Sektor pelancongan di Terengganu sememangnya hebat. Boleh dikatakan setiap ceruk negeri pantai timur ini berbaloi untuk dilawati. Oleh kerana itulah ramai yang memilih untuk berlibur di Terengganu. Pulau Duyung contohnya wajar anda jadikan sebagai lokasi percutian sekeluarga. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Duyung.
Oh ya, Pulau Duyung merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di muara Sungai Terengganu. Terletak di dalam bandar, anda hanya memerlukan 7 minit perjalanan sahaja dari Kuala Terengganu. Anda tidak perlu menaiki bot, kerana terdapat jambatan yang menghubungkan anda ke sana.
#1 Duyong Art Gallery
Hah, untuk mereka yang mahukan tempat menarik di Terengganu selain pulau, bolehlah berkunjung ke Duyong Art Gallery. Memandangkan Pulau Duyung ini merupakan sebuah perkampungan nelayan, sejarah dan budayanya disemadikan di dalam sebuah galeri khas.
Duyong Art Gallery menempatkan segala macam seni lukis, seni kraf, pakaian, arca, seni purba, makanan dan seni muzik.
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: 9 am 5 pm
Alamat: Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
#2 D’Ganu Steamboat Cafe
Tempat makan menarik di Pulau Duyung pula adalah D’Ganu Steamboat Cafe yang menyajikan steamboat segar bersama tomyam enak. Pelbagai jenis lauk disediakan seperti makanan laut, daging, ayam, dan banyak lagi.
Selain itu, pelanggan juga boleh memesan satay, masakan panas, dan western yang kami yakin bakal membuka selera sesiapa sahaja.
D’Ganu Steamboat Cafe ini juga amat berpatutan berbanding restoran seumpamanya yang lain. Malah, lokasinya yang terletak di tepi sungai melahirkan suasana nyaman terutamanya pada waktu malam.
Waktu operasi: 5 pm -12 am | tutup pada Selasa
Alamat:Â GM1 & GM2, Food Court, Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu
#3 Kota Lama Duyong
Juga dikenali sebagai Pulau Warisan, Pulau Duyung menyimpan sejarah perkembangan Islam di negeri ini. Pengunjung boleh lihat sendiri buktinya dari Kota Lama Duyong yang mempunyai unsur senibina Mesir Melayu.
Banyak sekali artifak dan seni yang disimpan di dalamnya. Terutama yang berkaitan dengan ketibaan Islam, nelayan, perkapalan, dan seni ukir.
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: 9 am – 5 pm | tutup pada Jumaat
Alamat: Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
#4 Duyong Marina & Resort
Resort menarik di Pulau Duyong pula sudah tentulah Duyong Marina & Resort. Bertaraf 4 bintang, resort ini bakal memenuhi penginapan impian anda di Terengganu.
Ia menawarkan kolam mandi gergasi dengan landskap indah. Sesuai untuk anda yang bercuti bersama keluarga.
Selain itu bilik-biliknya juga dilengkapi dengan tv bersama pemain DVD. Malah, setiap jenis bilik disediakan mini pantry untuk anda membancuh teh atau kopi. Dekorasi bilik memang tidak mengecewakan.
Bagi memenuhi permintaan pelancong, mereka menyediakan river cruise untuk melihat pemandangan Pulau Duyung secara keseluruhannya.
Harga bilik: RM187 semalam
Alamat: Pulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tempat menarik di Kuala Terengganu
- Taman Tamadun Islam
- River Cruise TTI
- Masjid Kristal
- Pantai Teluk Ketapang
- Pantai Batu Buruk
- Muzium Negeri Terengganu
- Pasar Payang
Tempat menarik di Setiu
- Boarwalk Setiu
- Pantai Penarik
- Sutra Beach Resort
Itu sahaja antara tempat menarik di Pulau Duyung memandangkan ia cumalah sebuah pulau kecil sahaja. Tetapi kami yang ia sudah cukup untuk memenuhi aktiviti hujung minggu anda sekeluarga.