Percutian ke luar negara sememangnya menyeronokkan, lebih lebih lagi kalau anda berkunjung ke negara yang berbeza suhu dan persekitarannya dengan Malaysia. Tapi anda tidak perlu bercuti ke negara luar untuk merasai semua itu kerana di Malaysia sendiri mempunyai tempat percutian yang bersuhu dingin, iaitu di Pahang. Pahang mempunyai empat tanah tinggi yang dikelaskan sebagai destinasi pelancongan.
Ia adalah :
- Bukit Tinggi
- Genting Highland
- Cameron Highland
- Bukit Fraser ( artikel yang anda baca sekarang )
Dan dalam artikel kali ini TeamTravel akan mengesyorkan beberapa tempat menarik di Bukit Fraser yang berbaloi untuk anda lawati.
Cuma memakan masa sekita 2 jam dari Kuala Lumpur, Fraser’s Hill (Bukit Fraser) merupakan antara destinasi percutian terbaik di negeri Pahang. Bukan sekadar bersuhu dingin, malah ia menawarkan pelbagai tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga dan mempunyai panorama indah.
Tambahan pula struktur bangunannya dibina seakan Eropah sehingga menerima jolokkan ‘Little England’ Malaysia. Maka bertambah seronoklah percutian anda di sini.
#1 Taman Awam Bukit Fraser
Ini merupakan taman awam Bukit Fraser yang sentiasa dipenui baik penduduk tempatan mahupun pelancong. Terletak di Pine Tree Road, ia dubuka percuma kepada orang ramai.
Walaupun nampak seperti taman permainan biasa, yang paling best kat sini adalah cuacanya. Biasanya di anak-anak bermain dalam keadaan panas terik bukan? Banyak bangku-bangku disediakan. Kemudahan seperti tandas awam, tempat parking dan wakaf disediakan. Taman ini juga bersih, sejuk mata memandang.
Lagi satu, ada mini golf course di sini. Harga tiket cuma RM8 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak) untuk tempoh 15 minit.
Alamat: Jalan Pokok Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang (Google Maps Location)
#2 Taman Flora Bukit Fraser
Taman ini terletak berdekatan dengan Taman Awam. Taman Flora menempatkan pelbagai jenis tumbuhan khususnya bunga bungaan. Sebenarnya ramai yang tak tahu akan taman ini. Bagus juga sebenarnya, tidaklah crowded sangat. Masuk pun percuma.
Jika anda bernasib baik, dan kena pada musim, akan ada strawberry yang di tanam di sini.
#3 Allan’s Water
Allan’s Water ini cuma bersebelahan dengan Taman Flora. Pada asalnya ia merupakan sumber bekalan air sewaktu zaman kolonial dahulu. Kini, Alla’s Water menjadi tasik kecil dan pusat rekreasi buat para pelancong.
Apa yang boleh anda lakukan di sini? Menaiki padel boat! Anda boleh sewa boat berkayuh dengan harga yang berpatutan dan mengelilingi tasik indah ini. Usah risau akan keselamatan kerana anda akan dibekalkan dengan jaket keselamatan.
Pemandangan di sini cukup menakjubkan, ia seperti berbumbungkan pohon-pohon rendang, sekali gus menghasilkan suasana tenang.
Waktu operasi: 9:30am – 12:30pm | 2pm – 4:30pm
Alamat: Jalan High Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang (Google Maps Location)
#4 The Paddock Fraser’s Hill
Minat menunggang kuda? Kalau minat anda wajib singgah di pusat ekuestrian, The Paddock Fraser’s Hill. Di sini anda dibenarkan menunggang kuda dan mendekatkan diri serta mempelajari selok belok sukan ini.
Segala aktiviti diselanggara dan dikawal oleh jurulatih bertauliah. Menariknya pusat ekuestrian ini berbanding yang lain adalah kerana anda boleh menikmati pemandangan memukau Bukit Fraser
Selain itu, aktiviti memanah turut disediakan di sini. Alat memanah, padang sasar, berserta dengan bull’s eye disediakan untuk anda.
Harga: RM9 – Menunggang kuda | RM11 – Memanah
#5 Twin Peak Pine Tree Hill
Twin Peak Pine Tree Hill adalah salah satu destinasi pilihan para pendaki di Malaysia. Ini kerana anda tidak memerluka masa yang lama untuk sampai ke punca. Cuma memakan masa beberapa jam sahaja jika mengikuti denai yang telah disediakan.
Tambahan pula ini merupakan hutan hujan tropika, maka banyak seklai tumbuh tumbuhan yang jarang kita lihat. Ini termasuklah pokok besar yang berusia ratusan tahun, Rugi kalau tak bergambar di sini.
Segala penat lelah akan terubat apabila anda sudah berada di puncak kerana dapat menikmati pemandangan Bukit Fraser yang menghijau dan dingin.
#6 Bird Interpretive Centre
Bird Interpretive Centre, salah sebuah termpat menarik Bukit Fraser yang mesra kanak-kanak. Lebih 250 spesis burung di tempatka di sini untuk tatapan pengunjung. Dalam pada itu mereka turut meletakkan infografik untuk memudahkan pengunjung melihat burung sambil belajar tentang spesis tertentu.
