**Artikel ini masih lagi diselenggara. InsyaAllah akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat sehingga ayat ini dipadam. **
Kami baharu sahaja siapkan beberapa artikel berkenaan homestay / chalet tepi sungai. Kali ini kami akan kongsikan artikel resort dan chalet yang ada swimming pool di Janda Baik pula.
Untuk pengetahuan, memang banyak resort serta chalet yang ada kolam renang di Janda Baik. Kolam luas, dan mesra kanak-kanak. Memang seronok mandi-manda waktu petang sambil hirup udara segar.
Selain calet yang ada swimming pool, kami senaraikan juga aktiviti, kemudahan, serta harga bilik. Agar lebih mudah untuk anda pilih dan buat keputusan kelak.
Semoga bermanfaat.
eRYA by Suria Janda Baik |
Lokasi terbaik kalau anda merancang untuk melangsungkan perkahwinan, family day atau kursus di sini. Ini kerana Suria Janda Baik menyediakan dewan dan kawasannya memang luas dan cantik.
Terdapat 3 jenis bilik iaitu:
-
- Deluxe King (breakfast include for 2 person)
- Deluxe Twin (breakfast include for 2 person)
- Deluxe Premier (breakfast include for 2 person)
Restoran turut beroperasi setiap hari dari 7 pagi hingga lewat malam dan menyajikan hidangan tempatan dan western.
Lokasi: Google Maps
Harga bilik: dari RM133 Kemudahan:
Aktiviti:
|
Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik |
Resort yang tidak asing lagi di Janda Baik, cukup popular kerana keindahan dan aktiviti yang disediakan. Berkonsepkan Melayu dan mengetengahkan kedamaian dan kehijauan agar anda dapat merehatkan minda pada hujung minggu.
Hujung minggu anda di Sugeh Hill bakal di isi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Selain itu bilik-biliknya juga cantik dan selesa. Memang puas hati untuk beristirehat. Cuma mereka tidak sediakan sarapan percuma, tetapi terdapat restoran yang beroperasi pada setiap hari.
Lokasi: Google Map
Harga bilik: dari RM100 Kemudahan:
Aktiviti:
|
Saufiville Boutique Resort |
Merupakan sebuah resort yang terletak di atas lereng bukit dan menyajikan pemandangan menakjubkan. Cuma 45 minit dari KL, cukup berbaloi untuk anda habiskan cuti hujung minggu di resort yang mendamaikan ini.
Bilik-bilik yang disediakan juga cantik dan selesa. Terdapat 6 jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut bajet dan kapasiti. Sekiranya datang secara berkumpulan untuk kursus, teambuilding, atau family day, asrama atau dormitory adalah pilihan ideal.
Tarikan utama Saufiville adalah kolam infinity nya yang terletak betul-betul dilereng bukit. Memang syok bermandi-manda sambil hirup udara segar.
Lokasi: Google Map
Harga bilik: dari RM260 Kemudahan:
Aktiviti:
|
Amanrimba Private Estate |
Resort yang agak mewah di Janda Baik. Tetapi amat berbaloi kerana kemudahan, fasiliti, dan reka bentuk resort ini membuatkan anda berasa tenang dan selesa.
Di Amanrimba, anda boleh berehat di laman yang redup, mandi kolam, trampoline, dan bersiar-siar di taman. Terdapat restoran dan cafe yang beroperasi 24 jam sehari. Nikmati kopi yang dibrew segar dan dimakan bersama buah-buahan.
Sekiranya datang pada musim buah, anda berpeluang untuk menikmati durian, rambutan, duku, dan manggis.
Lokasi: Google Map
Harga bilik: https://amanrimba.com/rate.html
Aktiviti:
|
Happy Paradise Janda Baik Pahang |
Terletak kira-kira 25 km sahaja dari Kuala Lumpur, bolehlah anda bawa keluarga ke sini kerana ia menjanjikan percutian ala kampung yang selesa dan tenang.
Terdapat 8 jenis bilik yang disediakan dari chalet superior, family, hinggalah yang dekat dengan nature iaitu tapak perkhemahan. Selain bilik yang selesa, aktiviti yang ditawarkan juga menjadi sebab utama mengapa pelancong memilih untuk menginap di sini.
Lihat sahaja kemudahan dan aktiviti yang disediakan:
Lokasi: Google Map
Harga bilik: dari RM166 Kemudahan:
Aktiviti:
|
Villa Have2 |
Agak mewah berbanding chalet ala kampung yang terdapat di Janda baik. Villa Have2 merupakan penginapan jenis homestay yang menawarkan banglo yang serba lengkap dan selesa.
Tarikan utama villa ini adalah kolam renangnya yang luas dan indah. Mesra kanak-kanak dan berlatat belakangkan pemandangan yang menghijau. Dari segi aktiviti, mereka sediakan taman, dan basikal sahaja. Anda boleh ke sungai berdekatan untuk mandi-manda
Pun begitu, suasana villa ini memang dikhaskan untuk mereka berkeluarga besar yang ingin rehatkan minda dari kesibukan kota.
Lokasi: Google Map
Kemudahan:
Aktiviti:
|
Bidasari Resort |
Resort terbaik kalau anda nak mandi sungai ini kerana resort ini terletak betul-betul di tepi anak sungai. Tambahan pula, senibina dan landskap resort yang menawan membuatkan anda dan keluarga berasa tenang dan selesa disaat bercuti di sini.
Menawarkan pelbagai jenis bilik menjadikan ia ideal untuk family day dan teambuilding. Fasiliti juga berda pada tahap memuaskan.
Banyak juga aktiviti yang mereka sediakan. Jadi, weekend anda di sini bakal terisi dengan pelbagai aktiviti outdoor yang menarik.
Lokasi: Google Map
Harga bilik: dari RM246 Kemudahan:
Aktiviti:
|
Fifty4Ferns Resort |
Fifty4Fern juga antara resort ada swimming pool di Janda Baik yang boleh dikatakan mewa dan selesa. Memiliki 24 buah chalet yang serba lengkap dan berkonsepkan Melayu moden.
Anda boleh pilih jenis banglo, chalet tepi sungai, atau chalet dengan beranda atas bumbung, atau cabin yang boleh memuatkan 6 orang dewasa.
Biarpun anda ingin lari dari kesibukan kota, keselesaan dan sentuhan kemewahan masih lagi dapat dirasai di sini.
Berkayak adalah antara aktiviti menyeronokkan di sini, tasiknya agak luas dan disertakan dengan pemandangan bukit bukau yang menghijau.
Lokasi: Google Map
Harga: dari RM450 Kemudahan:
Aktiviti:
|
The Happi Village |
Resort yang berkonsepkan industrial memang sesuai apabila dikelilingi alam semula jadi. Serba indah dengan seni bina, landskap, dan perabot. Ia memiliki vibe honeymoon dan family day.
Ini kerana ia memiliki spa dan restoran dengan suasana romantik. Tak banyak aktiviti seperti resort dan chalet lain di Janda baik. Sebab resort ini memfokuskan ketenangan minda untuk mereka yang betul-betul inginkan privacy dan ketenangan.
Lagipun, lokasinya amat strategik kerana berdekatan dengan Bukit Tinggi (24 minit), Genting Awana Skyway (32 minit).
Lokasi: Google Map
Harga: dari RM350 Kemudahan:
Aktiviti:
|
D’Villa Janda Baik |
D’Villa Janda Baik juga lokasi yang best untuk anda dan keluarga pilih untuk percutian hujung minggu ini. Berkonsepkan homestay, ia boleh memuatkan keluarga besar serta mereka yang datang secara berkumpulan.
Tidak jauh dari KL iaitu 33 minit dari Taman Melati.
Serba lengkap dan penuh dengan aktiviti. Kolam renangnya memang luas dengan view menarik. Pihak villa turut sediakan beberapa perkhidmatan jungle trekking.
Selain itu cafe hanya beroperasi sekiranya menerima tempahan dari tetamu. Jadi anda boleh request sarapan atau makan malam dan harga adalah berasingan.
Biarpun tak banyak aktiviti, tetapi villa ini dekat dengan Genting Highland. Jadi ia boleh menjadi penginapan anda sekiranya anda ingi bercuti di tanah tinggi itu.
Lokasi: Google Map
Harga: dari RM200 Kemudahan:
Aktiviti:
|
Embun Luxury Villas |
Nama pun ‘luxury’ sudah tentulah harga tinggi tetapi amat berbaloi kerana selesa, relaxing, kawasan cantik dan lengkap dengan kemudahan. Embun Luxury Villas menawarkan penginapan mewah dengan harga bermula pada RM1199 untuk satu malam.
Memang mahal tetapi sengat berbaloi dengan apa yang mereka tawarkan. Ia seperti bermalam di hotel eksklusif, tetapi lebih private dan tenang.
Sesuai untuk honeymoon dan family day.
Lokasi: Google Map
Harga: dari RM1199 Kemudahan:
Aktiviti:
|
Serene Resort & Training Centre Janda Baik |
Resort yang sudah tidak asing lagi di Janda Baik. Cukup ideal untuk family dan teambuilding kerana mereka sediakan sejumlah aktiviti dan kemudahan outdoor yang awesome.
Penginapan terdiri daripada chalet untuk dua orang, studio chalet, chalet family, apartment, serta tapak perkhemahan.
Untuk mereka yang dapat berkumpulan untuk teambuilding, fasiliti seperti surau, dewan seminar, dan rentas halangan turut tersedia untuk digunakan.
Mendapat review baik dari Google Review. Ramai yang berpuas hati dengan kolam renang dan kemudahan yang disediakan. Malah, resort ini tidak jauh dari gerai dan restoran. Senang untuk anda keluar mencari santapan tengah hari mahupun malam.
Lokasi: Google Map
Harga: dari RM244 Kemudahan:
Aktiviti:
|
Lain Lain Penginapan
- Enderong resort malaysia
- 101 resort & spa
- Seri pengantin resort
- Danau daun chalets
- The acres resort 一畝田
One Reply to 17 Resort & Chalet Di Janda Baik Yang Ada Swimming Pool
positif covid start 8/2