Sedang merancang untuk bercuti di Australia? Anda telah buat pilihan tepat kerana banyak sekali tempat menarik di Australia yang berbaloi untuk dilawati. Benua ini memiliki segala yang anda perlukan untuk percutian keluarga mahupun honeymoon. Dari keindahan alam semula jadi, bangunan pencakar langit, hinggalah ke keunikkan haiwan liar.
Kalau nak list semua tempat menarik di Australia memang tak akan habis. Jadi kami di Team Travel bantu anda dengan menyenaraikan beberapa lokasi yang betul-betul berbaloi untuk anda lawati.
Perth
#1 Blue Boat House / Crawley Edge Boatshed
Salah satu lokasi ‘wajib pergi’. Keindahan kawasan pantai serta rumah biru ini bakal menghasilkan gambar menarik untuk dimuatkan dalam Instagram anda. Blue Boat House atau Crawley Edge Boatshed ini terletak di Swan River.
Untuk pengetahuan, rumah biru ini hampir berusia 90 tahun dan dijaga rapi agar sentiasa kukuh untuk tatapan pelancong.
Cukup cantik, tidak hairanlah sekiranya jurufoto dari serata dunia sanggup terbang ke Perth semata-mata untuk merakam pemandangan indah di sini.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Mounts Bay Rd, Crawley WA 6009, Australia
# 2 Rainbow Sea Container
Siapa sangka kotak kontena terpakai kini menjadi mercu tanda Perth yang menarik pelancong dari dalam dan luar negara. 9 buah kontena di cat dan disusun bak pelangi ini cukup indah.
Menambahkan lagi keunikannya, Rainbow Sea Container ini dibina berhadapan Swan River. Ia juga merupakan ‘kawasan panas’ buat pelancong untuk mendapatkan foto kenangan bersama yang tersayang.
Harga tiket: Percuma
Alamat: 1 Canning Hwy, Fremantle WA 6160, Australia
#3 The Pinnacles
Tak perlu ke negara timur tengah utk mendapatkan pemandangan padang pasir. The Pinnacles di Perth sudah memadai. Ia merupakan gurun berbatu kapur yang sungguh unik.
Batu-batu kapur bagaikan disusun manusia walhal ia terjadi secara semua jadi. Ramai pelancong mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenangan di sini. Mana tidaknya, formasi batu-batuan di sini cukup luas dan indah.
Kalau anda bercuti menggunakan agensi pelancongan. Lawatan ke The Pinnacles memang sudah diselitkan dalam itinerary di Perth. Akan ada bas atau van yang akan membawa anda ke sana.
Alamat: Pinnacles Dr, Cervantes WA 6511, Australia
[Baca] 13 Tempat Menarik di Perth yang WAJIB Anda Kunjungi
#4 Â Araluen Botanic Park
Kalau anda mencari tempat menarik di Perth musim bunga pula, kami cadangkan anda ke  Araluen Botanic Park yang terletak di Roleystone. Ia merupakan sebuah taman rekreasi dan tempat riadah orang awam.
Pelbagai jenis bunga boleh anda temui di sini, dan ia akan mekar dan berwarna warni pada musim bunga. Kami yakin anda bakal merakam ratusan gambar di sini. Kebetulan pula terdapat sungai dan tasik buatan.
Terdapat cafe untuk anda minum kopi sambil menikmati pemandangan indah.
Harga tiket: AUD$15
Waktu operasi: 9 am – 6 pm
Alamat: 362 Croyden Rd, Roleystone WA 6111, Australia
#5 Tempat Shopping di Perth
Membeli-belah adalah aktiviti wajib ketika melancong. Ya lah, inilah peluang untuk anda membeli pelbagai jenis barang menari khususnya produk yang sukar didapati di Malaysia.
Banyak tempat shopping di Perth yang murah boleh anda terjah. Kami senaraikan beberapa lokasi dan antara barangan menarik.
Freemantle dan Ed Market – Lebih kurang seperti Petaling Street, banyak tshirt, handbag, aksesori serta tempat terbaik untuk anda dapatkan souvenir. Menariknya di sini ramai peniaga yang fasih berbahasa Melayu, senanglah untuk anda melakukan tawar menawar.
Watertown Brand Outlet Centre – Konsepnya sama seperti Johor Premium Outlets. Bnayk butik jenama terkenal seperti Nike, Adidas, Quicksilver, Guess, Supreme, dan lain-lain. Smiggle pun ada tau. Harganya jauh lebih murah dari di Malaysia.
Kmart – Sebuah hypermarket yang popular di Australia. Tempat untuk anda dapatkan barangan runcit (jika memasak di homestay), pakaian, permaian, dan lain-lain. Perkakasan dapur di sini cukup cantik, berkualiti, dan murah. Sungguh bebaloi!
Belmont Forum – Pusat membeli belah terkemuka di Perth. Anda boleh temui pelbagai butik berjenama, restoran rangkaian termasuklah restoran halal. Anda boleh jadikan shopping mall ini sebagai tempat menarik di Perth waktu malam.
Chemist Warehouse – Berkunjung ke Perth memang tidak lengkap kalau tak singgah ke Chemist Warehouse. Di sini anda boleh mendapatkan perfume, supplement, susu, dan pelbagai barangan kegunaan harian pada harga yang cukup murah. Anda boleh beli perfume pada harga RM15 je tau!
Sydney
#1 Sydney Opera House
Melengkapkan percutian anda di Sydney sudah tentulah dengan melihat kemegahan Sydney Opera House. Anda boleh menaiki Sydney Harbour Cruise untuk melihat mercu tanda ini dari pelbagai sudut.
Pelancong datang dari selurih pelusuk dunia untuk melihat sendiri tempat menarik di Australia ini.
#2 Darling Harbour
Pelancong asing mahupun penduduk tempat memang cukup suka beriadah di Darling Harbour. Orang ramai bukan sahaja dijamu dengan pemandangan banguna indah, bahkan lokasinya yang strategik, selesa, dan lengkap dengan kemudahan berteknologi.
Kalau nak lihat pemandangan lebih cantik, datanglah pada waktu malam. Seluruh kawasan diterangi cahaya lampu.
Suhu di Sydney tidak begitu panas, sebab itulah ia sentiasa dipenuhi orang ramai. Selain itu, banyak restoran berdekatan, termasuklah restoran makanan Halal.
#3 Wild Life Sydney Zoo
Jangan lepaskan peluang untuk mendekatkan diri dengan kanggaru, koala, dan banyak lagi haiwan yang sinonim dengan Australia. Pengunjung boleh memegang dan memberi makan kepada haiwan-haiwan unik ini.
Terbahagi kepada enam zon, Wild Life Sydney Zoo bakal membuatkan pengunjung terpesona. Ini kerana zoo ini dijaga dengan baik, berlandskap indah, berteknologi tinggi, dan dibina menyerupai habitat asal haiwan.
Saksikan juga pelbagai persembahan dan demonstrasi haiwan yang menghiburkan.
Harga tiket: DewasaRM 59.89 | Kanak kanak RM43.90 (jika anda beli di Klook. Tempah DI SINI)
Waktu operasi: 10 am -4 pm
Alamat: 1-5 Wheat Rd, Sydney NSW 2000, Australia
Gold Coast
#1 Warner Bros. Movie World
Tempat menarik di Australia yang sentiasa mendapat perhatian pelancong sudah tentulah taman tema Warner Bros. Movie World. Peminat-peminat filem dan superhero pasti akan teruja apabila melihat pelbagai karakter kegemaran di depan mata.
Bahkan, terdapat pelbagai zon yang mewakili setiap filem blokbuster dari produksi Warner Bros. Ini membuatkan pengunjung seolah berada di dalam filem.
Jangan lepaskan peluang untuk menaiki pelbagai rides seperti Green Lantern Coaster, Batwing Spaceshot, Arkham Asylum dan Superman Escape, dan banyak lagi.
Selain itu anda juga akan dipersembahkan dengan demonstrasi Hollywood Stunt Driver.
Harga tiket: Dewasa RM153 | Kanak-kanak RM125 (Klik SINI untuk menempah di Klook)
Waktu operasi: 9.30 am – 5 pm
Alamat: Pacific Mwy, Oxenford QLD 4210, Australia
#2 Infinity Attraction
Membawa maksud ‘tarikan yang tiada penghujungnya’. Terdapat pelbagai zon dengan efek dan teknologi mengagumkan. Ilusi luar biasa, pencahayaan yang luar biasa dan banyak lagi.
Zon menarik di Infinity Attraction
- Inter-Dimensional Space
- The Cyclotron
- Electron Maze
- Lazer Zone
- The Infinite Light Canyon
- Infinite Recession
Kami yakin anda akan menikmati pengalaman bermakna bersama keluarga dan rakan di sini.
Harga tiket: Dewasa AUD$25.90 | Kanak-kanak AUD $17.90
Waktu operasi: 10 am – 10 pm
Alamat: Centre, Towers of Chevron Renaissance, Surfers Paradise QLD 4217, Australia
[Baca] 13 Tempat Menarik di Batam yang Mengagumkan!
#3 Harbour Town Premium Outlets
Tempat menarik di Gold Coast Australia yang seterusnya adalah Harbour Town Premium Outlets iaitu sebuah tempat membeli belah persis Johor Premium Outlets. Pengunjung boleh temui ratusan butik pakaian dan aksesori berjenama di bawa satu bumbung.
Butik seperti  Coach, Ralph Lauren, Hugo Boss, Nike, Adidas, Casio, Supreme, dan banyak lagi.
Selain itu, anda boleh lepak di perkarangan sambil mengambil angin dingin Gold Coast.
Waktu operasi: 9 am – 5.30 pm
Alamat: 147-189 Brisbane Rd, Biggera Waters QLD 4216, Australia
Banyakkan tempat menarik di Australia? Kesemua memiliki tarikan dan keistimewaan yang tersendiri. Waktu anda dan keluarga juga diisi dengan aktiviti sihat dan dapat merakam ratusan gambar kenangan. Selamat bercuti di Australia!