Aktiviti Waktu Malam

23 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Waktu Malam | TERKINI 2023

Di Malaysia, Kuala Lumpur digelarkan sebagai bandar yang tidak pernah tidur. Sibuk di waktu siang dan bergemerlapan di waktu malam. Dengan pancaran lampu yang menerangi bangunan-bangunan, kedai makan, dan lokasi membeli-belah, menjadikan banyak tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam.

Rugi rasanya kalau berkunjung ke kota metropolitan ini tapi tidak menerokainya semaksimum mungkin. Sebab Kuala Lumpur mempunyai kehidupan malam yang awesome. Ada sesetengah tempat di KL ni hanya beroperasi pada waktu malam sahaja.

Kami kongsikan juga video menarik dari Mark Wiens.

KLCC

Lokasi tumpuan pelancong nombor satu di KL. Jika siang hari, ramai hadir ke menara berkembar ini untuk membeli-belah, bersiar-siar di taman, anak-anak berpeluang mandi kolam secara percuma di sini.

Namun pada waktu malam lain pula ceritanya. Selain masih boleh membeli belah di dalam mall yang mewah, anda pasti akan terpesona denganfprmasi air pancut muzikal di Taman Simfonu Suria KLCC.

Baca: Tempat Menarik di Cyberjaya Waktu Malam

Pada masa yang sama ia turut diiringi dengan muzik yang synchronize dengan pancutan air.

Tambahan pula di belakang pancuran air, KLCC yang indah diterangi cahaya lampu. Bukan sahaja pelancong, orang tempatan turut terpegun akan keindahan mercu tanda ini.

Kalau anda jadi nak ke sini, pada waktu malam. Better guna KL Transit, jangan drive sendiri. Lebih mudah.

Location : Google Map

Hotel Berdekatan :

Impiana KLCC Hotel ( RM238 ) [ Booking | Agoda ]

Ascott Kuala Lumpur ( RM555 ) [ Booking | Agoda ]

InterContinental Kuala Lumpur ( RM400 ) [ Booking | Agoda ]
Tempat menarik berdekatan:
KLCC Swimming Pool
Aquaria KLCC
Suria KLCC
Menara Kuala Lumpur

Bintang Walk
Restaurant popular yang berdekatan:
Tapak Urban Street Dining
Nasi Kandar Pelita
Nasi Lemak Wanjo Kg Baru

Bangunan Sultan Abd Samad

Tak sah kalau kami tidak selitkan sebuah lagi bangunan ikonik Malaysia ini dalam senarai. Bangunan penuh bersejarah yang terletak di Dataran Merdeka ini masih lagi dilindungi oleh pihak kerajaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan sistem pencahayaan menarik untuk menerangi bangunan ini. Jadi lokasi ini bukan hanya meriah sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan sahaja.

Anda boleh datang ke sini dan lihat keindahan pencahayaan bangunan. Lokasi ini dikira menarik untuk dijadikan tempat lepak.

Location : Google Map

Hotel Berdekatan :

Cosmo Hotel ( RM97 ) [ Booking | Agoda ]
Tarikan berdekatan:

Dataran Merdeka
Masjid Jamek
National Textiles Muzium
Kuala Lumpur City Gallery

Sogo KL
Restaurant popular yang berdekatan:

Chef Datuk Ismail Restaurant

Brickfields

Juga dikenali sebagai Little India. Sejak KL Central dibina di kawasan ini, Brickfields menjadi semakin meriah. Berkedudukan di Jalan Tun Sambanthan, Brickfield menjadi hub buat orang ramai khususnya masyarakat India untuk membeli barangan tradisi kaum berkenaan.

Tapi, tidak bermakna bangsa lain tidak sesuai ke sini. Brickfields cukup meriah dengan gerai-gerai yang menjual barangan pada harga rendah. Malah kedai mamak juga sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Tak rugi datang ke sini, tambahan pula kebanyak dan decorasi bertemakan masyarakat India dan diiringi dengan lagu Tamil dan Hindustan. Membuatkan anda seolah-olah berada di India.

Location : Google Map

Hotel Berdekatan :

GLO Sentral ( RM193 ) [ Booking | Agoda ]

Lotus ( RM85 ) [ Booking | Agoda ]

Ascott Sentral ( RM382 ) [ Booking | Agoda ]

Aloft Kuala Lumpur Sentral ( RM 310 ) [ Booking | Agoda ]
Tarikan berdekatan:

Dataran Merdeka
Masjid Jamek
National Textiles Muzium
Kuala Lumpur City Gallery

Sogo KL
Restaurant popular yang berdekatan:

Ayam Gepuk Pak Gembus Bangsar

Seni SattiSorru

Dindigul Thalappakatti Restaurant

MTR
Yarl

Shopping di Petaling Street [ Chinatown ]

Siapa tidak kenal dengan Petaling Street? Bazar larut malam ini cukup meriah dengan aneka barangan dan makanan yang dijual pada harga yang cukup murah. Peniaga di sini pula begitu bertenaga dalam melakukan aksi tawar-menawar sehingga ada yang terpekik untuk menarik perhatian pelanggan.

Petaling Street mula beroperasi pada lewat petang hinggalah ke tengah malam. Tidak sukar untuk ke lokasi ini kerana banyak pengangkutan awam disediakan. Jika menggunakan LRT, anda perlu berhenti di Stesen LRT Central Market, kerana Petaling Street hanya 400 meter sahaja dengan berjalan kaki.

Location : Google Map

Hotel Berdekatan :

Oyo Hotel ( RM 50 ) [ Booking | Agoda ]

Lavana Hotel ( RM70) [ Booking | Agoda ]

Ancasa Hotel ( RM150 ) [ Booking | Agoda ]
Tarikan berdekatan:

3D Art Museum

Mydin
Restaurant popular yang berdekatan:

Restaurant Yusoof dan Zakhir
Luckbros Kopi

Makan malam di Kampung Baru (pasar malam)

Nak rasa suasana kampung di tengah-tengah bandar? Kampung Baru lah lokasi yang anda cari! Kampung Baru boleh dikatakan tempat terbaik untuk lepak di Kuala Lumpur.

Anda tidak akan kecewa sekiranya datang ke sini, kerana kehidupan malam di Kampung Baru cukup meriah. Terutama kalau tengah cari tempat makan sedap. Di sini banyak gerai yang menjual pelbagai jenis masakan.

Anda boleh pilih hidangan yang dijual termasuklah laksa, nasi campur, mi kari, nasi kerabu, sate, rempeyek, kerepek dan aneka air.

Location : Google Map

Hotel Berdekatan :

Ibis KL ( RM 179 ) [ Booking | Agoda ]

Akar Hotel ( RM 100 ) [ Booking | Agoda ]

Summer Suites ( RM 116 ) [ Booking | Agoda ]

Tarikan berdekatan:

Saloma Bridge

Kg Baru Masjid Jamek

Restaurant popular yang berdekatan:

Chop Steak

Kg Baru Seafood

Wan Suraya Seafood
Pekan Station

Menara KL

Satu lagi tempat wajib pergi kalau benar-benar ingin melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Menara yang turut menjadi mercu tanda Malaysia ini cukup popular di kalangan pelancong asing serta warga tempatan.

KL Tower memilik banyak tempat-tempat menarik di sekitarnya. Selain anda boleh lihat menara ini tersegam indah diterangi cahaya lampu biru, anda juga berpeluang melihat bandar KL dari atas.

Observastion Deck beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Ini adalah untuk memberi peluang kepada anda melihat kehidupan malam kota metropolitan ini bergemerlapan secara 360 darjah!

Boleh belanja orang tersayang di Restoran Atmosphere 360 untuk view yang lebih romantis.

Tiket pun sangat berpatutan. Anda boleh beli di KLOOK untuk harga diskaun.

Harga tiket: Dewasa RM24.90 | Kanak-kanak 12.90Β  (Beli di – KLOOK)
Location : Google MapHotel Berdekatan :Shangri La KL RM 442 [ Booking | Agoda ]Maple Suite RM 173 [ Booking | Agoda ]Flora By CrossRoad Hotel RM 90 [ Booking | Agoda ]Concorde Hotel RM 249 [ Booking | Agoda ]

Jambatan Putrajaya

Kalau bercakap tentang mercu tanda, tidak sah kalau kami tak selitkan Jambatan Putrajaya sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam.

Jambatan Putrajaya bermandi cahaya berwarna-warni di waktu malam melambangkan kemegahan pentadbiran negara.

Reka bentuknya bercirikan Islam dan sentuhan moden membolehkan pengunjung menikmati pemandangan menarik pusat pentadbiran negara ini. Termasuklah tasik indah, Masjid Putrajaya dan laluan masuk ke Pejabat Perdana Menteri.

Location : Google Map

Hotel Berdekatan :

Zenith Hotel Putrajaya RM 272 [ Booking | Agoda ]

Dorsett Putrajaya RM 161 [ Booking | Agoda ]

CyberView Resort and Spa RM 230 [ Booking | Agoda ]

Tarikan menarik berdekatan:

Cruise Tasek Putrajaya

Putra Square
Alamanda Mall

Restaurant popular yang berdekatan:

Texas Chicken Putrajaya

Smoked Kingdom

Naik Cruise Tasek Putrajaya

Satu lagi tempat menarik yang ada di Putrajaya adalah menaiki cruise di tasik yang berkeluarsan 650 hektar. Belayar sambil melihat mercu tanda Putrajaya yang indah.

Pelayaran anda lebih istimewa jika dapat menyaksikan banda dalam taman Putrajaya yang cukup mempersonakan pada waktu malam.

Di sini, pengunjung di beri dua pilihan sama ada menaiki bot persiaran penumpan ataupun perahu gondola yang direka mengikut tradisi Melayu.

Harga tiket Cruise Tasik Putrajaya anda boleh semak di sini – Cruise Tasek Putrajaya

Location : Google Map

Hotel Berdekatan :

Zenith Hotel Putrajaya RM 272 [ Booking | Agoda ]

Dorsett Putrajaya RM 161 [ Booking | Agoda ]

CyberView Resort and Spa RM 230 [ Booking | Agoda ]

Tarikan berdekatan:

Cruise Tasek Putrajaya

Putra Square
Alamanda Mall

Restaurant popular yang berdekatan:

Texas Chicken Putrajaya

Smoked Kingdom

Jalan Bukit Bintang

Bukit Bintang memang sudah terkenal kerana terdapat banyak tempat shopping di kawasan sekitarnya. Dari pusat membeli-belah mewah hinggalah gerai tepi jalan.

Bukit Bintang memang benar-benar ‘hidup’ pada waktu malam. Papan iklan yang berwarna warni, lampu premis perniagaan, dan diserikan dengan muzik busker.

Tambahan pula, kini DBKL telah melaksanakan ‘scramble pedestrian’ di persimpangan lampu isyarat. Kini Bukit Bintang hampir kelihatan seperti Shibuya Crossing di Jepun.

Di Bukit Bintang sahaja anda boleh ke Lot 10, Pavillion, Low Yat, Berjaya Time Square, Low Yat, BB Plaza, dan Sungei Wang. Kesemua tempat ini cukup meriah pada waktu malam. Sebut sahaja apa yang dihajati, anda pasti akan temuinya di sini.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga dapat menikmati alunam muzik dan nyanyia dari buskers sambil menghirup angin malam.

Location : Google Map

Hotel Berdekatan :

Dorsett KL RM 158 [ Booking | Agoda ]

Pullman KL RM 284 [ Booking | Agoda ]

Antara tarikan lain tidak jauh dari sini:

Pavillion KL

Kompleks Kraf Jln Conlay

Aquaria KLCC

Penghulu Abu Seman Resident

Restaurant popular yang berdekatan:

Dahlia Sup Tulang

Uptown Danau Kota

Pasar malam atau bazar larut malam yang cukup popular di kalangan masyarakt tempatan. Mana tidaknya, banyak gerai-gerai yang menjual aksesori dan pakaian tiruan pada harga murah di sini.

Siapa je yang tak rambang mata melihat aneka barangan yang dijual disini. Nak lebih meriah, datanglah pada musim perayaan kerana kebanyakan barang dijual pada harga jauh lebih murah.

Uptown Danau kota yang terletak di Setapak ini beroperasi pada jam 9 malam hingga 3 pagi, setiap Rabu hingga Ahad sahaja.

