Hotel di Bangi

Hotel di Bandar Baru Bangi

Saya snap gambar di Google Map untuk tunjuk betapa banyak nya hotel bajet di bandar baru bangi untuk artikel sebelum ni. Kali ni saya paste kan di bawah semula andai kata anda terlepas.

Untuk pengetahuan anda juga, sebenarnya perkongsian ini adalah hasil daripada trip 5 hari saya ke Bangi. Masa saya ikut wife pergi kursus. So alang alang boleh la saya survey survey untuk isi kandungan teamtravel ni.

Total yang saya senaraikan dalam artikel ini ada sebanyak 10 buah semuanya. Tak termasuk dengan hotel bajet di bandar baru bangi ini, sebab saya dah siapkan artikel nya sebelum ni. Boleh baca di sana ya, kalau mahu.

Hotel yang saya senaraikan di bawah adalah 5 buah di Alamanda, dan juga 5 lagi yang dekat dengan IOI Shopping Complex. Di bawah adalah yang berdekatan dengan IOI:

  1. Sovotel | price starts at RM 168 | No Breakfast
    Sovotel @ Conezion Putrajaya ni terletak berdekatan dengan IOI City  Mall. Kebanyakan berpuas hati dengan lokasi hotel ini yang strategik. Di samping kekemasan pada hotel yang nampak kemas.SovoteHotel ni tak menyediakan breakafast, tapi restaurant mamak memang berdekatan sahaja dengan hotel ini untuk anda pekena roti canai pagi pagi dengan te tarik.
  2. Le Méridien Putrajaya | price starts at RM 270 | Ada Breakfast
    5 star hotel ni hanya 600 m sahaja daripada IOI Shopping Complex. Breakfast nya siap dengan juadah Asian dan juga Western cuisines untuk tetamu yang hadir.
  3. Palm Garden Hotel | price starts at RM 247 | Ada Breakfast
    4 star hotel ini siap ada free shuttle transport untuk ke nearest shopping complex. Landscape hotel ini juga menarik sebab dihiasi dengan tumbuh tumbuhan hijau. Buatkan suasana hening pagi anda lebih menenangkan.
  4. Putrajaya Marriott Hotel | price starts at RM 288 | ada breakfast5 star hotel ini betul betul setentang jalan dengan Palm Garden Hotel.

    Ada Zest Restaurant yang menyediakan juadah untuk breakfast dan dinner. Selain itu juga terdapat Midori Japanese Restaurant dan Summer Palace Chinese Restaurant. Tuscany Restaurant dan Pizza Bar hasil kepakaran buatan dari Italian-American.

  5. RHR Hotel UNITEN | price starts at RM 122 | ada breakfastHotel ni saya pernah stay dengan wife sebelum ni. Rasa nya memang akan jadi pilihan untuk staf staf goverment yang ada hal kursus ke apa ni. Saya sendiri pun ingat ingat lupa dah makan breakfast nya puas hati atau tidak. Tapi saya perasan memang banyak jenis juadah yang disediakan.

    dari segi kepuasan bilik memang terbaik, spacious.

Dan yang ini pula yang dekat dengan Alamanda

  1. Mihrab Hotel, Putrajaya | price starts at RM 130 | No Breakfast2 star hotel ni biasa sahaja, boleh la kalau anda memang tak kesah sangat dengan facilities yang terbaik dari hotel. Asal nak tidor sahaja boleh lah. Hotel pun tak luas sangat. Kekemasan pun boleh kata pada kadar yang biasa sahaja.

    Tapi lokasi nya terbaik sebab dekat dengan kemudahan macam kedai makan semua. So tiada masalah pun kalau tak ada breakfast. Boleh juga anda cuba cuba juga juadah tempatan.

  2. Hotel Enclave | price starts at RM 130 | no breakfasthotel ni kedudukan sama dengan Hotel Mihrab juga. Kalau diberi peluang antara dua. Saya lebih prefer hotel enclave ni untuk kekemasan bilik. Yang lain nya, lebih kurang sama sahaja. Harga pun tak berapa nak beza sangat.

    Suka saya ingatkan kembali,  Hotel Mihrab, Enclave dan lagi 3 menyusul selepas ini adalah hotel yang berdekatan dengan Alamanda. Kalau memang anda selesa nak nginap berdekatan dengan area sini, silakan.

  3. EV World Hotel Putrajaya | price starts at RM 133 | no breakfastHotel ini pun berdekatan dengan Hotel Mihrab dan Enclave. Satu kawasan lah orang kata.
  4. Shaftsbury Putrajaya | price starts at RM 272 | ada breakfastTak mungkin pula kalau hotel yang 4 5 bintang ni tak sediakan breakfast kan. Hotel ni terletak kebawah sikit daripada Alamanda. Lebih dekat dengan Aeon Shopping Complex. Kebanyakan platform booking letak harga dalam RM 320, paling rendah adalah daripada Agoda, dalam RM 272
  5. The Everly Putrajaya | price starts at RM 240 | ada breakfastIni hotel pilihan utama saya dengan wife masa trip ke Bangi hari tu. Begitu juga dengan Doorset Putrajaya. Tapi sebab last minit plan, tiba tiba pula terasa nak try hotel Everly dan Doorset. Tapi ternyata sudah terlambat.

    Wife nak try sebab dia dengar makanan pagi sedap katanya.

    Pemandangan Everly ni lebih cantik, sebab menghadap tasik putrajaya dan bangunan kerajaan yang cantik cantik belaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *