Tempat makan menarik di Kuala Lumpur memang terlampau banyak. Ada sahaja restoran sedap dan unik. Bukan itu sahaja, restoran di KL menyajikan pelbagai jenis hidangan dari masakan tempatan, Western, Korean, Thai, Japanese, Timur Tengah dan banyak lagi. Restoran-restoran ini tumbuh kerana KL merupakan ibu negara dan menjadi pusat tumpuan pelancong. Di sampaing itu, sikap orang Malaysia yang terbuka dalam menerima segala jenis masakan. Tetapi kalau di mana pula tempat sarapan best di Kuala Lumpur?
Takkan nak sarapan di hotel sahaja bukan? Sekali-sekala dapat bercuti di kota metropolitan ini ingin juga merasa hidangan breakfast yang lain dari kebiasaannya.
Jom lihat antara tempat sarapan menarik di KL.
Nasi Lemak Saleha |
Orang kata nasi lemak Kuala Lumpur ni lain macam sikit. Kalau di kawasan Kampung Pandan, Nasi Lemak Saleha lah yang menjadi sebutan ramai. Nasi lemak di sini agak ringkas dan tidak fancy tetapi rasanya memang kena dengan selera orang ramai.
Sambal bilisnya cukup rasa dan tidak terlalu manis. Lauk yang boleh anda dapati di sini adalah seperti ayam goreng berempah, sambal sotong, paru, dan lain-lain.
Nasi Lemak Saleha ini mempunyai beberapa buah cawangan iaitu di Taman Sri Rampai, Kampung Pandan, dan Wangsa Maju.
Mereka bukan sahaja menyediakan nasi lemak, bahkan lontong, roti canai, pulut kuning, mee kari, dan kuih muih.
Tempat: Nasi Lemak Saleha
Lokasi: Google Map |
IKEA Damansara / Cheras |
Selain menjual pelbagai jenis perabot dan kelengkapan rumah yang cantik, Ikea juga popular dengan food court mereka. Hidangan meatballs asli dari Sweden ini menjadi kegemaran ramai. Malah, ada singgah semata-mata untuk makan di IKEA berbanding membeli belah.
Kalau nak tahu, Ikea mempunyai hidangan khas untuk sarapan pagi. Dijual bermula jam 9 am – 11 am sahaja.
Sajian sarapan terdiri daripada nasi lemak, ayam goreng, otak-otak, mihun/mee goreng. Sarapan pagi ala western pun ada seperti smoked brisket, salad, dan roti bakar + sosej + baked beans. Untuk minuman pula anda boleh pilih kopi (refillable) dan jus.
Ikea juga dikelaskan sebagai salah satu tempat makan western best di KL.
Tempat: IKEA |
Mak Jah Corner |
Mak Jah Corner merupakan tempat sarapan pagi Ampang yang popular. Segala macam hidangan sarapan pagi ala Melayu ada dijual di sini. Dari nasi lemak bersama pelbagai jenis lauk seperti rendang, sambal sotong, aym berempah, paru goreng, dan lain-lain.
Selain itu, rasai juga keenakkan mee kari, roti jala, pulut kuning, dan bubur. Buat penggemar roti canai pula, jangan risau kerana banyak pilihan roti seperti roti planta, bawang, sardin, cheese, dan bom.
Untuk pencuci mulut, aneka kuih muih tradisional tersedia buat pelanggan. Memang tak menyesal singgah sarapan pagi di Ampang ini.
Waktu operasi: 7 am – 6 pm
Alamat: No. 26, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor
Village Park Restaurant |
Nasi lemak Village Park sudah tidak asing lagi buat warga kota. Biarpun terletak di Damansara, kami kelaskan ia sebagai tempat sarapan best di Kuala Lumpur kerana cuma 11 minit dari KL.
Admin sendiri pernah menikmati nasi lemak di sini dan rasanya memang padu! Ayam berempahnya bersaiz besar, sambal menyelerakan dan tidak terlalu pedas. Ditambah pula dengan telur rebus serta hirisan timun.