Location : Google Map

Hotel Berdekatan :

Festival Boutique RM 76 [ Booking | Agoda ]

Fan Holiday Hotel RM 80 [ Booking | Agoda ]

Antara tarikan lain tidak jauh dari sini:

Pasar Pagi Danau Kota

Aeon Big Danau Kota

Afifa Car Rental

Restaurant popular yang berdekatan:

Empire Sushi

Kedai Ayam Penyek Kak Rose
Meknate Steak Hub

KL Hop On Hop Off [ HoHo ]

Nak jelajah satu KL memang memenatkan dan perlu perancangan rapi. Cara terbaik adalah dengan menggunakan khidmat bas persiaran dua tingkat dikenali KL Hop-On Hop-Off (HOHO).

HOHO merupakan bas persiaran dua tingkat yang mana bahagian bumbungnya terbuka. Ini memudahkan anda menikmati pemandangan warna-warni Kuala Lumpur dengan sepenuhnya.

Tour ini bermula di Bukit Bintang, sebelah Sungei Wang.

Harga tiket: Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM20 (Beli di – KLOOK)

Lokasi Starting Point: Google Maps

KL Night Exploration and Food Bike Tour

Jika anda mahukan kelainan, apa kata teroka bandar KL dengan berbasikal. MATIC sediakan servis berbasikal untuk melawat mercu tanda, lokasi cantik, tempat makan popular di sekitar pusat bandar.

Disamping itu, β€˜tour guide’ akan terangkan sejarah dan info menarik sepanjang eksplorasi. Paling menyeronokkan apabila berbasikal pada waktu malam. Ini kerana banyak pertunjukkan lampu di sekitar KL.

Berbaloi, kerana banyak sisi indah kota raya ini yang masih belum kita lihat. Anda boleh buat tempahan di – KLOOK

Tiket: Beli di – KLOOK)

Lokasi Starting Point: Google Maps

Cooler Lumpur Night Tour by Vespalicious

Bukan sekadar berbasikal, menaiki vespa sambal keliling bandar KL juga mengujakan. Nikmati keindahan kota raya dengan vespa yang dipandu oleh tour guide berpengalaman. Anda juga akan dibawa ke kawasan street food popular dan sedap.

Lebih mudah naik vespa untuk kesesakkan jalan raya, lebih-lebih lagi di tengah bandar. Berbaloi dan selamat. Tempah di = KLOOK

Nama Tempat: Cooler Lumpur Night Tour by Vespalicious

Tempat Tiket : Klook

KL After Dark Trip with Local Cuisine Supper

Disebabkan banyak tempat menarik dan meriah di KL, anda boleh join tour Kuala Lumpur After Dark Trip with Local Cuisine Supper. Trip ini akan bawa anda secara berkumpulan ke lokasi meriah seperti Petaling Street, Kampung Baru, Little India, River of Life, pintu gerbang Istana Negara, dan banyak lagi.

Cuba juga street food best yang, shopping di pasar malam. Dengan tour ini, anda akan tahu kehidupan malam KL. Selain itu boleh elak kesesakkan trafik kerana dipandu oleh tour guide yang berpengalaman. Tempah di – KLOOK.

Nama Tempat: Kuala Lumpur After Dark Trip with Local Cuisine Supper

Tempah Tiket : Klook [ Dewasa (RM90) , Kanak-kanak (RM52) ]

Laser Battle Kuala Lumpur

Bagi yang suka permainan tembak menembak, anda boleh cuba Laser Battle Kuala Lumpur yang terletak di Berjaya Times Square. Berbaloi kerana ia penuhi dengan caya lampu neon, ada lebih 50 mode berlainan, kawasan pertempuran juga agak luas.

Setengah jam untuk satu sesi dan harganya juga amat berpatutan. Lebih seronok kalua dating secara berkumpulan. Untuk lebih mudah, tempeh secara online dan book masa dan waktu yang anda inginkan. Tempah di – KLOOK

Harga tiket: RM21 ( Beli di – KLOOK)

Escape Room KL

Permainan yang mencabar minda! Di sini anda akan tempuhi beberapa puzzle interaktif. Seperti rumah berhantu, hutan belantara, peti besi, dan art gallery. Kesemua permainan memerlukan anda selesaikan clue untuk menyelamatkan diri.

Kesemua permainan yang disediakan memang menarik dan premium. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 6 orang rakan untuk bermain. Jika tidak anda terpaksa join strangers. Tempah tiket di – KLOOK.

