Tips Travel

6 Jenis Beg Travel Yang Anda Boleh Dapatkan di Lazada

Beg Travel ni sebenarnya memang macam macam jenis lagi. Sebelum saya buat artikel ni, yang saya biasa guna adalah jenis beg yang dibawah ini sahajalah.

Saya ni sebenarnya baru berpindah ke Alor Setar. Jadi masih lagi ada barang yang tak diletakkan pada tempatnya. Beg luggage yang warna merah tu saya dah guna dekat 4 tahun kot. Dah rosak dekat pemegangnya. Tunggu masa nak buang sahaja ni.

Jadi itu dia, yang saya tahu jenis beg ini sahaja. Saya pun baru tahu rupanya beg ni namanya CarryOn Luggage. Dan memang ada 5 lagi jenis beg travel yang lain, yang kita semua boleh dapatkan. Bergantung kepada keperluan, tujuan kita nak kemana, dan jenis macam mana kita ni.

Adakah macam saya, bawak mana yang perlu sahaja, malam pun saya lebih lebih suka pakai kain. Atau anda jenis yang jenis suka bawa baju banyak.

Sebelum kita mula, artikel ini sebenarnya dikongsikan lebih awal oleh homestratosphere, kiranya saya jadikan artikel ini sebagai panduan penulisan artikel saya dalam ni. Tak ada lah saya copy paste seketul, sebab cara orang putih mungkin beza dengan kita. Saya pun lebih kongsikan kepada jenis dan functionnya sahaja. Kiranya beg travel itu lebih sesuai untuk keadaan yang macam mana.

Kalau anda nak lebih detail, penjelasan seperti jenis material, styling, features yang lain dan design element yang mungkin buatkan anda rasa berminat untuk dapatkannya. Boleh baca baca di homestratosphere ya.

Carry-On Luggage

Ini adalah jenis yang paling saya suka. Jenis ni mudah, senang. Bila kita nak pack pun mudah, nanti bila dah sampai ke bilik menginap, time nak guna pun mudah. Sebab kita boleh buka semua. Tak macam kalau guna backpack, kadang tu tercari cari mana barang yang kita simpan.

 

Beg jenis carry on ni biasanya tak ada banyak slot sangat. So apa jenis baju pun anda sumbat di tempat yang sama juga.

Wheel pun anda, jadi mudah untuk kita bawa beg ni kemana mana. Diri saya pun ada rasa style sikit bila kita masuk lobby hotel sambil seret beg ni dalam keadaan dia berdiri straight.

Gambar beg tolak straight

Wheeled Luggage

Wheeled luggage ni seakan carry on luggage juga. Tapi ia mungkin lebih feature sikit berbanding dengan carry on luggage. Paling ketara adalah di bahagian slot yang anda boleh masuk.

Wheeled luggage juga siap ada beg yang ada function compression untuk lebih mudahkan bawa kemana mana. Jenis beg travel yang macam ni juga sesuai untuk turun naik flight. Banding dengan carry on luggage mungkin lebih sesuai yang nak travel macam saya, kira kita naik kereta sendiri.

Bagi saya carry on luggage mudah, kita sekadar nak nampak kemas dan mudah angkat baju sahaja.

Wheeled Backpacks

Yang jenis ni, mungkin sesuai untuk anda yang kadang tu mungkin perlukan perjalanan yang lasak sikit. Kira macam nak pergi campinglah kira. Kadang tu memang kita terpaksa sandang beg jugakan.

Beg jenis ini juga banyak poket kecil untuk anda letak beberapa item yang lain.

Jenis wheeled backpack tak macam jenis luggage lain yang ada pelbagai saiz. Contoh macam saya tengok luggage beg mak saya pergi buat haji baru ni. Kita pun boleh masuk dalam luggage tu, punyalah nak kata besarnya. Tapi jenis wheeled backpack ni memang jenis yang lebih kurang sama, kalau besar sangat, susah pula kepada si pemakai.

Sleeves Bag

Yang ni memang handsome kalau perut tak macam membojoi macam saya. Kalau slim memang nampak kemas untuk laki laki guna.

Duffel Bags

Duffel beg ni memang popular masa zaman saya belajar di University Malaysia Pahang dulu. Dalam tahun 2006 hingga 2009. Kalau tak silap, saya batch yang 4 or 5.

Masa saya masuk university ini pun baru nak buat 1st or 2nd convo kalau tak silap. Masa ni, bila sandang duffel beg memang nampak maskulin sangat. Budak zaman sekarang, semua dah guna carry on beg. Lebih mudah guna. Masa saya guna duffel beg juga dulu, saya pun tak tahu duffel beg tu namanya duffel. Buat artikel ini baru saya lepas buat research sikit.

Bagi saya, duffel beg ni sesuai untuk anda yang tak perlu angkat atau bawa barang yang banyak. Cukup mana yang asas sahaja. Duffel bag pun mudah nak dibawa kemana mana. Kalau saya, saya cari saiz yang sesuai untuk letak atau sangkut dibahu.

Mungkin beli yang jenis carry on, dan beli juga yang jenis duffel ni, untuk letak baju baju yang kecik atau untuk yang kita akan pakai dahulu masa sampai ke destinasi nanti. Mungkin sahajalah ya, rasanya tak kot.

Sebab saya akan guna dua beg sahaja bila travel, beg galas yang khas untuk laptop dan beg carry on luggage untuk baju semua. Even cable laptop pun saya akan letak dalam luggage sebab saya nak ringankan lagi beg galas laptop.

Wheel Duffel

Macam duffel beg juga, tapi jenis yang ada tayar pula di bawahnya.

 

Bagi saya wheel duffel ni sesuai untuk anda yang nak bawa barang yang saiz mungkin lain macam besarnya. Atau mungkin lain macam saiznya. Sebab ia berbentuk bulatkan.

Seperti contoh, katakanlah anda nak masukkan helmet dalam beg.

Ya saya tahu, saya pun belum pernah jumpa lagi orang masuk helmet dalam luggage. Tapi tolong terima juga contoh ni. Sebab saya kalau betul betul anda nak bawa helmet. Memang jenis beg begini sahaja yang sesuai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *