Tempat Makan

9 Tempat Menarik di Pasir Gudang

Pasir Gudang, merupakan sebuah bandar yang mempunyai banyak tarikan pelancongan di negeri Johor. Bandar ini memiliki keindahan alam semula jadi seperti pantai, muzium, dan taman pertanian. Dalam erti kata lain, tempat menarik di Pasir Gudang memang berbaloi dikunjungi pada cuti hujung minggu.

Ramai yang sangka Pasir Gudang hanya kawasan perindustrian. Anda sebenarnya silap. Bandar yang terletak cuma 25 km atau 28 minit dari Johor Bahru ini mempunyai keunikkannya yang tersendiri.

#1 Taman Pertanian Kong Kong

Bercuti dengan melihat keindahan alam semula jadi bersama keluarga merupakan idea yang bernas. Jika anda berada di sekitar Pasir Gudang, singgahlah ke Taman Pertanian Kong Kong. Ia adalah tarikan agro pelancongan terkini di negeri Johor.

Taman ini mempunyai pelbagai jenis tanaman buah-buahan bermutu tinggi. Banyak tarikan menarik yang menanti untuk diteroka pengunjung seperti

  • Dusun Buah-Buahan
  • Dusun Kelapa Takunan
  • Taman Herba
  • Taman Kelulut dan Nursery
  • Rumah Orkid
  • Galeri Tani

Paling seronok apabila pengunjung berpeluang memetik dan makan buah-buahan yang ada di sini.

Untuk kaki pancing, anda boleh memancing di sini kerana banyak ikan yang diletakkan di dalam kolam. Seperti tilapia, toman,tomam, keli dan lain-lain.

Dari segi kemudahan, Taman Pertanian Kong Kong lengkap dengan taman rekreasi, basikal untuk di sewa, bilik seminar, surau, dan tandas.

Alamat: 81700, Johor

#2 TS Wonderland Indoor Water Theme Park

Taman tema air ini baharu sahaja beroperasi. Terletak di Pasir Gudang, TS Wonderworld menawarkan harga tiket yang cukup murah iaitu RM25 sahaja.

Satu lagi kelebihannya adalah ia merupakan indoor water park. Jadi anda tidak perlu risau akan panas terik matahari. Tempat mandi di Johor ini mempunyai taman permainan dalam air yang pasti membuatkan kanak-kanak gembira.

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi bahagian menyronokkan iaitu ‘Space Adventure’ di mana sebuah taman permainan yang berkonsepkan angkasa lepas.

Harga tiket: RM25 | Bawah 75cm Percuma | Warga emas Percuma

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: 6015-C, Jalan Ciku Utama 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

#3 Muzium Layang Layang Pasit Gudang

Tempat menarikd i Pasir Gudang yang seterusnya adalah Muzium Layang-Layang. Tidak lapuk di telan zaman, permainan layang-layang kekeal relevan hingga ke hari ini. Ia sudah sebatai dengan budaya Malaysia.

Pengunjung boleh lihat pelbagai jenis dan reka bentuk layang-layang. Ada juga yang pelik dan belum pernah anda lihat. Selain itu, layang-layang dari serata dunia turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

Waktu operasi: 8am – 5pm

Harga tiket: Dewasa RM2 | Kanak kanak RM1

Alamat: Kompleks Pusat Bandar,81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.

#4 Pasir Layar

Pasir Layar merupakan pantai di Pasir Gudang yang agak popular. Kedudukannya yang strategik dan beralun, ia telah beberapa kali dijadikan lokasi bagi kejohanan perahu layar di peringkat kebangsaan.

Ia mungkin tidak sesuai untuk aktiviti manid manda kerana airnya tidak bersir, berangin, dan banyak batu-batu besar. Tetapi tak ada masalah jika anda ingin datang lepak tepi pantai sambil menyaksikan pemandangan cantik.

Ia dekat dengan jambatan, sangat sesuai untuk fotografi. Bahkan banyak restoran seafood di sepanjang jalan.