Harga tiket: RM39 (Beli di – KLOOK)

Sunway Pyramid Ice Skating

Selain membeli-belah, tarikan utama Sunway Pyramid adalah ice skating. Sudah berpuluh tahun dibuka dan masih beroperasi hingga ke hari ini. Aktiviti ini memang menyeronokkan dan sesuai untuk semua golongan.

Kalau tak pandai skating, staff mereka sedia beri tunjuk ajar. Ruang skating yang luas dan diiringi muzik. Anda disarankan bawa stokin dan sarung tangan sendiri kerana ia adalah wajib. Harganya juga berpatutan. Tempah di – KLOOK.

Harga tiket: RM28 (Beli di – KLOOK)

Sunway Lagoon Nights of Fright

Terletak di Sunway Lagoon, iaitu 30 minit dari KL. Sunway Lagoon Nights of Fright sebuah pertunjukkan seram yang hanya berlangsung pada Halloween sahaja pada Oktober. Pertunjukkan ini seperti masuk ke dalam rumah hantu yang bertemakan filem seram popular.

Memang best untuk anda timba pengalaman baru. Ini kerana segala props, makeup dan perhiasan set memang cantik dan tampak real.

Ia berlangsung setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang Oktober ini. Tempah tiket – KLOOK.

Nama Tempat: Sunway Lagoon Nights of Fright

Tempat Tiket : Klook [ RM 118 ]

VAR LIVE Theme Park

Khas buat peminat permainan video khususnya virtual reality (VR). Anda boleh ke VAR LIVE Theme Park yang menempatkan sejumlah permainan berbentuk VR. Ada sekitar 13 segmen permainan yang boleh anda cuba.

Kesemua permainan dan peranti adalah berkualiti tinggi dan terasa nyata khususnya permainan aksi. Sesuai untuk semua golongan kerana mereka sediakan banyak games mesra kanak-kanak. Ada juga games berkumpulan membolehkan adan β€˜team-up’ dengan rakan untuk menentang musuh.

Tempah tiket di – KLOOK.

Harga tiket: RM42 (Beli di – KLOOK)
River of Life KL

Tidak jauh dari Masjid Jamek, suasana sungai ini kembali ceria selepas dinaik taraf. Ia lebih berseri dengan landskap dan dihiasi dengan warna lampu yang indah pada waktu malam.

Terdapat laluan pejalan kaki untuk anda hirup udara segar dan mengambil gambar kenangan di sini.

Projek naik taraf Sungai Gombak dan Klang ini telah menarik perhatian dunia dengan menjadi antara 10 riverfront tercantik di dunia oleh laman Independent UK.

Lokasi: Google Maps

Harga tiket: Percuma

Saloma Link

Saloma Link merupakan tarikan terkini di Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah jambatan atau pintasan berbentuk sirih junjung yang menghubungkan KLCC ke Kampung Baru. Kemudahan untuk pejalan kaki ini memendekkan perjalanan anda kepada 15 minit sahaja.

Jambatan ini cukup indah dengan bentuk yang diinspirasikan dari sirih junjung yang membawa identiti Malaysia dan kemelayuan.

Saloma Link ini cukup indah terutama pada waktu malam kerana ia dilimpahi dengan lampu berwarna-warni. Ia diserikan lagi dengan mercu tanda seperti KLCC, KL Tower, dan Merdeka 118 sebagai latar belakang yang menawan.

Lokasi: Google Maps

Harga tiket: Percuma

Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)

Pasar malam paling legend di KL! Terkenal sebagai syurga membeli-belah kerana menjual pelbagai jenis barangan dengan harga murah.

Lebih 400 gerai jualan menjual pakaian, makanan, snek, cenderamata, dan barangan harian membuatkan anda rambang mata.

Tak kira musim perayaan atau hari biasa, pasar malam Jalan TAR sentiasa meriah dengan peniaga dan pelanggan.

Lokasi: Google Maps

Nah itu dia antara tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam. Banyak kan? Rugi kalau tak explore semua tempat. Semoga artikel ini dapat membantu dalam merencanakan percutian di kota raya ini.

3 Replies to 23 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Waktu Malam | TERKINI 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *