecil dan minat fotografi.

Banyak tarikan dan aktiviti menarik yang ada di bawah satu bumbung. Seperti:

  • Taman bunga & pelbagai jenis tumbuhan hijau.
  • Paddle boat untuk kanak-kanak.
  • Petting zoo. Boleh belai banyak haiwan jinak.
  • Taman lavender.
  • Kebun sayur hidroponik.
  • Taman burung mini.
  • Kafe menarik.

Masuk adalah percuma. Tapi bayaran dikenakan untuk aktiviti kanak-kanak paddle boat, petting zoo, dan lain-lain.

Avant Chocolate Factory

Untuk pengetahuan, Avant Chocolate Factory ini terletak di sebelah Green View Garden je. Tak perlu jalan jauh. Ia merupakan kilang chocolate tempatan dan turut memiliki kafe yang menjual pelbagai jenis coklat yang diproses di sini.

  • Lihat proses pembuatan coklat
  • Makan & minum dessert berasaskan coklat sedap di kafe.
  • Banyak port bergambar yang cantik & instaworthy.

Bharat Tea Plantation

Tempat menarik di Cameron Highlands yang percuma seterusnya adalah the famous Bharat Tea Plantation.

Turut dikenali sebagai Cameron Valley, dan ladang teh ini lebih digemari pelancong kerana ia lebih mudha diakses dan memiliki view yang lebih cantik.

  • Ada 3 buah kafe untuk anda singgah.
  • Bebas lihat ladang teh dari atas.
  • Boleh jalan-jalan di dalam ladang teh. Banyak laluan dan pelantar untuk anda guna sepanjang melalui ladang. Aktiviti ini berbayar.
  • Ada ATV & buggy ride yang membawa anda ke seluruh ladang dan sekitar Tanah Rata.
  • Masuk percuma. Aktiviti berbayar adalah masuk ke ladang dan ATV ride.

Lokasi: Tanah Rata

Last Stop Strawberry Center

Last Stop Strawberry Center adalah tempat menarik di Cameron yang percuma dan ramai yang singgah sebelum pulang.

Baca: Tempat menarik di Cameron Highland waktu malam

Mendapat review positif dari Google Review. Rata-rata memuji kebersihan, servis dan aktiviti yang disediakan.

  • Ada taman permainan indoor.
  • Taman mini
  • Boleh petik strawberry, namun aktiviti ini berbayar.
  • Berehat sebentar di cafe dnegan makan ice cream & waffle perisa strawberry.

Lokasi: Jalan Simpang Pulai

S’Corner Central Market

Kalau nak jalan-jalan cuci mata di pasar, kami sarankan anda ke S’Corner Central Market di Brinchang. Premis ini merupakan gedung yang menjual sayuran, buah-buahan, madu, dan semua makanan lokal yang di tanam di sini.

Ni lah tempat shopping murah di Cameran tau. Masa untuk beli kudapan dan souverniers utnuk di bawa pulang.

  • Buah dan sayuran yang segar.
  • Murah dari pasar yang biasa kita beli.
  • Ada kawasan petik strawberry, kafe, dan tempat rehat.
  • Mudah di akses.

Lokasi: Brinchang

Hotel murah di Cameron Highlands

Memandangkan anda cari tempat menarik di Cameron Highlands yang percuma, kami fikir wajar kalau senaraikan juga hotel bajet untuk anda. Kami pilih yang selesa, popular, murah, dan dekat dengan tempat menarik.

  • Kea Garden Mini Chalet – RM76
  • Merits Hotel Cameron Highlands – RM133
  • Snooze Cameron Highlands – RM60
  • Big Red Hotel – RM95

Kesimpulan

Jom mula packing dan teroka Cameron Highland tanpa berbelanja lebih! Apa tunggu lagi? Plan trip hari ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *