Kami yakin musim cuti sekolah atau hujung minggu ini anda plan nak adakan family gathering di Melaka. Anda datang ke artikel yang tepat kerana kami akan senaraikan tempat menarik untuk family day di Melaka yang ideal.
Family day is the best!
Mana tidaknya, meluangkan masa bersama keluarga adalah terapi terbaik! Lokasinya juga haruslah mantap dari segi keselesaan, kelengkapan asas, aktiviti menarik, dan harga yang munasabah.
Bagaimana kami pilih lokasi lokasi family day di Melaka
1. Penginapan yang sesuai untuk seisi keluarga
Penginapan merupakan elemen penting dalam merancang family trip. Hotel, chalet, resort, atau homestay tersebut haruslah luas untuk menampung jumlah ahli keluarga yang ramai.
Ia juga harus selesa dengan katil atau tilam yang mencukupi. Lengkap dengan kemudahan asas seperti Wifi & aircond.
2. Menawarkan banyak aktiviti
Sudah tentu kita nak banyak aktiviti untuk dilakukan bersama yang tersayang! That’s the reason kenapa kita buat family day di Melaka!
Lokasi tersebut sama ada telah sediakan BBQ pit, basikal, memiliki laman yang luas untuk acara sukaneka, ATV, atau chalet tepi sungai! Best kan?
3. Dekat dengan tempat menarik
Selain selesa, penginapan family day di Melaka mestilah dekat dengan tempat menarik di Melaka seperti Pantai Klebang, Jonker Walk, Ghost Museum, A Famosa & Stadthuys.
Ini untuk mengurangkan masa perjalanan dan kos bercuti.
4. Ada kolam renang
Chalet atau homestay yang ada swimming pool lebih menjadi pilihan. Everyone likes to swim terutama kanak-kanak. Ada boleh berendam bila-bila masa, lebih privasi dan tidak perlu keluarkan duit untuk ke taman tema air.
5. Mesra kanak-kanak
Chalet yang ada kolam renang dan laman yang luas lebih menyeronokkan dan selamat untuk kanak-kanak. Mereka boleh bermain dengan bebas dan mudah dipantau ibu bapa.
6. Lokasi berhampiran tempat makan sedap
Tempat family day di Melaka yang dekat dengan kedai makan sedap juga bonus. Anda tidak perlu memandu jauh untuk cuba makanan tempatan. Nak cari tempat sarapan, makan tengah hari, dan dinner pun tak pening kepala.
Cadangan tempat menarik untuk family day di Melaka
Limastiga Melaka
Terletak di Kampung Bukit Tembakau, Limastiga menawarkan percutian moden, mewah, dan digabungkan dengan senibina Melayu tradisional. Cukup sempurna untuk percutian keluarga besar.
- Lengkap dengan kelengkapan asas, selesa.
- Ada dua buah kolam renang dan ia dikelilingi oleh unit rumah. Bangun pagi terus dapat berendam.
- Dapur, set BBQ, karaoke, dan dewan makan yang luas untuk keluarga besar.
Ayer Keroh D’Village
Lokasinya tidak jauh dari plaza tol Ayer Keroh, mudah untuk akses ke Lebuhraya Utara-Selatan. Ideal untuk family, team building dan seminar.
- 4 jenis bilik iaitu Superior Twin Room, Superior Single Room, Standard Chalet, dan Family Chalet. Boleh pilih mengikut kapasiti & bajet.
- Bilik selesa, ada aircond, bancuhan kopi, water heater, dll.
- Kolam renang yang luas serta kolam kanak-kanak.
- Dewan seminar.
Jarak dengan tempat menarik
- Night Zoo Melaka – 2km
- Jonker Street – 9.1km
- Dataran Pahlawan Melaka Megamall – 9.5km
Harga: RM147
Jarak dengan tempat menarik:
Harga bilik: dari RM149 Lokasi: Google Maps |
Melaka Garden Home 2 Stay |
Klebang juga salah satu destinasi pelancongan popular di Melaka. Ada pantai yang cantik dan dekat pula dengan pusat bandar. Kalau ingin menginap di homestay, adanya kolam renang itu dikira bonus.
Melaka Garden Home 2 Stay merupakan homestay Klebang Melaka yang ada swimming pool. Dua buah kolam renang disediakan untuk dewasa dan kanak-kanak.
Homestay bakal melengkapkan impian family day anda kerana banyak sekali aktiviti menarik yang ditawarkan.
Aktiviti menarik:
Hubungi: 013-6259256 Lokasi: Google Maps |
Mereka Unit rumah pula lengkap dengan segala keperluan asas. Bak menginap di rumah sendiri.
Selain itu, Melaka Garden Home 2 Stay turut menawarkan beberapa pakej menarik untuk anda pilih. Maklumat lanjut layari laman Facebook mereka di – https://www.facebook.com/melakagardenhome2stay/
Pak Lah Resort |
Turut dikenali dengan nama Pak Lah Resort Near Ikan Bakai Umbai. Chalet di Umbai ini memberikan suasana percutian ala kampung yang mendamaikan. Chaletnya mempunyai sentuhan seni bina tradisional Melaka.
Malah, persekitarannya yang bersih dan landskap menawan memberikan rasa tenang buat tetamu.
Pak Lah Resort ini berada di kawasan restoran ikan bakar. Maka, banyaklah restoran seafood berdekatan. Seafood di sini segar dan menyelerakan. Maklumlah, ia dibeli terus dari nelayan berdekatan.
Dekat juga dengan pantai menarik di Melaka iaitu Pantai Klebang.
Hubungi: 014-736 6811
Lokasi: Google Maps |
Tea Hill Homestay |
Tempat menarik untuk family day di Melaka yang seterusnya sudah tentulah Tea Hill Homestay. Reka bentuk cottage comel ini pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Bahkan itu turut memiliki sentuhan ala Inggeris. Warnanya yang lembut turut menjadi nilai tambah keindahan homestay ini.
Terdapat empat unit homestay. Setiap satu daripadanya mempunyai dua buah katil dan lengkap seperti bilik hotel. Hiasan dalamannya juga cantik. Ringkas tetapi elegan.
Kolam renangnya yang luas sudah tentu dapat menceriakan percutian anda. Kolam renang untuk dewasa dan yang cetek untuk kanak-kanak.
Bukan senang nak cari homestay ada kolam renang di Melaka. Tea Hill Homestay adalah salah satu darinya yang cukup istimewa. Rugi kalau tak menginap di sini bersama keluarga besar anda.
Kemudahan:
Harga: dari RM240 semalam Lokasi: Google Maps |
Andjungseri Cottage Serkam |
Lihat kolam renangnya sahaja pun dah menggiurkan. Menginap di sini ibarat seperti menginap di rumah sendiri. Mana tidaknya, lengkap dengan segala jenis kemudahan untuk anda beristirehat pada hujung minggu.
Cottage ini menyediakan 3 buah bilik tidur, 3 bilik air. Cukup ideal buat family sederhana sekitar 13 orang. Malah, tilam tambahan juga disediakan.
Wifi, penyaman udara, dan basikal untuk anda keliling kampung.
Kemudahan:
Hubungi: 019-657 0942 Lokasi: Google Maps |
Rumah Mak Embun |
Homestay menarik di Melaka seterusnya adalah Rumah Mak Embun. Sesuai buat mereka yang mendambakan percutian ala kampung kerana homestay ini dikelilingi kebun buah yang mendamaikan di Pernu, Melaka.
Terdapat 3 unit homestay di dalam premis ini iaitu Rumah Ibu, Rumah Tengah dan Rumah Bawah. Ketiga-tiga rumah ini bercirikan tradisional Melayu Melaka.
Aktiviti best sudah tentu mandi-manda di kolam renang yang mesra kanak-kanak. Sekiranya anda datang pada musim buah, anda berpeluang makan durian dan cempedak, dan rambutan.
Kemudahan:
Blog: Lokasi: Google Maps |
Homesweet Homestay Jasin |
Mendapat rating yang memuaskan di laman Booking. Homestay dengan 3 bilik tidur ini boleh menampung sehigga 10 orang ahli keluarga.
Tetamu bebas memasak memandangkan kemudahan dapurnya yang lengkap. Kamar tidur pula luas, selesa, hadir dengan penyaman udara.
Homestay ini agak jauh dengan Afamosa, namun usah risau kerana ia dekat dengan Kolam Air Panas Jasin (Jasin Inflatable Waterpark). Bukan sekadar kolam air panas tetapi ibarat taman tema air mini untuk anak-anak bermain.
Banyak kemudahan, kolam luas dan mesra kanak-kanak, malah harga tiket yang berpatutan. Cuma RM 12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.
Harga: RM308 semalam
Jarak dengan tempat menarik:
Lokasi: Google Maps |
Puteri Qashrina Chalet |
Bagi yang mendambakan family day di Melaka tepi pantai, kami cadangkan anda ke Puteri Qashrina yang terletak betul-betul di persisiran Pantai Puteri.
Pada kami, chalet ini dah cuku sempurna buat anda yang nak meraikan hari keluarga keran pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan.
Chalet ini unik kerana terdapat sebuah cruise di atas darat sebaga daya penarik dan port bergambar. Disamping itu mereka turut menawarkan pelbagai jenis bilik mengikut saiz keluarga dan bajet anda.
Dari segi aktiviti, memang tiptop. Chalet ini hadir dengan kolam renang, biik karaoke, laman untuk sukaneka, dan basikal. Tetamu juga bebas ke pantai.
Harga bilik: dari RM150
Aktiviti:
Lokasi: Google Maps |
Agrofarmstay @Skill-Tech |
Lokasi percutian keluarga seterusnya adalah Resort Agrofarmstay di Durian Tunggal. Sebuah lagi resort yang dikelilingi oleh kebun durian dan kelapa sawit yang redup dan menyamankan.
Mereka menawarkan percutian ala kampung supaya anda boleh lari dari kebisingan kota.
Agrofarmstay adalah resort terbaik untuk family day, kursus, dan team building. Ini kerana kemudahan dan peralatan untuk aktiviti outdoor berada dalam keadaan memuaskan.
Contohnya:
- Kolam renang
- Tasik untuk aktiviti kayak, water rafting,
- Berkuda
- Rentas halangan
Disamping itu, pihak resort turut menawarkan pakej family day yang berpatutan. Anda boleh rujuk di sini – https://agrofarmstay.my/family-day-packages/
Lokasi: Google Maps |
Menjadikan Melaka sebagai destinasi untuk family day adalah idea yang bernas. Banyak homestay dan chalet menarik. Bahkan anda boleh ke beberapa tempat menarik di Melaka seperti A’Famosa, Jonker Street, Menara Taming Sari dan banyak lagi. Selamat bercuti!
8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!
12 Tempat Menarik di Butterworth (2025) TERKINI
12 Tempat Menarik di Cameron Highlands Waktu Malam TERKINI
23 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Waktu Malam | TERKINI 2023