Janda Baik

Air Terjun di Janda Baik ( 7 yang berdekatan )

Sungai Air Terjun di Janda Baik, yang terletak di Pahang, Malaysia, adalah destinasi pilihan utama semula jadi yang memang menjadi tarikan utama bagi anda yang datang daripada Kuala Lumpur dan sekitarnya. Mungkin disebabkan hiruk pikuk jam di kota, buatkan kita ni nak lah juga untuk lari sekejap ke alam semula jadi dengan suasana tropika, dapat pula package sekali dengan air terjun sungai ni, lagilah membuatkan percutian kita lebih bermakna.

Untuk pilihan Air Terjun di Janda Baik ni, kami masukkan sekali juga kawasan di Bentong. Anda boleh click satu persatu untuk tengok mana satu yang lebih dekat ikut kepada laluan mana yang anda akan sampai.

Antara nya:

  1. Chemperoh Waterfall ( 17 reviews )
  2. Lepoh Waterfall ( 249 reviews )
  3. Bentong Waterfall ( 49 reviews )
  4. Air Terjun Sungai Chiling ( 611 reviews ) – Tutup Sementara
  5. Chamang Waterfall ( 1084 reviews )
  6. Dua Waterfall ( 105 reviews )
  7. Lata Hammer Waterfall ( 44 reviews )

*disclaimer
Air Terjun ni tak bertumpu di Janda Baik sahaja, berselerak sampai ke KKB dan lain lain nya. Sebab jarak perjalanan tak jauh sangat. Walaupun terpaksa drive jauh sikit, ia berbaloi untuk percutian anda.

Rasanya semua pun dah tahu yang kebanyakan resort dan chalet di Janda Baik ini ada sekali juga dengan arusan sungai. Cuma ianya bukan sekali dengan air terjunlah. Jika anda bercadang untuk terus pergi ke chalet tepi sungai sahaja, boleh baca posting kami yang dibawah.

Chalet tepi sungai di Janda Baik. Ada chalet yang buka pintu sahaja sungai.

Preview Chamang Waterfall

Kalau ikut kepada popularity, lebih ramai yang tertumpu di Chamang Waterfall. Mungkin sebab kemudahan yang boleh tampung pengunjung yang lebih ramai, parkingnya pun luas. Sungai ini juga adalah antara yang paling dekat dengan KL berbanding dengan yang lainnya. Lebih kurang 1 jam 20 minit sahaja. Banding dengan kalau anda ke atas lagi untuk ke Sungai Chiling, yang akan ambil masa lagi dekat 2 jam.

Tapi boleh ikut Batang Kali untuk 1 jam 20 minit juga. Cuma anda tak merasa lah keindahan dan nikmat tempat menarik yang lain. Macam Genting, Fraser, Taman Jepun dan sebagainya. Sebab semua tarikan ini lebih dekat dengan Sungai Chamang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *