Bercuti di Kuala Terengganu sememangnya bakal melakar memori indah untuk anda dan keluarga. Mana tidaknya, bandar ini cukup lengkap dengan percutian tepi pantai yang menyeronokkan. Malah, banyak tempat menarik di Kuala Terengganu yang berbaloi untuk anda lawati. Dari segi penginapan pula, banyak pilihan tersedia buat pelancong. Dari resort dan hotel mewah hinggalah chalet bajet yang mampu inap.
Namun, tidak semua hotel di Kuala Terengganu yang ada swimming pool. menyediakan kolam renang. Usah khuatir, kerana anda boleh ke Raia Hotel & Convention Centre Terengganu kerana ia dibuka kepada orang awam untuk mandi manda.
Melalui artikel ini, kami akan kongsikan tentang harga tiket kolam renang, apa yang best tentangnya, dan ciri menarik yang ada pada TH Hotel Terengganu.
[Baca] 10 Tempat Menarik di Kemaman untuk Percutian Keluarga!
Kolam renang Muslimah
Salah satu ciri menarik yang ditawarkan oleh TH Hotel adalah adanya kolam renang muslimah yang dikhaskan untuk pengguna wanita. Maklumlah, agak sukar untuk wanita bermandi-manda dek kerana perlu menjaga aurat.
Dengan adanya kolam renang tertutup ini, kaum hawa boleh menikmati kedinginan air kolam yang bersih dan jernih tanpa perlu risau dilihat oleh lelaki.
Kemudahan seperti loker, tempat duduk, tempat persalinan disediakan.
Kolam renang outdoor
Kolam renang outdoor yang luas juga boleh digunakan. Lebih santai, luas, dan agak dalam untuk pengguna dewasa. Malah, banyak tempat duduk dan disediakan di tepi kolam. Anda boleh memesan makanan dan minuman dan berehat sambil menikmati angin segar.
Kolam renang kanak-kanak
Untuk mereka yang memiliki anak kecil, usah khuatir. Ini kerana pihak hotel menyediakan kolam renang cetek berserta dengan taman permainan mini di dalam kolam.
[Baca] Apa Yang menarik di Pasar Payang, Terengganu
Sekali pandang ia kelihatan seperti taman tema air. Si cilik pasti dapat menikmati hujung minggu yang menyeronokkan!
Harga Kolam Renang Raia Hotel & Convention Centre Terengganu |
Untuk tetamu yang menginap di hotel ini, mereka boleh menggunakan kesemua kolam renang secara percuma. Namun, bagi orang awam yang ini menikmatinya, pihak hotel mengenakan caj pada harga yang munasabah.
Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM10 Harga sewaan tuala mandi: RM3 | Deposit RM10 Lokasi: Google Maps |
Syarat yang dikenakan terhadap orang awam:
- Tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman dari luar.
- Pengguna haruslah memulangkan kembali tuala yang disewa.
- Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kerugian, dan kehilangan yang berlaku di dalam kawasan hotel.
Kemudahan yang disediakan:
- Tempat mandi
- Sewaan tuala
- Tempat persalinan yang selesa
- Tandas
- Restoran
- Wifi percuma
Murahkan? Anda boleh terus ke kaunter pendaftaran untuk urusan pembayaran.
Semoga artikel harga kolam renang Hotel Tabung Haji Terengganu ini dapat memberi panduan untuk percutian anda. Yelah, tidak semua hotel dan chalet di Kuala Terengganu menyediakan swimming pool. Kadang-kadang, kemudahan inilah yang dicari sewaktu percutian. Kalau anda sendiri mempunyai pengalaman mandi di sini, kongsikan dalam ruangan komen di bawah.