Tak rasa boring ke pergi ‘tempat awam’? Atau tempat yang selalu orang pergi setiap kali musim cuti? Apa kata kali ni anda ke Sitiawan, Perak. Ia mungkin tidak popular seperti tempat lain di Perak. Tapi siapa sangka banyak tempat menarik di Sitiawan yang tersembunyi dan berbaloi untuk dikunjungi.
Sitiawan merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung. Jika anda dari Ipoh, perjalanan ke Sitiawan mengambil masa kira-kira 1 jam 13 minit. Manakala 1 jam sekiranya anda baru sahaja melawat tempat menarik di Taiping.

Baca: 8 Tempat Menarik di Manjung
Surprisingly, banyak port menarik di sini. Dari pantai, kepelbagaian budaya, keindahan alam semula jadi, dan tempat makan sedap.
Jadi ini panduan lengkap untuk melawat tempat menarik di Setiawan!
Ini sebab kenapa anda harus bercuti di Sitiawan 🌴✨
Dari Ipoh, tak rugi kalau anda singgah sebentar ke Sitiawan. Sitiawan menjanjikan destinasi percutian yang menarik dan lain dari yang lain.
Here’s why…
1. Pantai dengan pemandangan cantik.
- Lain dari yang lain, Pantai Tanjung Kepah menawarkan dereta pokok rhu dan kawasan paya bakau. View terbaik adalah ketika matahari terbenam!
- Kurang sesak berbanding pantai lain di Perak. Mungkin kerana tidak sesuai untuk mandi-manda. Tetapi pemandangan di sini memang tip top!
2. Warisan budaya yang unik
- Rugi kalau tak singgah ke Sitiawan Settlement Museum. Boleh tahu tentang sejarah komuniti awal yang menetap di sini.
3. Syurga seafood segar dan sedap
- Dekat dengan laut, maka banyakklah restoran seafood di Sitiawan ni. Ikan Bakar D’Muara Batu Lekit 12 adalah salah satu yang terkenal di sini.
4. Lokasi strategi dan mudah di akses
- 1 jam pemanduan dari bandar besar seperti Ipoh dan Taiping. Malah, cukup dekat dengan Pulau Pangkor dan Lumut.
Baca: Tempat menarik di Lumut.
Senarai tempat menarik di Setiawan yang best
1. Pantai Tanjung Kepah
Nak pantai yang tak ramai orang, bersih, dan cantik? Pantai Tanjung Kepah adalah destinasi terbaik untuk andai bersantai sambil ambil angin laut.
Kalau kena pada musim, pantai ini menjadi port mencari remis.
BUT, mereka tak tahu pantai ini cukup cantik pada waktu matahari terbenam!
Apa yang menarik di sini:
- Bersantai sambil ambil angin laut yang segar.
- Sesi photoshoot waktu matahari terbenam.
- Berpeluang mencari remis, kalau datang pada musim, ia ibarat pesta di sini.
2. Sitiawan Settlement Museum
Ya, Sitiawan pun ada muzium tau. Untuk pencinta sejarah, anda wjar ke Sitiawan Settlement Museum untuk mengetahui sejarah masyarakat Fuzhou yang berhijrah seterusnya membina komuniti di sini.
Apa yang menarik di sini?
- Pameran lebih 500 artifak asli yang masih terpelihara.
- Dapat ketahu informasi bermanfaat dari dokumen asli dan gambar.
- Bergambar di hadapan bangunan klasik yang dibina dari 1935.
Waktu operasi: 10 am – 5 pm
Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5 |
3. Ladang Anggur Saloma
Kita selalu dengar tentang ladang strawberi dan teh di Cameron Highlands je kan? Tapi tak ramai yang tahu Malaysia juga memiliki ladang anggur!
Ia merupakan ladang anggur pertama di Malaysia. Di sini pelawat boleh lihat sendiri pokok anggu tumbuh di iklim tropika.
Aktiviti di Ladang Anggur Saloma
- Jalan-jalan di landang anggur – Lihat buah anggur masak ranum, dan boleh petik sendiri tau.
- Berpeluang rsa anggur segar – Buka selalu dapat rasa anggu segar yang baru dipetik. Sedap, manis.
- Belajar tentang penanaman anggur – Bukan sekadar makan, anda sendiri boleh belajar cara penanaman anggur di rumah. Boleh beli benih anggur di sini!
- Beli produk berasaskan anggur – Selain jalan-jalan dan makan anggur segar, jangan lupa beli produk berasaskan anggur untuk dibawa pulang.
Harga tiket: RM10
Lokasi: Kampung Darat Jelutong Batu |
4. Kayu Bakau Pasir Panjang
Yang sukakan alam sekitar dan fotografi, anda wajib datang ke tempat menarik di Sitiawan ni. Kayu Bakau Pasir Panjang merupakan hutan paya bakau yang penting dalam keseimbangan ekosistem.
Pemandangan cantik, kalau ada binokular boleh tengok burung yang jarang kita lihat.
Apa yang menarik di Kayu Bakau Pasir Panjang?
- Ambil angin sambil menikmati pemandangan indah dari atas trek kayu yang disediakan.
- Lihat burung-burung eksotik dan haiwan liar lain.
- Mengetahui info tentang hutan paya bakau dari papan tanda yang disediakan.
- Lokasi ini merupakan port OOTD menarik, jangan lepaskan peluang untuk bergambar!
5. Mr Honey Bee Farm
Bagi mereka yang sukakan madu asli, lawatan ke Mr Honey Bee Farm di Kampung Aceh bakal menjadikan percutian di Sitiawan ini amat bermakna.
Bukan setakat boleh beli madu lebah asli, tapi boleh belajar tentang dunia ladang lebah dan khasiatnya kepada manusia.
Apa yang menarik di sini:
- Lihat proses penghasilan madu lebah – Pelbagai jenis sarang lebah yang dipamerkan. Jangan risau, ia selamat dan anda tidak akan disengat.
- Berpeluang minum madu segar – Cuba madu ini terus dari sarang! Rasanya jauh lebih segar, manis dan berkualiti.
- Beli produk berasaskan madu – Selain timba ilmu, jangan lepaskan peluang untuk bawa pulan produk berasaskan madu seperti madu asli tanpa campuran, propolis, royal jelly, jus, & sabun madu!
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: Dibuka kepada orang awam pada Ahad sahaja (9.30 am – 12 pm) |
6. Tua Pek Kong Temple
Seterusnya adalahTua Pek Kong Temple di Jalan Pasir Panjang. Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa masukkan temple dalam senarai tempat menarik di Sitiawan?
FYI, ia sama seperti temple dan tokong Sleeping Budha di Tumpat, ia dibuka kepada orang awam untuk ketahui sejarah kuil yang berusia lebih 200 tahun.
Kuil ini bukan sahaja menjadi tempat ibadat, tetapi juga mercu tanda budaya yang menggambarkan sejarah masyarakat Cina di kawasan ini.
Apa yang best di sini:
- Mengagumi seni bina dan ukiran yang berusia ratusan tahun.
- Kaki fotografi boleh shoot di kawasan cantik, yang sentiasa menjadi tarikan pelancong.
- Menikmati pemandangan laut dari kawasan kuil yang terletak berhampiran pantai.
Tempat makan menarik di Sitiawan
1. Serambi Santai
Kalau nak lauk campur dan masakan kampung, lokasi terbaik adalah Serambi Santai yang terletak di Plaza D’Mara.
Seawal jam 8 pagi mereka menghidangkan nasi lemak sebagai menu sarapan. Manakala waktu tengah hari pula lebi 10 jenis lauk untuk anda pilih.
- Aneka gulai dan masak lemak cili api antara menu kegemaran ramai.
- Ayam goreng berempah, paru & ikan masak sambal, sayur lemak pun ada.
- Pelbagai jenis ulam ulaman untuk di makan bersama tempoyak atau budu.
- Mi kari, cucur udang menu popular pada waktu petang.
2. Horizon Garden Seri Manjung
Rupanya Horizon Garden ni buka cawangan di seluruh negara. Masakan panas, chinese style dan ala Thai mereka memang sedap!
Kalau di Sitiawan, lokasinya terletak di Pusat Bandar Seri Manjung. Menerima review baik di Google.
Apa yang sedap di sini?
- Menu tomyam, butter prawn, siakap masak stim adalah menu wajib order!
- Suasana restoran juga selesa, luas, dan ada pendingin hawa.
- Restoran terbaik untuk makan besar atau buat keraian.
- Harga munasabah, berbaloi dengan portion dan kesedapan makanan!
Baca: Tempat menarik di Teluk Intan
3. Restoran Walid & Ummi


Kami selitkan Restoran Walid & Ummi dalam senarai tempat menarik di Sitiawan sebab warga tempatan suka betul makan di sini.
Mereka sediakan bermacam masakan dari nasi lemak, nasi beriyani, lauk campur, nasi arab pun ada tau.
Malah, menu popular di sini adalah masakan Johor iaitu lontong dan soto.
Apa yang sedap di sini:
- Berpuluh masakan kampung dari gulai, masak lemak, begedil, ayam berempah, paru goreng, ulam-ulaman untuk santapan tengah hari.
- Menu nasi Arab juga tidak kurang hebatnya. Nasi beraroma, ayam besar dan lembut.
- Untuk lontong pula, ia sarat dengan lauk bersama nasi impit yang lembut.
- Roti canai & roti bakar? Yup ada dijual di sini!
Hotel menarik di Sitiawan
Sudah tentu Sitiawan tawarkan penginapan hebat! Maklumlah, dekat dengan laut. Ini antara penginapan best yang kami suggest untuk anda.
- Ritz Garden Hotel (RM131) – Hotel yang moden dan strategik. Breakfast disediakan.
- K West Hotel (RM93) – Bilik bersih dan selesa. Pilihan terbaik kalau nak hotel bajet.
- D’Chalet Kg Sitiawan – Penginapan ala desa yang nyaman. Dekat dengan jeti kalau nak naik bot.
Kesimpulan
Best juga kalau dapat bercuti di Sitiawan kan? Pertama sekali memang tak sangka ada ladang anggur di sini. Wajib pergi kalau berpeluang.
Masukkan destinasi ini dalam senarai percutian anda dan alami sendiri keindahannya! Selamat bercuti dan jangan lupa berkongsi pengalaman anda! 🚗✨
Baca: Tempat menarik di Ipoh Waktu Malam
Setelah puas menjelajah Sitiawan, apa kata anda teruskan pengembaraan ke sekitar Perak dengan singgah di bandaraya Ipoh? Kota ini kaya dengan pesona klasik dan tarikan hipster yang unik. Nak tahu tempat menarik di sana? Jom baca artikel kami tentang Tempat Menarik di Ipoh!
18 Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur
8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!
14 Tempat Menarik di Bukit Tinggi | TERKINI 2024
12 Tempat Menarik di Butterworth (2025) TERKINI