Langkawi

Pantai Cenang Langkawi

Sekiranya berkunjung ke Langkawi, Kedah,  lokasi yang wajib penjadi persinggahan pelancong adalah Pantai Cenang. Pantai Cenang merupakan salah satu bandar yang tersibuk di Langkawi.

Keisitimewaan Pulau Cenang, bukan hanya terletak pada keindahan dan alam semula jadinya. Malah lengkap dengan aktiviti pantai, pusat membeli-belah bebas cukai, resort menarik, dan tempat makan sedap.

Kami yakin sekiranya anda memilih Pulau Cenang, Langkawi sebagai destinasi percutian, ia pasti menjadi pengalaman yang bakal dikenang.

Ingin tahu lebih lanjut apa yang menarik di Pulau Cenang? Teruskan membaca artikel ini.

#1 Underwater World Langkawi

Dengan keluasan kira kira 6 hektar, Underwater World Langkawi adalah antara salah satu tempat menarik di Langkawi yang wajib anda singgah. Akuarium gergasi ini menempatkan lebih 200 spesis hidupan laut.

Ia termasuk beberapa spesis jerung, ikan air tawar, dan banyak lagi. Memandangkan ia adalah akuarium bertaraf antarabangsa, kesemuanya dipamerkan dengan menarik. Terdapat terowong yang membuatkan anda berasa seolah berada di dasar laut!

Pengunjung dapat melihat video, permainan interaktif, penuh dengan label menarik. Pastikan anda menonton filem pendek di Underwater World include an Educational Resource Centre. Kerana mereka mempersembahkannya dalam bentuk 3D.

Harga tiket: Dewasa RM46 | Kanak kanak RM36

Alamat: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

#2 Pasar Malam Temoyong

Pasar malam paling popular di Langkawi, kerana banyak gerai yang menjual pelbagai jenis barang dan makanan. Lebih banyak gerai, lebih seronok bukan?

Di sini anda berpeluang membeli banyak barangan seperti pakaian, aksesori, tudung, dan lain-lain pada harga murah.

Siapa tidak suka akan makanan yang dijual di pasar malam? Banyak makanan dan minuman sedap seperti satay, ayam goreng, murtabak, nasi campur, burger, dan ice blended, serta kudapan.

Lokasi ini cukup meriah dengan kehadiran orang ramai.

Waktu operasi: 6pm – 10 pm | setiap Khamis

Alamat: Kampung Temoyong, Mukim Kedawang, Pantai Cenang

#3 Pantai Cenang

Tidak lengkap percutian anda sekiranya tidak bersantai di Pantai Cenang. Bukan hanya boleh mandi pantai, tetapi banyak activities menarik yang boleh and lakukan bersama keluarga dan rakan.

Contohnya menaiki banana boat, parasailing, bermain jetski, menaiki ATV, dan banyak lagi.

Bahkan banyak gerai pakaian dan kedai makan menarik di sepanjang pantai yang boleh anda singgah.

Apa yang menarik tentang Pantai Cenang adalah panorama pantainya. Air lautnya tidak sejernih Pulau Perhentian. Tetapi pasirnya yang memutih dan pemandangan gugusan pulau yang terhidang memang cukup mempersonakan.

Alamat: Jalan Pantai Chenang Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah

#4 Rice Garden Museum (Laman Padi Langkawi)

Kedah terkenal sebagai ‘negeri jelapang padi’ kerana menjadi negeri penyumbang beras utama Malaysia. Untuk itu, sebuah museum didedikasikan khas untuk industi padi Kedah, khususnya Langkawi.

Laman Padi mempamerkan koleksi artifak, foto, sejarah, serta peralatan yang digunakan untuk menuai padi dari dahulu hinggalah sekarang.

DCIM101GOPROGOPR1886.

Terletak di hadapan Bon Ton Resort, muzium ini terbahagi kepada 4 bahagian. Iaitu Heritage Gallery, Paddy Gallery, Herb Garden dan Garden of Variety. Setiap bahagian memberikan anda informasi tentang sejarah dan proses penghasilan beras.

Malah, anda sendiri berpeluang bersawah untuk merasai sendiri pengalaman bagaimana pesawah memungut hasil padi.

Harga tiket: RM2

Alamat: Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

#5 Kiki Club di Meritus Pelangi Beach Resort

Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, anda boleh ke Kiki Club kerana banyak aktiviti menarik yang ditawarkan kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.

Antara aktiviti yang boleh si cilik lakukan di sini adalah seperti bermain mini gold, sesi info-tainment, erenang, menyanyi, dan memancing. Terdapat beberapa maskot yang kami yakin dapat menceriakan anak-anak anda.

Masuk adalah percuma jika anda menginap di Meritus Pelangi Beach Resort.

Hubungi: 04-952 8888

Alamat: Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

#6 Pelangi Lounge at Meritus Pelangi Beach Resort.

Nigtlife di Langkawi memang meriah. Untuk merasai nikmat sebenar kehidupan malam di Langkawi, kami cadangkan anda ke Pelangi Lounge at Meritus Pelangi Beach Resort.

Restoran yang terletak di tepi pantai ini memang istimewa. Selain pihak hotel menyediakan pelbagai jenis hidangan, anda boleh menikmati angin malam yang mempersonakan.

Cuba bayangkan jika anda dapat makan malam bertemankan angin pantai, tentu seronok.

Agak mewah dan mahal. Tetapi meriah dengan kunjungan pelancong dan anda juga dapat merakam memori indah.

Alamat: Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

#7 Favehotel Cenang Beach Langkawi

Antara hotel menarik di Pantai Cenang adalah Favehotel Cenang Beach Langkawi. Dengan harga bilik bawah RM200, anda boleh menikmati pelbagai kemudahan termasuklah kolam renang.

Dekorasi hotel ini memang menarik dengan bertemakan warna merah jambu dan hitam. Kolam renangnya juga terletak di bahagian rooftop. Selain berenang anda juga dapat menyaksikan pemandangan yang menarik.

Hotel ini lengkap dnegan semua kemudahan termasuklah bilik yang selesa dan restoran.

Harga bilik: Dari RM188

Alamat:  07000 Langkawi, Kedah

#8 Ummi Homestay

Untuk mereka yang berkeluarga besar, menginap di homestay adalah pilihan ideal. Kami cadangkan anda menginap di Ummi Homestay yang terletak di Kampung Lubok Buaya.

Ummi Homestay menerima review positif dari mereka yang pernah menginap di sini. Semua kelengkapan dan kemudahan asa sudah tersedia. Bilik bersih dan dijaga dengan baik.

Bahkan dekat dengan tempat menarik seperti Pantai Cenang, pasar malam, dan Laman Padi.

Hubungi: 019-478 0363

Alamat: Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Kedah

Percutian di Pantai Cenang Langkawi pastinya kan menceriakan hujung minggu anda. Lihat sendiri aktiviti dan tempat menari yang kami senaraikan di atas. Banyak bukan? Semuanya sudah tentu akan membuatkan percutian anda dan keluarga lebih bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *