Marang merupakan daerah yang tidak asing lagi dalam sektor pelancongan negeri Terengganu. Berkedudukan di tepi pantai, ia adalah laluan utama untuk ke Pulau Kapas Gemia. Selain itu, pesisir pantainya juga tidak mengecewakan. Cukup indah, pasir yang memutih, airnya bersih, cukup sesuai untuk dijadikan tempat percutian. Melalui artikel ini, kami akan kongsikan beberapa tempat menarik di Marang yang boleh anda kunjungi.
Sekiranya anda ingin melawat tempat menarik di Terengganu selain pulau, menginap di Marang sangatlah ideal. Ini kerana jarak antara Marang ke Kuala Terengganu cuma 17 km dan memakan masa 27 minit perjalanan sahaja.
Mari kita mulakan tempat menarik di Marang dengan pulau-pulaunya yang indah.
#1 Pulau Kapas
Kalau sebut tempat menarik di Terengganu, wajib selitkan Pulau Kapas sebagai salah satu darinya. Perairan Pulau Kapas sunggu mempersonakan biarpun saiznya yang kecil.Β Keindahannya bertaraf antarabangsa. Malah, untuk ke sana pengunjung hanya perlu menaiki bot selama 15 hingga 20 minit sahaja dari Jeti Marang.
Ia menjadi pilihan ramai kerana jaraknya yang dekat dengan tanah besar. Malah, harga chalet di Pulau Kapas juga amat berpatutan.
Aktiviti menarik di sini adalah seperti mandi pantai, snorkeling, scuba diving, banana boat, dan banyak lagi.
Air yang biru, pantai memutih, dan penuh aktiviti menari pasti akan membuatkan percutian anda sekeluarga cukup menyeronokkan.
Tambang bot ke Pulau Kapas β RM40 (pergi dan balik)
#2 Pulau Redang
Lokasi pelancongan yang tidak kurang juga hebatnya. Keindahan dasar lautnya yang jernih dan berwarna-warni menjadi daya penarik kedatangan pelancong.
Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat keindahan hidupan laut khususnya terumbu karang dan kepelbagaian spesis ikan.
Terdapat 3 lokasi hangat untuk aktiviti snorkeling dan scuba iaitu Tapak Mak Cantik, Taman Laut Redang, dan Tanjung Redang Tengah.
Jumlah resort dan chalet di Pulau Redang lebih banyak berbanding Pulau Kapas. Anda boleh pilih yang mana lebih sesuai dengan bajet.
Harga tambang bot ke Pulau Redang:
- Dari Jeti Shahbandar β RM110 pergi dan balik
- Dari Jeti Merang β RM80 pergi dan balik
#3 Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu
Namanya sahaja pulau, tetapi tidak perlu diakses dengan bot. Terletak berdekatan Jeti Marang. Apa yang menarim di sini adalah suasana perkampungan nelayan. Anda boleh lihat bot nelayan pergi dan balik mencari rezeki.
Selain itu taman permainannya juga agak luas. Lengkap dengan kemudahan seperti tempat letak kenderaan, tandas, gerai makanan, dan laluan jogging.
Khabarnya kerajaan akan bina jambatan baharu yang menghubungkan Kampung Paya Batu Merah ke Taman Rekreasi Keluarga. Ini berikutan peningkatan jumlah pengunjung setiap petang dan pada hujung minggu.
Alamat: 21600 Marang, Terengganu
#4 Pulau Lang tengah
Diapit oleh Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Turut menawarkan keindahan pantai dan dasar laut indah. Terutama buat penggemar scuba diving dan snorkeling.
Untuk ke Pulau Lang Tengah, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot di Jeti Marang. Di sana juga terdapat pelbagai pakej Pulau Lang Tengah yang menarik dan sesuai dengan bajet.
Chalet dan resort di sini tidak kurang hebatnya.
#5 Pulau Gemia
Terletak bersebelahan Pulau Kapas. Pulau Kecil ini menjadi destinasi pilihan pelancong asing yang mahukan privacy. Bersaiz kecil tetapi menawarkan pemandangan mengagumkan untuk aktiviti pantai.
Terdapat sebuah resort sahaja di sini iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort.. Menariknya resort ini mempunyai sebuah swimming pool yang bersambung denganbatuan pantai.
Kalau anda bernasib baik, dapatlah lihat penyu bertelur.
Cara ke Pulau Gemia adalah melalui Jeti Marang.
#6 Marang Waterfront
Antara lokasi terbaik untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Suasananya tenant dan mendamaikan dek kerana pemandangan muara sungai dan perkampungan nelayan.
Terdapat banyak pondok rehat, laluan pejalan kaki, serta pelantar untuk anda beristirehat.
Sesuai sekali kalau nak ambil angin di waktu petang.
Alamat: 21600 Marang, Terengganu
#7 Kedai Makan Ustaz
Jika ditanya kat mana tempat makan menarik di Marang Terengganu pula, kami cadangkan anda ke Kedai Makan Ustaz yang terletak di Kampung Pulau Rusa.
Cukup popular di kalangan penduduk tempatan. Malah, pelancong juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menjamu selera di sini.
Pelanggan cukup menggemari masakan kampung seperti patin tempoyak, ayam kampung goreng, aneka gulai, ulam-ulaman, dan ikan bakar.
Malah, ada juga yang datang untuk merasai air buah-buahan segar yang dihidangkan di dalam gelas besar. Seronok sekalai jika dapat menghirupnya pada cuaca panas.
Waktu operasi: 9.30 am β 4.30 pm
Alamat: Lot 2922, Kampung Pulau Rusa, 21610 Marang, Terengganu
#8 Marang Village Resort & Spa
Untuk resort di Marang pula kami cadangkan anda menginap di Marang Village Resort & Spa kerana harganya yang berpatutan, selesa, dan penuh dengan kemudahan.
Fasiliti yang disediakan di sini bakal memenuhi impian percutian tepi pantai anda bersama keluarga mahupun rakan. Tersedia dengan dewa, gelanggang bola tampar, dan perlatan BBQ.
Setiap bilik dilengkapi dengan tv satelit dan penghawa dingin. Berkedudukan di tepi pantai memudahkan anda untuk mandi manda.
Harga bilik: Dari RM69 semalam
Alamat: 4177, KM 24 Kampung Kelutut, Terengganu, 21600 Marang
#9 Roti Tempayan Line Clear
Bunyinya seperti sebuah restoran yang terletak di Penang, tetapi restoran Roti Tempayan Line Clear ini terletak di Marang. Menjadi lokasi sarapan pagi di marang yang agak terkenal.
Rotinya lembut dan pelanggan bebas memilih aneka jenis kari untuk dicicah bersama.
Selain roti tempayan, nikmati juga roti canai, nasi minyak, dan rojak.
Alamat: Kampung Rhu Renggeh, 21080 Kuala Terengganu,
Tempat menarik di Besut
- Air Terjun Latar Tembakah
- Air Terjun Lata Belatan
- Pantai Air Tawar
- Jeti Kompleks Perikanan LKIM Besut
- Luncur Udara Paragliding di Kota Putera
- Bukit Kluang
- Pulau Rhu
Tempat menarik di Pulau Duyung
Pulau duyung memiliki beberapa tempat menarik khususnya berkaitan seni pembuatan kapal dan perkambungan nelayan. Anda boleh membacanya dengan lebih detail di artikel ini – Tempat menarik di Pulau Duyung
Hah, cukup tak 9 tempat menarik di Marang yang kami kongsikan ini? Atau anda ada cadangan lokasi lain yang pernah dilawati. Kongsikan di ruangan komen di bawah.