Anda boleh lihat burung enggang, merpati, helang, dan banyak lagi. Dan pada musim tertentu, anda berpeluang lihat burung bermigrasi dar Rusia, China, dan Jepun yang datang ke sini kerana ingin lari dari musim sejuk di sana.
Malah, pamerannya pula bertaraf antarabangsa. Selesa, dan mudah difahami.
Berkunjung ke taman burung sudah pasti menjadi pencutian yang baik untuk anak-anak. Mereka bukan sahaja boleh berseronok bahkan dapat belajar benda baru.
Waktu operasi: 10am – 7pm
Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang (Google Maps Location)
#7 Kelab Golf Diraja Bukit Fraser
Peminat sukan golf, inilah masanya untuk anda merasai pengalaman bermain golf pada cuaca sejuk. Walaupun tidak sebesar seperti di tempat lain, pada golf ini mempunyai 9 lubang.
Disamping itu, pemandangan berada di padang golf dengan pemandangan bukit bukau sudah pasti bakal menambahkan lagi keterujaan anda.
Penat bersukan, anda boleh duduk lepak bersama rakan di cafe yang disediakan.
Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang (Google Maps Location)
#8 Hemmant Trail Fraser Hill
Hemmant Trail Fraser Hill lebih kurang sama seperti Twin Peak Pine Tree Hill tetapi ia tidak begitu curam. Ia cuma 1km dengan pendakian sederhana. Ini kerana kemudahan memanjat sudah dan denai telah disediakan untuk memudahkan anda.
Tidak begitu mencabar tetapi sangat baik untuk mereka yang mahu melihat alam sekitar dan mengeluarkan peluh.
Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang (Google Maps Location)
#8 Menara Jam Bukit Fraser
Datang ke Bukit Fraser memang tidak akan lengkap sekiranya tidak bergambar dihadapan mercu tandanya, iaitu Menara Jam. Ia seperti menyambut ketibaan anda di pusat peranginan ini dengan terletak di tengah-tengah pekan ini.
Sesiapa sahaja pasti akan berasa teruja sekirnya melihat menara ini kerana bukan sahaja sebagai tanda anda sudah sampai ke destinasi, tetapi reka bentuk serta bangunan sekitarnya mempunyai sentuhan Inggeris.
Ini membuatkan anda seolah-olah tiba di negara lain.
#9 Mimi Strawberry Restaurant
Bukit Fraser turut mempunyai sebuah tempat makan yang menyediakan makanan berasaskan strawberry. Ia terletak di Kompleks Sukan Bandar yang menghadap padang golf.
Restoran ini menjadi tempat makan pilihan di Bukit Fraser kerana kedudukannya yang strategik. Restoran Strawberi Mimi bukan sahaja menghidangkan menu yang berasaskan strawberry, tetapi turut menghidangkan masakan tempatan dan Barat.
Waktu operasi: 10am – 10pm
Alamat: Fraser’s Hill Golf Club,, Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang (Google Maps Location)
#10 Air Terjun Jeriau
Jika anda mempunyai banyak masa, singgahlah ke Air Terjun Jeriau yang terletak kira kira 4km dari Bukit Fraser. Air terjun di sini agak unik kerana ia agak rendah berbanding dengan lokasi lain.
Airnya jatuh lalu membentuk kolam cetek seterusnya mengalir ke anak sungai. Lokasi ini sentiasa menjadi perhatian pelancong kerana masing-masing ingin merasai pengalaman bermandi manda dari sumber semulajadi ini.
Tidak ada masalah jika anda ingin berkelah atau berkhemah di sini. Terdapat wakaf, dan tempat persalinan disediakan buat pengunjung.
Alamat: Jeriau Waterfall, Fraser’s Hill,, Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang (Google Maps Location)
Penginapan
Dari segi penginapan di Bukit Fraser pula kami boleh cadangkan beberapa buah hotel yang kami rasakan berbaloi dari segi harga dan servis. Seperti
Bukit Fraser Hotel:
- Shahzan Inn Fraser’s Hill – RM128
- TM Resort, Sri Intan – Rm140
- Fraser’s Silverpark Resort – RM265
- FH Comfy Home – Rm250
Homestay Bukit Fraser
Bagi yang datang dengan keluarga besar, menginap di hotel memang tidak praktikal. Jadi anda boleh pilih homestay untuk menginap.
- Casa Rico Homestay – RM312
- Fraser’s Silverpark Resort – RM256
Sebuah lagi tempat peranginan seumpama Bukit Fraser adalah Bukit Tingga yang hanya memakan masa kira kira 2 jam pemanduan. Sebenarnya tidak rugi kalau anda ke sana. Banyak tempat menarik di Bukit Tinggi yang berbaloi untuk anda lawati. Contohnya Colmar Tropicale, Japanese Village, Botanical Garden dan banyak lagi.
TeamTravel yakin dengan beberapa tempat menarik di Bukit Fraser ini dapat mengajak anda untuk bercuti di sini. Luangkan hujung minggu anda dengan berkunjung ke destinasi mempersonakan supaya mencipta memori manis bersama keluarga.