#5 Sri Pantai Seafood Restaurant

Oleh kerana pasir Gudang dekat dengan laut, makan banyaklah restoran seafood sedap. Sri Pantai Seafood Restaurant menawarkan suasana tenang dan nyaman. Di sini, anda boleh lihat para nelayan lalu lalang membawa pulang hasil laut.

omaralattas.com

Apa yang istimewa di Sri Pantai Seafood? Tomyam campur mereka merupakan salah satu menu pilihan ramai. Di tambah pula dengan sotong tepun, udang mentega, siakap steam limau, ketam, dan lain lain.

Harga makanan di sini juga agaj berpatutan. Anda boleh pilih sama ada untuk makan secara ala carte ataupun set yang ditetapkan. Oh ya, pencuci mulut banana split di sini Cuma berharga RM3.50 sahaja. Murah bukan?

Waktu operasi: 4pm – 12am

Alamat: Jalan Pengkalan 13, Kampung Pasir Puteh, 81700 Pasir Gudang, Johor

#6 Sarang Buaya Tanjung Langsat

Taman buaya ini sering menjadi kunjungan pelancong pada setiap hujung minggu. Terdapat 12 buah kolam khas untuk menempat pelbagai saiz buaya tembaga. Pengunjung boleh lihat pelbagai saiz buaya dan ada juga yang berusia 15 tahun.

Buaya-buaya tembaga ini ditempatkan di dalam sangkar khas yang menyerupai habitat asal mereka.

Saksikan juga bagaimana buaya diberi makan serta pertunjukkan khas. Pengunjung juga berpeluang menyentuh anak buaya yang bersaiz kecil dan tidak merbahaya.

Waktu operasi: 9am – 5pm

Harga tiket: Dewasa RM8 | Remaja RM6 | Kanak-kanak RM4

Alamat: Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor

#7 Bazar Karat Pasir Gudang

Anda penggemar barangan antik? Kunjungi Bazar Karat di Terminal Bas Pasir Gudang untuk mendapatkan pelbagai barangan lama. Bazar ini menjual pelbagai jenis barang lama dari syiling, pakaian, perhiasan, perkakasan elektrik, dan perabot.

Ada yang masih boleh digunakam dan ada juga untuk tujuan perhiasan sahaja.

Waktu operasi: 5pm – 12am | Khamis – Ahad

Alamat: Terminal Bas Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

#8 Aeon Mall Permas Jaya

Ia boleh dikatakan sebagai pusat membeli belah di Pasir Gudang. Walaupun terletak di Masai, ia cuma 12 minit sahaja dari Pasir Gudang. Cawangan Aeon Mall ini banyak menempatkan premis perniagaan. Butik kecantikan, pakaian, tempat hiburan, dan restoran bertaraf antarabangsa.

Alamat: Aeon Mall Permas, No. 1, Jaya Utara,, Jalan Permas 7, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

#9 Makan Klimaks Chop & Grill

Tempat makan best di Pasir Gudang ini menghidangkan sajian western. Pelbagai menu Barat disajikan seperti chicken chop steak, fish and chips, salmon, lamb chop, spaghetti, dan platter besar untuk dikongsi beramai-ramai.

Keenakkannya menjadi sebutan penduduk tempatan. Restoran ini menjadi tempat menarik di Pasir Gudang waktu malam berikutan jumlah pelanggan yang ramai. Ia menjadi meriah apabila masing-masing mengambil peluang lepak bersama rakan sambil menjamu selera.

Menariknya, Makan Klimaks Chop & Grill menyediakan chicken chop berharga RM5.90 sahaja. Murah bukan?

Waktu operasi: 5pm – 12.30am

Alamat: 26, Jalan Helang 2, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor

Itu dia antara tempat menarik di Pasir Gudang yang boleh anda kunjungi. Bandar ini sesuai sekali untuk anda yang ingin lokasi ‘short getaway’ pada hujung minggu. Selamat bercuti!

One Reply to 9 Tempat Menarik di Pasir Gudang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *