Tempat Menarik

Tempat Mandi di Kuala Lumpur

Percutian di Kuala Lumpur sememangnya menyeronokkan. Ibu negara Malaysia ini mempunyai banyak tarikan pelancongan yang berbaloi untuk anda dan keluarga pada hujung minggu. Seperti biasa, kita sering mencari tempat mandi manda untuk bersantai. Faktor utamanya adalah kerana Malaysia ini memang panas. Sekali sekala dapat berenang memang asyik sekali. Untuk itu kami kongsikan beberapa tempat mandi di Kuala Lumpur untuk anda terjah pada cuti sekolah nanti.

KLCC Park

 

Taman KLCC sangat luas dan berlandskap indah. Menariknya terdapat sebuah kolam renang yang dibuka kepada orang awam.

Kalau anda mencari tempat menarik di Kuala Lumpur tanpa bayaran, di sinilah tempatnya.

Ingin kami ingatkan bahawa tiada kolam renang untuk orang dewasa. Ia dikhaskan untuk kanak-kanak kerana airnya cetek sahaja.

Kolam renang ini sentiasa dikunjungi orang ramai kerana lokasinya yang strategik, dan lengkap dengan kemudahan. Bahkan, anda boleh bersantai sambil melihat menara berkembar yang tersegam indah.

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Percuma

Marina Putrajaya Swimming Complex

Usah risau akan cuaca panas atau hujan kerana Marina Putrajaya Swimming Complex menawarkan kolam renang berbumbung. Terletak di aras 1 bangunan Marina Putrajaya, kolam renang yang luas ini dibuka kepada orang ramai.

Terdapat beberapa tahap kedalaman, jadi ia sesuai untuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Menariknya, anda boleh mendaftar kelas renang dengan yuran yang berpatutan.

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Waktu operasi: 9am – 10pm

Kolam Mandi Dataran Gemilang Putrajaya

Sebuah lagi tempat mandi percuma di KL terletak di Dataran Gemilang, Putrajaya. Kolamnya tidaklah besar seperti di KLCC, kolamnya tidak menampak air jernih. Tetapi ia bersih dan sesuai untuk anak anak kecil.

Apa yang boleh kami simpulkan adalah Putrajaya memang tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak. Selain kolam renang percuma, banyak lagi tarikan menarik untuk pengunjung. Antaranya adalah:

  • Taman Wetland Putrajaya
  • Taman Botani Putrajaya
  • Taman Equestrian Putrajaya
  • Putrajaya Challenge Park
Lokasi: Google Map

Harga tiket: Percuma

Sunway Lagoon

Taman tema paling popular dan bertaraf antarabang di Malaysia. Terletak di Selangor, tetapi Cuma memakan masa kira-kira 19 minit sahaja dari KL.

Pelbagai keseronokkan yang boleh anda rasai di sini. Tarikan utama sudah pasti taman tema air yang mengagumkan. Di sini anda boleh menikmati keseronokkan seperti:

  • Pelbagai jenis gelongsor
  • Vuvuzela – terowong setinggi bangunan 221 tingkat berserta pusaran air di dalammnya.
  • Little Zimbabwe – Taman permainan di dalam air dengan pelbagai jenis pancuran.

Surf Beach – Rasai pengalaman berenang dan meluncur di pantai yang mempunyai ombak buatan. Malah, kolam renang ini berpasir membuatkan anda seolah-olah berada di pantai sebenar.

Dengan pelbagai keseronokkan yang ada di Sunway Lagoon, kami kelaskannya sebagai tempat menarik di Kuala Lumpur untuk remaja.

Untuk tiket, anda boleh beli di KLOOK untuk harga lebih murah dan tak perlu beratur di kaunter nanti.

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM140 | Kanak-kanak RM60 (Beli di – KLOOK)

Wet World Water Park Shah Alam

Wet World merupakan rangkaian taman tema air terbesar di Malaysia. Cawangannya di Shah Alam tidak pernah lekang dengan kunjungan orang ramai terutamanya pada hujung minggu. Ini kerana harga tiketnya jauh lebih murah dari Sunway Lagoon tetapi anda boleh menikmati banyak keseronokkan di dalammnya.

Pelbagai saiz kolam renang yang dibina untuk pengunjung termasuklah yang cetek dan mesra kanak-kanak.

 

Selain itu tarikan seperti Super Hurricane, Monsoos Buster, dan Thunder River menjadi kegilaan golongan dewasa. Kerana tunggangan seperti ini mencabar tahap adrenaline mereka.

Tak boleh bawa makanan dari luar, tetapi anda boleh menjamu selera di cafe yang disediakan.

Lokasi: Google Maps

Harga tiket: Dewasa RM33 | Kanak kanak RM29 (Beli di – KLOOK)

SplashMania Water Park

Splash Mania di Gamuda Cove, Banting, merupakan sebuah tempat mandi di terbaharu di Malaysia. Cuma 48 minit dari KL, taman tema air ini cukup dengan keseronokkan untuk anda mandi-manda bersama keluarga dan rakan.

Terdapat pantai berombak buatan, pelbagai jenis gelongsor dan saiz kolam renang. Tarikan utama di sini adalah gelongsornya yang tinggi yang memerlukan anda ‘mendaki’ anak tangga di dalam kapal gergasi.

Biarpun baru dibuka, ia mendapat review positif dari orang ramai. Rata-rata berpuas hati dengan keseronokkan, sekurity locker, kebersihan tempat mandi, kemudahan, serta harga makanan di cafe.

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM79 | Kanak-kanak RM63 (Beli di KLOOK)

Tempat mandi di Kuala Lumpur ini memang best untuk anda kunjungi. Walaupun harga tiketnya agak tinggi, namun sangat berbaloi sebab banyak keseronokkan yang ditawarkan. Oklah kalau nak pergi setahun sekali kan?

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *