Tempat Menarik

Tempat Menarik di Kuala Lipis

Kuala Lipis mungkis tidak membangun seperti bandar Kuantan, namun ini tidak bermakna daerah ini tidak mempunyai tarikan pelancongan. Kalau nak tahu terdapat beberapa tempat menarik di Kuala Lipis yang boleh anda kunjungi. Sebahagian daripada tempat ini meliputi keindahan flora dan fauna serta berkaitan dengan sejarah penjajahan British.

Klook.com

Jika anda seorang yang menghargai alam sekitar, anda pasti tidak akan menyesal berkunjung ke Kuala Lipis. Jika anda dari Kuala Lumpur, pemanduan hanya memakan masa selama 2 jam 49 minit jika anda melalui Raub.

#1 Taman Rimba Kenong

Merupakan sebahagian daripada Taman Negara yang masih belum diterokai. Kawasan seluas 128 km persegi ini menyimpan pelbagai spesis flora dan fauna. Hutan rimba ini turut mempunyai beberapa buah gua batu kapur seperti:

  • Gua Batu Tinggi
  • Gua Batu Tangkup
  • Gua Batu Telahup
  • Gua Kesong
  • Gua Buta
  • Gua Harimau
  • Gua Hijau

Anda boleh meneroka hutan ini dan merasai pengalaman menyusuri anak sungai dengan dengan perkhidmatan bot yang disediakan. Aktiviti seperti jungle trekking cukup popular Taman Rimba Tenong ini. Sepanjang perjalanan anda akan temui tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang jarang dilihat kota raya. Penat berjalan, singgah sebentar di kawasan air terjun yang merupakan satu-satunya air terjun di Kuala Lipis.

Anda boleh hubungi 09-312 1273/ 4106 untuk menyertai ekspedisi Taman Rimba Kenong.

Alamat: Tourist Information Centre, 27200 Kuala Lipis, Pahang (Google Maps Location)

#2 Zoo Lipis

Siapa sangka, daerah terpencil ini memiliki zoo. Zoo Lipis sudah lama beroperasi dan sering menjadi tumpuan orang ramai khususnya pada hujung minggu. Oleh kerana ia merupakan zoo mini, jadi jumlah haiwan yang ditempatkan tidak begitu banyak.

Bagaimanapun ia masih berbaloi kerana anda masih boleh melihat haiwan seperti burung unta, ular, monyet, dan lain lain. Malah, zoo ini juga bersih dan dijaga rapi.

Harga tiket: Percuma

Alamat: 27200 Kuala Lipis, Pahang  (Google Maps Location)

#3 Muzium Warisan Lipis

Terletak di Bukit Bius, Muzium Warisan Lipis menempatkan koleksi pakaian tradisional Melayu Pahang, busana perkahwinan, peralatan dapur, senjata lama dan gambar-gambar tokoh politik dan artifak sejarah Kuala Lipis.

Kalau nak tahu, bangunan ini adalah rumah kelahiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Alamat: 27200 Kuala Lipis, Pahang (Google Maps Location)

Hotel di Kuala Lipis

Lipis Plaza Hotel – harga dari RM110

Hotel bertaraf 2 bintang ini terletak di tengah-tengah pekan Kuala Lipis. Boleh dikatakan hotel yang paling besar di sini. Menyediakan kemudahan lengkap dari Wifi, Astro, alat membancuh kopi, dan restoran. Sarapan pagi juga disediakan.

Alamat: 6, Jalan Benta, 27200 Kuala Lipis, Pahang (Google Maps Location)

Lipis Centerpoint Hotel – harga dari RM53

Hotel ini terletak di Jalan Pekeliling iaitu 5 minit perjalanan dari Taman Rimba Kenong. Walaupun dikelaskan sebagai hotel murah, kemudahan yang ada tidak mengecewakan.

Bilik-biliknya bersih, kemas, dan cukup dengan kemudahan asas. Selain itu Lipis Centerpoint Hotel turut mempunyai sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan tidak kira tempatan mahupun Western.

Alamat: Jalan Pekeliling, 27200 Kuala Lipis, Pahang (Google Maps Location)

Memandangkan Kuala Lipis tidak mempunyai banyak tempat menarik, kami sertakan juga tempat-tempat menarik di Pahang yang lain. Jika anda mempunyai banyak masa, luangkan masa anda dengan melawat tempat berikut.

Tempat menarik di Raub

Bukit Frazer – Dipanggil ‘Little England’ kerana bukan sahaja bersuhu rendah tetapi reka bentuk kebanyakkan bangunan adalah dari zaman kolonial British.

Tanah Aina ResortTanah Aina menjanjikan percutian yang lain dari yang lain. Mereka menggunakan konsep ‘eko-pelancongan’ di mana resort ini tidak mencemarkan hutan dan alam sekitar. Anda bakal menikmati percutian mewah tapi masih lagi mampu milik di dalam hutan yang menenangkan.

Tempat menarik di Bentong

Genting Highland – Tempat peranginan paling popular di Malaysia. Bersuhu rendah dan mempunyai Taman Tema genting yang menjanjikan keseronokkan untuk anda sekeluarga.

http://www.miriammerrygoround.com/2016/08/nature-discovery-fashion-forest-genting-highlands.html

Bukit Tinggi – Sebuah lagi destinasi percutian di tanah tinggi yang menyeronokkan. Terdapat pelbagai tarikan menarik yang ada di Bukit Tinggi khususnya di dalam Colmar Tropicale.

Tempat menarik di Jerantut

Gunung Senyum – Gunung Senyum yang mempunyai lebih 18 gua batu kapur dengan pelbagai nama unik dan klasik. Tidak ada masalah untuk mendaki di sini malah, terdapat kemudahan asrama, chalet dan tapak perkhemahan. Ia diurus oleh Jabatan Perhutanan negeri Pahang.

Tasik Bera – Tasik semulajadi ini kaya dengan flora dan fauna. Ada yang menjadikannya sebagai lubuk memancing, tapak perkhemahan, dan jungle trekking. Jika bertuah, anda dapat lihat kehidupan orang asli dari suku Semelai di sekitar tasik.

Sudah kami katakan, tempat menarik di Kuala Lipis ini sesuai untuk mereka yang cintakan alam sekitar dan sejarah. Tetapi sekiranya anda menjadikan Kuala Lipis sebagai lokasi persinggaha, tak rugi jika melawat ke lokasi yang kami senaraikan di atas. Mungkin ada tempat kami tak tahu, sila nyatakan di ruang komen di bawah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *