Seperti yang kita sedia maklum, negeri Melaka sememangnya kaya dengan tarikan pelancongan. Ia bukan sahaja tertumpu kepada khazanah sejarah, bahkan meliputi pelbagai lokasi peranginan yang boleh anda kunjungi. Boleh dikatakan setiap ceruk Melaka mempunyai tarikan tersendiri. Dalam artikel kali ini, kami akan senaraikan beberapa tempat menarik di Alor Gajah.
Jika anda dari Bandar Hilir, perjalanan mengambil masa kira-kira 46 minit pemanduan. Tidak rugi jika anda singgah di Alor Gajah kerana daerah ini menawarkan beberapa lokasi percutian menarik seperti A Famosa Resort yang terkenal dengan taman tema airnya.
Rekomendasi tempat menarik di Alor Gajah |
A Famosa Theme Park |
Lokasi pertama yang wajar anda kunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup adalah taman tema air A Famosa Theme Park. Pelbagai jenis keseronokkan ada di sini. Gelongsor gergasi, aneka kolam renang, serta taman permainan dalam air khas untuk kanak-kanak. Anda boleh menikmati keseronokkan di sini sepanjang 1 hari tau!
- Zoo mini, banyak haiwan liar.
- Landskap bertaraf antarabangsa
- Selesa
- Berpatutan & berbaloi untuk dikunjungi.
Baca: Tempat Mandi di Melaka yang Best
Tempat: A Famosa Theme Park
Lokasi: Google Map Harga tiket: Dewasa RM63 | Kanak kanak RM56 Beli tiket di – Klook |
Rumah Api Tanjung Tuan |
Atau nama asalnya Cape Rachado adalah antara rumah api yang tertua di Malaysia. Ia dibina menghadap Selat Melaka yang pada zaman dahulu membantu kelasi, kapal dagang, dan nelayan. Dibina oleh British pada 1819, rumah api ini pada asalnya diperbuat daripada kayu. Ia kemudian dibina semula menggunakan batu dan masih digunakan hingga ke hari ini.
Atas faktor keselamatan yang tidak mengizinkan, Rumah Api Tanjung Tuan ini tidak dibuka kepada orang ramai. Tetapi anda boleh mendaki anak tangga dan bergambar disekitar kawasannya.
Tempat: Rumah Api Tanjung Tuan
Lokasi: Google Map |
Freeport A Famosa Outlet Village |
Sama seperti Premium Outlet di Johor dan Genting, Free Port A’Famosa mengumpulkan sejumlah butik perjenama dari luar negara dan menjualnya dengan harga yang berbaloi.
- Banyak butik antara bangsa seperti Clarks, Nike, Adidas, Lacoste, Sketchers, dll.
- Vibe best, banyak spot OOTD
- Restoran & gerai kudapan enak.
Tempat: Freeport A Famosa Outlet Village
Lokasi: Google Map |
Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting |
Jangan sangka Terengganu sahaja ada pusat penetasan penyu. Jika anda berada di sekitar Alor Gajah, luangkan masa ke Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting. Ia menjadi tempat pendaratan dan pemuliharaan penyu terpenting di Asia Tenggara.
Anda boleh lihat penyu karah dengan lebih dekat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang haiwan ini. Â Jika bertuah, anda sendiri berpeluang melepaskan anak penyu di pantai.
Tempat: Pusat Menetasan Penyu Padang Kemunting
Lokasi: Google Map |
A Famosa Resort |
Penginapan A Famosa Resort juga tidak kurang hebatnya. Diangkat sebagai salah satu resort terkemuka di Melaka. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti:
- Kolam renang
- Wifi
- Gym
- Padang golf
Malah anda boleh memilih untuk menginap samada di apartment, bango, atau bilik hotel.
Kalau nak tempat best untuk family day di Melaka, pilih banglo yang anda swimming pool.
Harga: dari RM226 (tempah di – Klook)
Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka |
Kolam Air Panas Cherana Putih |
Sebuah lagi tempat menarik di Melaka adalah Kolam Air Panas Cherana Putih. Ia bukan seperti kolam air panas biasa tapi ada kolam renang biasa.
Dah macam taman tema air mini! Lengkap dengan kemudahan dan landskap menarik
Kolam air panas ini menjadi tarikan pengunjung pada setiap petang dan hujung minggu.
Harga tiket: Dewasa RM8 | Kanak Kanak RM7 |
Kolam Air Panas Gadek |
Kolam air panas ini pula beroperasi selama 24jam. Anda boleh ke sini pada bila bila masa. Yang datang ke sini untuk berubat, anda boleh merendamkan kaki atau bermandi manda bersama keluarga.
Kemudahan:
- Wifi
- Restoran
- Tempat persalinan
- Gazebo untuk berkelah
- Kerusi urut
- Taman permainan
Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3 |
Pantai Pengkalan Balak |
Tempat menarik di Alor Gajah seterusnya adalah Pengkalan Balak. Terletak 29 minit dari pekan Alor Gajah. Pantai ini menjadi tumpuan pelancong tidak kira tempatan atau dari luar.
Pantai ini dijaga dengan baik. Bersih, dan dapat menikmati view kapal lalu lalang.
Waktu petang dah hujung minggu pasti riuh dengan aktiviti pantai seperti mandi manda dan menaiki banana bot. Gerai jualan air dan snek juga ada di sini.
Jika ingin bermalam, anda boleh pilih Desa Damai Chalet yang merupakan antara resort menarik di Melaka.
Pantai Tanjung Bidara |
Tiada siapa dapat menyangkal keindahan Pantai Tanjung Bidara. Batu-batu besar yang terdampar di pesisir pantai ini menambahkan lagi keserian landskap. Airnya juga jernih, bersih, dan cetek. Sangai sesuai untuk mandi manda.
Kemudahan:
- Tandas
- Tempat letak kereta
- Taman permainan
- Gerai kudapan
Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam |
Lokasi terbaik untuk aktiviti riadah dan bersenam di Alor Gajah. Fasiliti dan landskap di sini memang berada pada tahap yang memuaskan. Sesuai untuk semua golongan yang nak bersukan seperti jogging, berbasikal, bersenam, dan ambil angin petang.
Malah, terdapat taman permainan yang agak luas untuk anak-anak kecil. Perfect untuk si cilik luangkan masa dan lari dari gajet buat seketika.
Alamat: Kampung Machap Lama, 76100 Alor Gajah, Malacca |
Coach Airways Outlet |
Mercu tarikan terbaharu di Melaka, Coach Airways Outleymerupakan sebuah butik jenama fesyen mewah terkemuka. Apa yang menarik mengenai butik ini adalah ia ia berada di dalam sebuah kapal terbang yang diubah suai menjadi butik indah.
- Ada 4 zone untuk bergambar, shopping, & kafe.
- Banyak item menarik seperti beg tangan, baju, dompet, kasut, tali pinggang, kasut, dan banyak lagi.
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: 10 am -10 pm Alamat: FAO Air Plane, Freeport A’Famosa Outlet, Jalan Kemus / Sempang Ampat Alor Gajah, 78000 Melaka |
Haunted Drive Thru Alor Gajah |
Nak merasai pengalaman ke ‘kawasan berhantu’? Anda boleh ke Haunted Drive Thru Alor Gajah yang terletak di Jalan Air Tanai.
Ia seperti rumah hantu yang biasa kita kunjungi di fun fair, tetapi kali ini anda hanya perlu berada di dalam kereta sahaja.
- Lalui beberapa kawasan menyeramkan.
- Dilarari dengan bunyi bak filem seram.
- Kawasan dihiasi dengan dekor seram & pelakon yang meyakinkan.
- Bertemakan filem seram yang ditayangkan di pawagam.
Harga: RM20 seorang (tempahan sahaja, tidak boleh walk in)
Hubungi: https://www.instagram.com/hdtmalaysia/ Waktu operasi: 9 pm -12 am (Sabtu sahaja) |
Atong Kitchen (Capati King ALor Gajah) |
Di Melaka ni bukan setakan asam pedas je yang sedap, anda juga kena cuba juga capati di Atong Kitchen atau dikenali sebagai ‘Capati King’ oleh penduduk tempatan.
- Aneka capati seperti kosong, cheese, telur & capati murtabak.
- Kari daging, ayam, & kambing yang sedap.
- Menu lain seperti char kueh tiaw udang/kerang.
Waktu operasi: 7:30 am–1 pm | tutup pada Khamis
Alamat: Lot 2212, Kampung Pengkalan, 78000 Alor Gajah, Malacca |
Tempat makan menarik di ALor Gajah
|
Alan Grill Western Food
- Restoran western yang sedapp & murah. Chicken grill cuma RM10 je tau.
Selera Sedap Pengkalan
- Dah viral di Tiktok dengan lontong selambak dalam dulang. Meriah engan lauk & murah.
Warung Trafik Alor Gajah
- Macam-macam ada! Konsep aneka gerai. Boleh cuba satay, asam pedas, ikan bakar, nasi kerabu, nasi ayam, dll.
Tempat menarik di AYER KEROH |
- Zoo Melaka
- Taman Buaya dan Rekreasi
- Melaka Wonderland
- Malaysia Heritage Studios
Semoga senarai tempat menarik Alor gajah ini sedikit sebanyak memberi idea anda sekiranya ingin bercuti di daerah ini. Terokailah Melaka dengan sepnuhnya kerana negeri ini menyimpan pelbagai khazanah sejarah dan alam yang bernilai.