Hujung minggu dan musim cuti sekolah merupakan waktu terbaik untuk anda luangkan masa bersama keluarga dan rakan. Pada masa yang sama, dapatlah anda berehat dan melupakan sejenak beban kerja di pejabat. Kalau nak bercuti, salah satu negeri ideal adalah Kuala Lumpur. Sebagai ibu negara Malaysia, banyak sangat tempat jalan jalan Kuala Lumpur yang sesuai untuk famili.
Dari tempat shopping, beriadah, hiburan, tempat makan best, semuanya anda boleh temui dalam bandar raya ini. TeamTravel akan senaraikan beberapa lokasi sesuai untuk seisi keluarga,
Jika anda sudah menetap di KL, lebih bagus. Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk tiket, minyak kereta, dan hotel.
#1 Kolam renang percuma di KLCC Park
Tidak dinafikan, harga tiket untuk masuk ke taman tema air memang sangat mahal. Lebih-lebih lagi di kota raya ini. Untuk pengetahuan anda, KLCC menawarkan kolam renang kanak-kanak percuma untuk orang awam.
Terletak berdekatan dengan pusat membeli belah Suria KLCC, tempat mandi di Kuala Lumpur ini sentiasa menjadi perhatian orang awam pada setiap petang dan hujung minggu. Anda tidak perlu risau soal keselamatan kerana airnya cetek sahaja. Sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu taman permainan juga disediakan.
Kemudahan memang cukup lengkap, dari tempat persalinan, tandas, tempat letak kereta, dan tempat duduk.
Lebih menarik, landskap taman ini begitu indah. Ia merupakan sebuah taman menghijau yang berlatar belakangkan bangunan tinggi.
Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, (Google Maps Location)
#2 Suria KLCC
Di sebelah kolam renang awam ini terdapat pusat membeli belah bertaraf dunia. Suria KLCC adalah salah satu shopping mall yang paling terkenal di KL. Menempatkan pelbagai premis perniagaan dari butik berjenama, pasaraya, pusat hiburan, dan tempat makan.
Rugi kalau tak meluangkan masa di sini. Kalau dapat window shopping memang seronok.
Alamat: lot 241, 13th floor, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Google Maps Location)
#3 KL Forest Eco-Park
Siapa sangka terdapat sebuah ‘hutan mini’ di tengah tengah kota raya ini? KL Forest Eco-Park merupakan sebuah hutan simpan yang terpelihara. Anda boleh berjalan di atas Walk Canopy mengelilingi hutan hujan tropika yang subur ini.
Pemandangan dari atas jambatan gantung itu memang cantik kerana kelihatan KL Tower tersegam indah. Menariknya, masuk adalah percuma. Ia merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur tanpa bayaran.
Waktu operasi: 7 am – 6 pm
Alamat: 8, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, (Google Maps Location)
#4 Kampung Baru
Siapa tidak kenal dengan Kampung Baru? Kalau nak tahu, Kampung Baru kini sudah berusia 117 tahun dan merupakan penempatan awal penduduk di Kuala Lumpur. Suasana kampungnya masih terjaga walaupun dihimpit dengan bangunan pencakar langit.
Kalau anda mencari tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam, di sinilah tempatnya. Menarik di sini bermaksud banyak kedai makan best. Banyak gerai yang menjual pelbagai jenis hidangan tidak kira masakan Melayu mahupun Barat.
Tarikan terbaharu di Kampung Baru adalah Quill City Mall.
Alamat: Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, (Google Maps Location)
#5 Upside Down House
Salah satu tarikan terkini di Menara Kuala Lumpur adalah Upside Down House. Di sini semuanya berada dalam keadaan terbalik. Bahkan rumah ini sendiri juga terbalik. Sungguh unik.
Upside Down House ini boleh merakam seribu satu kenangan buat anda sekeluarga. Anda boleh bergambar dengan pelbagai gaya dan mengambil video buat kenang-kenangan.
Malah, harga tiketnya juga sangat berpatutan iaitu cuma RM5.30 sahaja
Waktu operasi: 9 am – 7 pm
Alamat: Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur https://goo.gl/maps/fPMmL2gtKvj(Google Maps Location)
#6 I-City
Kami selitkan juga tempat menarik di Kuala Lumpur dan Selangor kerana I-City, iaitu Kota Cahaya Digital wajar anda kunjungi. I-City melancarkan lampu-lampu berirama terkininya, Hibiscus in The Sky, sebagai satu lagi persembahan laser yang mampu memukau para pengunjung.
Harga tiket I-City: RM2
Terdapat banyak tarikan dalam kawasan I-City ini antaranya adalah:
- Waterworld Park
- SnowWalk
- Trick Art Museum
- Red Carpet
Alamat: i-Gallery,Persiaran Multimedia, i-City, 40000 Shah Alam Selangor,Malaysia. (Google Maps Location)
#7 Aquaria KLCC
Di mana lagi tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anak-anak kalau bukan Aquaria KLCC. Akuarium bertaraf dunia ini menempatkan ratusan spesis hidupan laut. Pengunjung bukan sahaja boleh melihat hidupan laut berenang dalam kolam tetapi berinteraksi dengan mereka.
Terdapat beberapa haiwan yang boleh di penang seperti ikan pari dan tapak sulaiman. Jika anda mempunyai lesen menyelam, sertai program khas Diving With Sharks. Yang tak ada lesen jangan risau. Masih ada aktiviti seperti Cage Rage di mana anda dimasukkan ke dalam sangkar kemudian diselamkan ke dalam air.
Terdapat infografik yang mengajar pengunjung tentang hidupan laut, dan info ini berguna untuk kanak-kanak.
Harga tiket: 3tahun & ke bawah (Percuma) | 3-12 tahun (RM39) |13 – 59tahun (RM49) | 60tahun dan ke atas (RM39)
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre Complex, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur (Google Maps Location)
#8 Jalan Bukit Bintang
Antara kawasan panas dan lokasi paling sibuk di Kuala Lumpur. Ini merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur untuk remaja. Sebab Bukit Bintang menempatkan segala macam bentuk hiburan.
Dari pusat membeli-belah mewah hinggalah gerai tepi jalan yang menawarkan harga murah. Di Bukit Bintang sahaja anda boleh ke Lot 10, Pavillion, Low Yat, Berjaya Time Square, Low Yat, BB Plaza, dan Sungei Wang. Kesemua tempat ini cukup meriah pada waktu malam.
Alamat: Bukit Bintang, 56100 Kuala Lumpur (Google Maps Location)
Kalau dalam masa 3 hari 2 malam memang tidak akan cukup untuk jalan jalan di Kuala Lumpur. Sebab banyak sangat tarikan menarik yang berbaloi untuk dilawati. Kami yakin, anda tidak akan pulang kecewa jika berkunjung ke KL!