Jika ditanya kat mana tempat makan sedap di Johor Bahru, majoritinya pasti akan mencadangkan ZZ Sup Tulang. Sesudah bergembira di taman tema dan tempat menarik di JB, apa kata anda singgah menjamu selera di ZZ Sup Tulang yang terletak di Taman Setia Tropika.
ZZ Sup Tulang menjadi pilihan utama penduduk tempatan dan pelancong untuk menjamu selera. Mana tidaknya, menu popular Johor iaitu mee rebus ada dijual di sini. Malah, ramai yang meletakkan ZZ Sup Tulang menjual mee rebus paling sedap di JB.
ZZ Sup Tulang Menu
Menu utama di sini adalah sup. Oleh itu pelanggan diberi variasi pilihan hidangan yang berasaskan sup. Seperti nasi putih dan sup, sup gearbox, soto, dan mee rebus. Sup enak ini juga dicicah dengan roti, dan ada juga yang memakannya begitu sahaja.
Hidangan sup gearbox merupakan hidangan utama yang harus dicuba oleh pelanggan. Supnya dimasak menggunakan rempah istimewa yang mempunyai rasa lain dari restoran lain.
Tulang gearboxnya juga bersaiz besar, dagingnya lembut, dan mempunyai banyak lemak. Pelanggan akan dibekalkan penyedut minuman (straw) untuk menyedut lemak yang berada di dalam tulang. Sungguh enak sekali!
Mee Rebus
Di sini, pelanggan boleh pilih mee rebus yang berasaskan daging atau ayam. Kalau nak lebih sedap dan lain dari yang lain, order sahaja mee rebus tulang. Kuahnya yang pekat dan kaya dengan rempah-ratus, mee nya yang lembut, dan ditambah pula dengan daging yang ada pada tulang. Melimpah-limpah pinggan anda!
Restoran ZZ Sup Tulang Merah
Pastikan juga anda mencuba sup tulang merah yang cukup popular di selatan tanah air serta Singapura. Menu ini mempunyai rasa berbeza dengan sup biasa. Kuah supnya lebih pekat.
Banyak restoran yang menyajikan sup tulang merah di Johor Bahru, di sini adalah salah satu yang sedap dan berbaloi dengan harga.
Mee rebus dan sup tulang bukanlah satu-satunya hidangan yang ada di sini. Pelanggan diberi banyak pilihan menu terutamanya masakan panas dan ala Thai.
Aneka pilihan menu
Mee rebus dan sup tulang bukanlah satu-satunya hidangan yang ada di sini. Pelanggan diberi banyak pilihan menu terutamanya masakan panas, ala Thai, dan Western. Bahkan, booth menjual burger juga dibina untuk mereka yang mahukan menu ringan itu.
Untuk penggemar hidangan Barat, anda boleh memesan chicken chop, steak, lamb chop, sirloin, atau fish and chips.
Sebagai pembuka selera, pelanggan di sini gemar menikmat otak-otak terlebih dahulu. Banyak bukan menu di sini? Tidak hairanlah kalau ia menjadi salah satu tempat makan menarik di JB.
Dekorasi yang mendamaikan
Melangkah masuk sahaja je restoran ini anda pasti akan rasa tenang kerana dekorasi dan suasana ala kampungnya yang terserlah. Meja dan krusi diletakkan di bawah pondoh yang beratapkan daun nipah.
Untuk menambahkan lagi suasana kampung, pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera dengan duduk bersila.
Kalau nak tahu, restoran ini mempunyai dua cawangan. Cawangan kedua terletak di alamat, Lot 667, JKR Daerah, Jalan Petri 5/1, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru.
Berkunjung ke Johor memang tidak sah kalau tak menaik mati mee rebus. Apa kata kalau anda singgah di ZZ Sup Tulang ini. Dah alang-alang tu cuba juga sup tulang mereka yang power.
Waktu operasi: 6am – 1am
Cantact: 07-224 0417
Alamat ZZ Sup Tulang Johor Bahru: No 11, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor.
Atau layari laman Facebook rasmi ZZ Sup Tulang di: https://www.facebook.com/pages/Restoran-ZZ-Sup-Tulang/183709674973645