Selain nasi lemak, menu lain yang menjadi pilihan ramai adalah nasi dagang, lontong, mee kari, soto, chee cheong fun, dan roti bakar.
Banyakkan menunya? Tidak hairanlah sekiranya restoran menjadi salah satu kedai makan sedap di KL.
Tempat: Village Park Restaurant
Lokasi: Google Map |
Nasi Kandar Pelita |
Restoran mamak yang menjadi sebutan ramai. Kenapa? Kerana bukan sahaja makanannya sedap tetapi lokasi dan persekitarannya yang sesuai dijadikan sebagai tempat lepak.
Beroperasi 24 jam, membolehkan anda menikmati pelbagai jenis roti canai dan aneka kuah kari dan dhal. Ini betul-betul roti canai asli mamak dan rasanya tidak sama seperti di restoran lain.
Roti canai dihidangkan didalam pinggan bersama 3 jenis kuah berbeza.
Selain roti canai, nasi kandar, dan masakan panas juga memang terbaik di sini!
Tempat: Nasi Kandar Pelita
Lokasi: Google Map |
Restoran Jamal Mohamed |
Ini bukan seperti restoran mamak yang biasa anda kunjungi. Restoran Jaman Mohamed menyajikan pelbagai jenis hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Dari nasi kandar, roti canai, nasi campur, mee kari, masakan panas, nasi lemak, dan banyak lagi.
Wantan mee, yong taufu goreng, dan nasi ayam turut dijual tau. Menariknya setiap jenis hidangan diasingkan di beberapa stall. Setiap stall mengkhususkan menu berbeza.
Menu popular adalah nasi lemak kangkung. Kangkungnya cukup rasa manis dan masin serta rangup. Siapa sangka ia sesuai dimakan bersama nasi lemak bukan?
Singgahlah ke sini, anda pasti rambang lihat menu mereka.
Tempat: Restoran Jamal Mohamed
Lokasi: Google Map |
My Makan |
My Makan yang terletak di Bukit Antarabangsa juga adalah tempat sarapan pilihan warga kota. Boleh dikatakan semua jenis juadah boleh anda dapati di sini termasuklah hidangan western.
Hidangan berasaskan udang galah di sini cukup special. Ia termasuk mee udang dan udang galah ala Barat, nasi udang galah berlado. Portionnya banyak dan saiz udangnya memang besar.
Tempat makan menarik di Ampang ini turut menyediakan nasi lemak roti canai, dan kuih muih tradisional pada waktu pagi.
Tempat: My Makan Bukit Antarabangsa
Lokasi: Google Map |
Restoran Patatimo |
Untuk penggemar masakan dari Pantai Timur, anda boleh terjah ke Restoran Patatimo. Juadah heba seperti nasi dagang, nasi kerabu, dan kuih muih dari Pantai Timur memang menyelerakan.
Pada waktu pagi anda boleh menikmati roti canai, roti bakar, nasi dagang, dan berlauk ikan tongkol. Masakan panas pun ada.
Restoran ini tidak tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati makanan asli Pantai Timur.
Kalau nak tahu, tempat makan best di Wangsa Maju ini menjadi pilihan program tv Jalan Jalan Cari Makan.
Tempat: Restoran Patatimo
Lokasi: Google Map |
Warong Haji Mahmood |
Tempat sarapan pagi di Gombak pula adalah Warong Haji Mahmood. Menu pilihan di sini adalah roti canainya. Ada juga yang menggelarkan restoran ini sebagai ‘roti canai beratur Gombak’.
Punyalah ramai nak makan roti canai di sini, sehingga pelanggan perlu beratur menunggu giliran.
Roti canai di sini boleh dikatakan cukup rasa, ditambah pula dengan keenakan kuah dhal dan kari mereka. Boleh dikatakan semua pelanggan memilih roti canai sebagai santapan utama di sini.
Nasi lemak turut dijual. Banyak juga pilihan lauk seperti sambal sotong, udang, paru, kangkung, telur goreng, dan ayam goreng berempah.
Kalau nak bersarapan di sini, kami sarankan anda datang awal untuk mendapatkan meja.
Tempat: Warong Haji Mahmood
Lokasi: Google Map |
Gerai Pak Hassan Kampung Baru |
Kampung Baru memang lokasi terbaik kalau anda nak masakan kampung terutamanya nasi lemak. Apa kata anda cuba Gerai Pak Hassan Kampung Baru. Cuma beroperasi dari pagi hingga jam 1 tengah hari sahaja.
Orang ramai sanggup beratur untuk menikmati nasi lemak di sini. Kuah sambal ikan bilis dan ayam gorengnya memang padu! Anda boleh juga cuba sambal sotong yang menjadi kegemaran ramai di sini. Selain itu order juga roti canai lembut bersama gulai kaki ayamnya.
Tempat: Gerai Pak Hassan Kg Baru
Lokasi: Google Map |
Banglo 289 |
Restoran ini baharu sahaja beroperasi, tetapi sudah mendapat tempat di hati warga kota. Lokasinya yang strategik membuatkan ia menjadi port breakfast dan lunch. Restoran ini menyajikan aneka masakan tempatan seperti masak lemak, ikan keli goreng, ayam goreng berempah, dan ulam-ulaman.
Pada waktu pagi lebih meriah dengan pelbagai kuih muih tradisional, roti bakar, roti titab, lempeng, dan nasi kerabu, laksam, nasi dagang, dan banyak lagi.
Paling best, anda boleh menjamu selera dalam suasana yang tenang. Dekorasi restoran ini juga mewah, modern, tetapi harga makanannya amat berpatutan. Highly recommended!.
Waktu operasi: 7 am – 4 pm
Lokasi: Google Map |
Nasi Lemak Wanjo Kg Baru |
Kedai nasi lemak paling popular di KL, siap ada merchandise mereka sendiri. Sediakan pelbagai jenis sambal dari sambal ikan bilis, kerang, sotong, udang, dan banyak lagi. lauk-lauk lain juga sedap. Anda boleh cuba ayam goreng berempah, paru goreng, rendang, tempe, dan telur ikan.
Keadaan restoran juga bersih dan tenang walaupun menerima kunjungan pelanggan yang ramai sepanjang masa. Harganya sedikit tinggi berbanding gerai tepi jalan, tetapi berbaloi dengan rasa dan portion.
Tempat: Nasi Lemak Wanjo Kg Baru
Lokasi: Google Map |
Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju |
Tidak perlu ke Kota Bharu untuk menikmati Nasi Kak Wook, kini anda boleh ke Wangsa Maju untuk makan nasi dengan gulai ayam popular ini. Ini adalah nasi kak wook asli memandangkan ramai yang cuba untuk tiru resepi ini.
Nasi Kak Wook adalah nasi putih yang dimakan bersama gulai ayam istimewa, ayam goreng yang dipotong kecil, bersama sambal belacan istimewa. Memang sedap. Restoran ini memang setiasa penuh, terutama pada waktu tengah hari. Keadaannya persekitaran agak panas tetapi berbaloi selepas menikmati keenakan juadah pantai timur ini.
Mereka juga sediakan masakan panas untuk pelanggan.
Tempat: Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju
Lokasi: Google Map |
Restoran Raso Omak Den |
Nama restoran sahaja sudah menggambarkan menu. Sudah tentulah masakan kampung dari Negeri Sembilan, iaitu masak lemak cili api dan asam pedas. Gulainya pekat, pedas, dan daging salainya memang membangkitkan selera.
Lauk lain seperti sayur labu, siput sedut, aneka gulai, ayam berempah, ikan keli, dan paru goreng juga sentiasa menjadi pilihan pelanggan tetap. Restoran terbaik di KL kalau anda nak makan masak lemak cili api.
Tempat: Restoran Raso Omak Den
Lokasi: Google Map |
Nasi Lemak Tawaf |
Kalau anda sanggup beratur, boleh cuba Nasi Lemak Tawaf yang terletak di Jalan Raden Anum. Apa yang membuatkan pelanggan sanggup beratur adalah hanya untuk menikmati rendang daging/ayam untuk dimakan bersama nasi lemak.
Tambahan pula, harga lauk di sini amat murah berbanding di tempat lain. Bayangkan, sambal sotong cuma berharga RM4 seekor. Manakala lauk lain seperti sambal paru, kerang, udang, telur puyuh juga amat menyelerakan. Jangan lupa cuba aneka kuih muih tradisional.
Waktu operasi: 8 am–1 pm, 4:30 pm–1 am
Lokasi: Google Maps |
Lan Roti Canai |
Menu sarapan kegemaran rakyat Malaysia, roti canai! Kalau and aberada di sekitar Jalan Permai, bolehlah singgah sarapan di Lan Roti Canai.
Roti canai di sini garing di luar, lembut di dalam. Lebih sedap dimakan dengan kuah kari daging kisar dan kacang dal. Roti canai yang paling popular di sini tentulah roti telur dan roti banjir.
Restoran ini adalah sebahagian daripada food court tau. Tak susah nak cari, yang paling ramai pelanggan, itulah Lan Roti Canai.
Waktu operasi: 6:30 am–12 pm, 5–10 pm
Lokasi : 20, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Kopitiam 143 |
Warung kecil ini sememangnya menjadi pilihan warga KL sekitar Taman Keramat sebelum masuk ofis. Nasi lemak, kuih muih tradisional, variasi roti bakar dan kopi memang sedap.
Rotinya tebal dan dibakar sempurna selain kayanya yang enak. Bukan sekadar kopi biasa, tetapi kopi premium.
Selain itu, istimewanya Kopitiam 143 adalah hidangan mi kicap dan wantan.
Waktu operasi: 7:30 am–12:30 pm | Tutup pada Selasa & Rabu
Lokasi: Google Maps |
Kedai Makan BEKWoh |
Tempat breakfast sedap di KL seterusnya adalah di Taman Melawati. Kedai Makan BEKWoh, mendengar namanya sahaja sudah tahu yang restoran ini menyajikan masakan asli Kelantan.
Nasi kerabu Golok adalah menu paling popular. Lebih enak dimakan bersama daging bakar, telur masin dan solok lada.
Selain itu, pada waktu pagi anda boleh cuba nasi dagang ikan tongkol, laksam, roti titab, serta nasi berlauk yang diterbangkan dari Kelantan setiap pagi.
Waktu operasi: 8.30 am – 10 pm
Lokasi: Google Maps |
BreakfasT.Co |
Nak sarapan ala English? Kami cadangkan anda ke Taman Melawati dan cuba Breakfast.co iaitu foodtruck yang menyajikan sarapan ala English pada harga berpatutan.
Menu utama mereka adalah bagels, muffin, sandwich, full English breakfast, dan kopi premium.
Bagels kebiasaanya dimakan bersama telur, sosej, daging, dan beefacon. Pelanggan boleh customize sendiri inti bagels mengikut selera masing-masing. Sedap dan portion besar. Memang berbaloi makan di sini.
Waktu operasi: 8 am -12 pm | tutup pada Isnin
Lokasi: Google Maps |
Kafe Kleptopkrat |
Tempat breakfast hipster di KL memang banyak. Tapi kami nak cadangkan anda supaya singgah ke Kafe Kleptokrat yang terletak di Jalan Tun H S Lee.
Ciri utama yang menrik perhatian adalah kolam renang indoornya yang aesthetic. Pelanggan boleh menjamu selera di tepi kolam sambil menghirup latte enak. Dekorasi dalamannya bertemakan Melayu klasik, tetapi mewah. Spot terbaik untuk anda ber – OOOTD
Dari segi makanan, pada waktu pagi anda boleh order nasi lemak dan renang, nasi dagang, bubur, serta lontong.
Waktu operasi: 11 am – 10 pm
Lokasi: Google Maps |
Sekiranya anda betul-betul nak ke tampat sarapan best di Kuala Lumpur, pastikan anda ke lokasi yang kami sebut di atas. Atau ada lokasi lain yang kami tidak tahu, sila nyatakan di ruangan komen di bawah.