Korea Selatan adalah salah sebuah negara yang paling popular dan kerap dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Kenapa? Kerana ia terletak di benua Asia dan ini bermakna tidak memerlukan belanja besar segi tiket penerbangan. Malah dari segi matawang pula tidak jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan Eropah. Faktor-faktor inilah yang membuatkan ramai yang ingin melancong ke sana. Namun bagi pengembara backpacker ke Korea, di manakah tempat dan itinerary yang sesuai untuk anda?
Backpacker ini tidak semestinya mengembara seorang diri, adakalanya berkumpulan bersama rakan-rakan. Namun, konsepnya masih sama iaitu bercuti dengan bajet rendah dan serba-serbi ringkas. Tetapi dalam masa yang sama dapat merasai keseronokkan seperti pengembara lain.
Jika anda bercadang untuk melancong ke Korea dalam konsep backpacker, anda perlu baca artikel ini sampai habis. Ini bagi menjadikan pengalaman backpacker ke Korea menjadi sebuah memori indah.
Baiklah, sebelum itu mari lihat beberapa tarikan menarik di Korea yang boleh anda lawati.
Tempat menarik di Korea
Nami Island
Nami Island ini adalah lokasi βwajib pergiβ jika berpeluang ke Korea. Lokasi ini mula mendapat perhatian ramai selepas menjadi lokasi penggambaran drama Winter Sonata.
Kekuatan Pulau Nami bukan hanya kerana pernah menjadi lokasi penggambaran drama popular. Tetapi keindahan pulaunya sudah cukup untuk menarik pelancong. Pokok-pokoknya tersusun rapi, kawasannya bersih, ditambah pula dengan suhunya yang diingin.
Kalau nak lihat pemandangan yang lebih cantik, datanglah pada musim sejuk dan musim luruh.
Alamat: 1 Namisum-gil, Namsan-myeon, Chuncheon, Gangwon-do, South Korea (Google Maps Location)
Seoul
Seoul merupakan ibu negara Korea Selatan. Bandar yang tidak pernah tidur ini padat dengan segala macam bentuk tarikan. Sama ada dari segi hiburan, tempat shopping, bangunan pencakar langit, tempat makan, dan banyak lagi.
Antara tempat menarik di Seoul adalah:
Changdeokgung Palace – Salah satu daripada lima istana terhebat dari zaman Dinasti Joseon.Β Tapak Warisan Dunia UNESCO ini menampilkan kehalusan seni bina tradisional Korea.Β Jika ke sana, lawatlah Taman Rahsia yang dihiasi landskap yang cukup menarik.
Harga tiket: Dewasa: 3,000 Won | Kanak-kanak: 1,500 Won
Alamat: 99 Yulgok-ro, Waryong-dong, Jongno-gu, Seoul, South Korea (Google Maps Location)
Namsan Tower – Jika Kuala Lumpur memiliki KLCC, Seoul pula ada Namsan Tower yang menjadi kebanggaan Korea Selatan. Ia terletak di puncak gunung di tengah kota raya itu. Anda boleh naik ke puncak menara seterusnya dapat lihat kehebatan dan keindahan bandar Seoul.
Harga tiket: Dewasa Β 10,000 Won | Kanak-kanak 8,000 Won
Alamat: 105 Namsangongwon-gil, Yongsan 2(i)ga-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea (Google Maps Location)
Dongdaemun dan Myeong Dong – Terdapat banyak pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa di Seoul. Tetapi sebagai backpacker mestilah kita ingin mencari tempat shopping yang murah. Dongdaemun merupakan pasar pakaian yang menjadi kegemaran pencinta fesyen, sementara Myeong Dong terkenal sebagai syurga pelbagai barangan pada harga murah.
Yang merancang untuk ber-backpacker ke Korea 2018, ini yang perlu anda tahu
Tiket flight β Bila lihat Air Asia, Malindo, atau mana-mana syarikat penerbangan melakukan promosi, jangan berlengah. Terus menempah. Sebab anda sendiri tidak tahu bila tarikh promosi akan datang.
Penginapan β Dah nama pun backpacker, menginap di hotel akan menelan belanja yang besar. Lebih baik menginap di homestay/guesthouse atau apartment yang boleh ditempah melalui Airbnb.
Makanan β Ingat, anda ingin ke negara yang Islam bukan sebagai agama persekutuan. Maka susah nak cari restoran halal. Apa yang perlu anda lakukan adalah bawa makanan segera, perencah nasi goreng, air kotak, roti, biskut, dan lain lain.
Pengangkutan β Jarak antara satu tarikan dengan tarikan yang lain agak jauh. Ini memerlukan anda menaiki pengangkutan awam. Jika datang berkumpulan, bolehlah naik teksi, Uber, dan sebagainya. Tambang pula dikongsi bersama. Jimat bukan?
Bahasa β Pastikan anda memuat naik aplikasi Bahasa Korea pada telefon. Kerana rakyat Korea kurang fasih berbahasa Inggeris.
Pakaian β Buat research dahulu yang tarikh anda ke Korea itu pada musim apa. Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai dengan suhu di sana.
- November β February: Musim sejuk
- March β May: Musim bunga
- June β August: Musim panas
- September β November: Musim luruh
Apa yang kami senaraikan di atas merupakan pesanan dari mereka yang mempunyai pengalaman backpacker ke Korea tau. Mungkin dapat membantu anda untuk melancong ke Korea sebagai backpacker.
Jika anda memilih untuk travel dengan agensi pelancongan, pastikan anda pilih pakej backpacker ke Korea yang sesuai dengan bajet. Jika berkumpulan, anda perlu mendapatkan persetujuan bersama.
Itinerary backpacker ke Korea
Cabaran utama backpacker adalah dari segi perancangan. Itinerary perlulah kena dengan bajet. Tidak boleh sembrono sahaja. Berapa lama percutian anda? Itu pun perlu difikirkan juga. Maknanya anda perlu tetapkan masa berapa lama yang harus diluangkan di setiap tarikan.
Kami sediakan intinerary ringkas backpacker ke Korea Selatan yang disediakan oleh MuslimTravelBug.
Bukan senang nak travel ke Korea sebagai backpacker ni. Bajet terhad, jadi banyak perkara yang perlu difikirkan. Semoga artikel dapat membantu menjadikan trip ke Korea anda menjadi sebuah pengalaman yang sukar dilupakan.