Kami telah kongsikan beberapa lokasi percutian best di Terengganu seperti Tempat Menarik di Gong Badak. Banyak lagi tempat menarik sekitar negeri Pantai Timur ini untuk anda. Menerusi artikel ini, kami sertakan beberapa tempat menarik di Besut yang boleh anda lawati bersama keluarga atau rakan.
Besut merupakan daerah paling utara di Terengganu danΒ bersempadan dengan negeri Kelantan. Lokasinya yang strategik seperti betul-betul di tepi pantai serta menghadap beberapa pulau seperti Pulau Perhentian, Pulau Rhu, Pulau Rawa dan Pulau Redang.
Selain itu banyak lagi lokasi best di Besut ni, kalau nak tahu teruskan membaca artikel ini.
#1 Pantai Air Tawar
Buat penduduk setempat, Pantai Air Tawar merupakan tempat rekreasi dan bersantai pada hujung minggu. Keindahan deretan pokok ru, pesisir pantai, dan kemudahan yang ada membolehkan mereka menghabiskan petang dan hujung minggu bersama yang tersayang.
Lokasiya terletak 4 minit pemanduan sahaja dari Pekan Kuala Besut.
Suasanya pantai di sini cuku menenangkan apatah lagi dengan adanya gazebo, dan laluan pejalan kaki. Orang ramai boleh beristirehat dan mengambil angin pantai di sini.
Deretan gerai makanan juga menarik. Anda boleh menjamu selera dnegan menikmati keropok lekor dan air kelapa segar.
Aktiviti menarik adalah seperti mandi pantai, menunggang kuda, taman permainan, dan banyak lagi.
Alamat: Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu
#2 Kompleks Perikanan LKIM Besut
Singgah sebentar untuk mendapatkan makanan laut segar dari Kompleks Perikanan LKIM Besut. Apa yang menarik, anda boleh beli makanan laut dengan harga yang jauh lebih murah.
Ini kerana anda membelinya terus dari nelayan yang baru sahaja membawa pulang hasil tangkapan.
Pelbagai jenis seafood dijual. Cukup meriah dnegan kehadiran orang ramai.
Selain itu, anda juga boleh lihat bot nelayan, ini pastinya memberikan pengalaan baharu buat warga kota.
Alamat: Kampung Seberang Timur, 22200 Besut, Terengganu
#3 Pantai Bukit Keluang
Apa yang boleh kami katakan tentang pantai ini adalah ia cukup unik.Β Struktur batuan besar yang membentuk gua-gua kecil ini memang menggamit pandangan.
Terdapat laluan pejalan kaki yang tinggi untuk orang ramai jalan-jalan sambil menikmati pemandangan pantai yang indah.
Jangan lupa untuk masuk ke dalam gua, tidak mencabar dan sesuai untuk semua golongan.
Tempat menarik di Besut ini berhadapan sebuah pulau kecil iaitu Pulau Rhu yang berbentuk seperti ikan paus jika dilihat dari tepi pantai.
Kemudahan yang disediakan di sini juga menarik seperti taman permainan, gazebo, tandas, dan sebagainya.
#4 Air Terjun Belatan
Buat pencinta alam sekitar, anda pasti akan teruja sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Air Terjun Belatan. Terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Belatan, air terjun di sini cukup jernih sehingga berwarna biru.
Malah anak sungai di kawasan sekitarnya juga jernih. Sesuai untuk anda dan anak-anak kecil bermandi manda.
Tidak perlu mendaki, Air Terjun Belatan sesuai untuk semua jenis golongan. Aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah seperti mandi manda, berkelah, jungle trekking, dan berkhemah.
Alamat: Besut, 22200, Terengganu
#5 Pasar Tani Kuala Besut
Merupakan tempat membeli-belah di Besut yang menarik minat penduduk tempatan dan pelancong.
Beratus buah gerai dibina dan menjual segalam macam jenis barangan. Tarikan utama pasar tani di sini adalah makanan tradisional Terengganu, snek, dan barang basah.
Makanan laut juga murah dan segar. Maklumlah, ia terus dari nelayan.
Waktu operasi: Isnin | 8 am β 1 pm
Alamat: Berhampiran Pasar Awam Kuala Besut, Stesyen Bas Baru, Pasaraya Pantai Timur dan LKIM
#6 La Hot Spring
Ingin menikmati kehangatan kolam air panas semula jadi? Singgah sahaja La Hot Spring yang terletak di Sungai Peng, Jerteh, dan tidak jauh dari Besut. Ia sudah menjadi tempat mand di Besut.
Ini kerana bukan sahaja kolam air panas, kolam mandi biasa turut disediakan untuk anak-anak kecil berseronok.
Bagi yang hadir untuk merawat masalah lenguh-lenguh badan dan sakit sendi, anda boleh rendamkan kaki di beberapabuah klam yang telah disediakan.
Kemudahan seperti surau, gazebo, tandas, dan tempat persalinan telah disediakan.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Sungai Peng, 22010 Jerteh, Terengganu
#7 Air Terjun Lata Tembakah
Lata Tembakah sudah tidak asing lagi buat penduduk sekitar Besut dan Kelantan. Kedinginan air terjun dan keindahan alam semula jadi di sini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Antara faktor yang membuatkan tempat ini terkenal adalah kerana ia mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkap memiliki kolam kecil untuk mandi manda.
Bagi mereka yang membawa anak kecil tingkat satu sudah memadai kerana ia lebih luas, cetek, dan selamat. Ini merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu yang wajib anda lawati.
Aktiviti lazim di sini adalah mandi manda, berkelah, jungle trekking, dan riadah. Kalau nak tahu, Lata Tembakah merupakan tempat camping di Terengganu yang cukup popular.
Alamat: Jalan Air Terjun, 22010, Terengganu
#8 Nasi Dagang Hari Minggu Besut
Tidak lengkap sekiranya kami tidak selitkan tempat makan menarik di Besut untuk anda. Menu wajib cuba di daerah ini sudah tentulah nasi dagang!
Cukup popular di kalangan warga tempatan dan pelancong. Biarpun ia hanyalah warung kecil, keenakan nasi dagang di sini memang menjadi bualan ramai.
Kesedapan gulai ikan tongkol yang dimakan bersama nasi dagang lembut memang mengujakan. Portionnya banyak, bahkan ketulan ikan juga besar. Patutlah ramainya menjamu selera di sini. Kami cadangkan anda makan bersama telur ayam dan acar timun.
Waktu operasi: 7 am β 12 pm
Alamat: 84, Kampung Kuala Besut, 22200 Besut, Terengganu
#9 Zul Ikan Bakar
Restoran makanan laut Zul Ikan Bakar ini memang sudah dikenal ramai. Kalau nak tahu, restoran ini tidak menyediakan ikan masa tiga rasa atau masam manis seperti di tempat lain.
Tetapi hanya memfokuskan pada ikan bakar dan celup tepung sahaja.
Biarpun lauknya terhad, itu tidak menghalang restoran ini dai dipenuhi pelanggan setiap malam.
Menu utama di sini adalah ikan bakar berempah. Anda bebas memilih jenis ikan seperti ikan kerapu, cermin, bawal, siakap, dan banyak lagi.
Sotong dan udang celup tepung di sini juga sedap dan segar. Cuma RM12 untuk satu pinggan. Murah bukan?
Ia dikelaskan sebagai tempat menarik di Besut waktu malam kerana ia cukup meriah dan menjadi tempat lepak.
Waktu operasi: 8 pm β 2 am | tutup pada Isnin
Alamat: Kampung Seberang Kastam, 22200 Kampung Raja, Terengganu
Tempat menarik di Setiu
- Rumah Botol
- Terrapuri Heritage Resort
- Dusun Warisan
Banyak juga kan tempat menarik di Besut? Patutlah ramai yang berkunjung ke sana. Lokasinya pula dekat dengan Kelantan. Cuma 1 jam perjalanan sahaja. Bolehlah anda melawat tempat menarik di Kelantan pula.