Tidak kiralah datang untuk bercuti bersama keluarga dan rakan atau atas urusan kerja, bajet sentiasa menjadi fokus utama ketika ingin menggembara. Jika anda datang ke Kota Bharu, tidak perlu risau kerana terdapat banyak hotel murah di seluruh negeri untuk dijadikan pilihan.
Untuk memudahkan anda merancang percutian, kami di Team Travel sediakan senarai hotel murah di sekitar Kelantan. Hotel yang kami kira sebagai ‘well established’ cukup segala kemudahan asas dan selesa.
Dalam masa yang sama kami juga akan selitkan beberapa hotel mewah untuk anda yang mahukan tahap keselesaan pada tahap maksimum. Bajet untuk hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang ini bermula pada harga sekitar RM200.
Kesemua hotel yang kami senaraikan di bawah terletak di dalam bandar Kota Bharu. Kami akan memberi sedikit gambaran ringkas berkenaan lokasi, harga, kemudahan, serta tempat menarik di sekitarnya. Jom kita lihat hotel bajet di Kota Bharu bawah RM200 dahulu.
Hotel Ridel (RM147 – Expedia)
- Di tepi Sungan Kelantan
- 2 minit untuk ke KB Mall
- Mini fridge, Laundry service
- Mesra kanak-kanak
- Restoran
- Wifi
Hotel Kenangan (RM70 – Booking.com)
- Aircond
- Tv
- Wifi
- 6 minit dari Pasar Siti Khadijah
- 1km untuk ke Aeon Mall
Jewels Hotel (RM111 – Agoda)
- 8 minit dari Pasar Siti Khadijah (berjalan kaki)
- Wifi
- Tv flat screen (satellite channels)
- Tempat letak kereta percuma
- Breakfast
- Bilik dan suites
Tune Hotel (RM122 – Booking.com)
- Rekaan dalaman yang moden
- Berhadapan KB Mall
- 5 minit untuk ke Bazar Tok Guru
- Restoran
- Mesra kanak-kanak
Crystal Lodge (RM177 – Hotels.com)
- Wifi
- Tv flat screen
- Bilik biasa dan suites
- Breakfast (makanan tempatan & Western)
- Rooftop restaurant
- Mesra kanak-kanak
- Laundry service
- Gimnasium
- Parking percuma
Crown Garden Hotel (RM165 – Agoda)
- 1km dari Kampung Kraftangan
- Wifi
- Bilik yang baru ditambah baik dengan decor menarik
- Bilik suites hadir dengan lounge
- Room service
- Laundry service
- Restoran
Hotel Al Ansar (RM99 – Booking.com)
- Wifi
- Restoran
- Breakfast
- 500m dari Pasar Siti Khadijah
- 1km dari Kampung Kraftangan
Royal Guest House (RM82 – Agoda)
- Terletak di Kampung Kraftangan
- Restoran
- Wifi
The Room @ Zishi (RM82 – Booking.com)
- Di hadapan Pasar Siti Khadijah
- Wifi
- Berkonsepkan butik
- Hiasan dalaman menarik
- Tidak sesuai untuk keluarga besar
Holiday Villa & Suites Kota Bharu (RM153 – Expedia)
Terletak di Wakaf Che Yeh, menjadikan hotel yang berkedudukan strategik jika anda ke datang ke negeri ini untuk shopping. Ini kerana ia berada betul-betul di hadapan pasar malam yang menjadi bualan orang itu. Tambahan pula, banyak kedai-kedai tekstile berhampirannya.
Hotel 4 bintang ini menjanjikan penginapan yang selesa sama ada anda hadir bersama keluarga besar ataupun atas urusan kerja. Indoor swimming pool, gimnasium, restoran dan laundry service disediakan.
Hotel Renaissance
Hotel Renaissance, boleh dikatakan hotel ini mempunyai cawangan di setiap negeri. Bagi negeri Kelantan, ia terletak di bangunan Kota Seri Mutiara, Jalan Langgar. Tak perlu kami ulas panjang lebar tentangnya kerana tahap keselesaannya sudah tidak dapat dipertikaikan lagi.
Lengkap dengan segala macam kemudahan seperti swimming pool (mesra kanak-kanak), Wifi, gimnasium, on-site volley ball, dan restoran. Untuk pengtahuan, hotel ini berkongsi bangunan pengan pangsapuri, dan pusat membeli-belah Billion. Senang untuk anda membeli keperluan diri dan snek.
Hotel ini cuma 1 km dari Stadium Sultan Muhammad ke-4 dan 3 km dari Muzium Negeri, dan Pasar Khadijah.
Harga bermula RM210 jika mempah di Hotels.com.
Grand River View
Mendapat nama ‘riverview’ kerana lokasinya di tepi Sungai Kelantan. GRV adalah antara yang menjadi pilihan pelancong kerana hotel ini berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah cuma 10 minit. Untuk ke Pantai Cahaya Bulan pula mengambil masa selama 13 minit. Kalau bercadang nak shopping di Wakaf Che Yeh, memakan masa 13 minit sahaja.
Penulis sendiri pernah menginap di sini. Cukup selesa. Interiornya tidaklah moden atau fancy tetapi untuk rehat secukupnya dalam keadaan selesa, memang berbaloi. Kemudahan restoran, room servis, breakfast, Wifi, swimming pool di tepi sungai, gimnasium tu semua cukup.
Harga lebih kurang RM140 di Trivago.
Hotel Perdana
Juga terletak betul-betul di dalam bandar Kota bharu. Salah satu pilihan terbaik kalau anda inginkan keselesaan. Malah, ia Cuma 10 minit dari pasar Siti Khadijah dan Bazar Tok Guru.
Terletak di Jalan Mahmood, Hotel Perdana mendapat rating yang agak tinggi dari pelanggan. Mana tidaknya, bertaraf 5 bintang dan kemudahan di sini boleh dikatakan sempurna. Berharga RM208 di Agoda.
Hotel Seri Malaysia
Penulis yakin ramai dikalangan anda gemar menginap di hotel yang sama. Walaupun mengembara ke negeri lain mereka akan pilih cawangan hotel yang biasa mereka menginap. Seperti Hotel Seri Malaysia, seperti yang kita tahu hotel ini boleh didapati di kebanyakan negeri di Malaysia.
Malangnya setakat ini tiada cawangan Hotel Seri Malaysia di Kota Bharu, Kelantan. Kami sendiri pun pelik akan perkara ini.
Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk mencari hotel di Kelantan dalam masa yang sama dapat melancarkan percutian anda. Dalam artikel akan datang, akan kami kongsikan juga resort di negeri Kelantan!