Menikmati percutian hujung minggu bersama keluarga di negeri Terengganu memang dinantikan. Mana tidaknya, anda dapat menikmati suasana memukau, mendamaikan dan indah sambil menikmati pemandangan laut luas terbentang. Tambahan pula banyak aktiviti menyeronokkan. Ini semua dapat anda nikmati sekiranya bercuti di Angullia Beach Resort, Marang.
Nak tahu apa lagi yang menarik di Angullia Beach Resort? Teruskan membaca artikel ini.
Angullia Beach Resort
Untuk perngetahuan, Angullia Beach Resort merupakan salah satu resort bajet yang boleh anda inap di Marang. Kemudahan dan keselesaannya resort di Marang ini berada pada tahap sederhana tetapi lengkap untuk percutian singkat pada hujung minggu.
[Baca] 18 Tempat Menarik di Terengganu [WAJIB PERGI!]
Dengan keluasan 5 hektar yang dikelilingi suasana mendamaikan dek kerana ia merupakan perkampungan nelayan, anda bakal dihidangkan dengan senario yang segar dan tenang.
[Baca] 9 Tempat Menarik di Marang
Pelbagai jenis bilik
Angullia Beach Resort menawarkan pelbagai jenis bilik untuk pilihan tetamu. Anda boleh pilih mengikut kapasiti, bajet, ataupun lebih gemar bilik yang menghadap laut untuk pemandangan yang memukau.
Harga bilik bermula dari RM65, untuk dua orang. Sekiranya anda mempunyai keluarga besar, anda boleh tempah satu unit vila yang memiliki 4 buah bilik. Paling menarik ia menghadap laut.
Setiap bilik dilengkapi dengan:
- Katil empuk
- Cadar bersih
- Bilik air
- Penghawa dingin
- Televisyen
Lengkap dengan kemudahan
Tidak cukup dengan view pantai, Angullia Beach Resort turut dilengkapi dengan sebuah taman berlandskap menarik. Ditanam dengan pokok-pokok bunga dan pondok rehat, menjadikan kawasan ini cukup redup untuk tetamu bersantai tanpa mengira waktu.
Kemudahan seperti kelengkapan BBQ, taman permainan, surau, tempat letak kereta, wifi percuma, dewan, menjadikan resort ini mesra tetamu.
Kalau anda bercadang untuk buat family day di Terengganu, boleh consider bercuti di Angullia Beach Resort.
Vohra’s Deck
Biarpun ia hanyalah resort bajet, Angullia tetap memiliki sebuah cafe yang menawarkan snek dan minuman yang dijual pada harga yang berpatutan. Cafe yang digelar ‘Vohra’s Deck’ ini beroperasi bermula 4 pm – 12 am.
[Baca] 6 Chalet Tepi Pantai Marang Terengganu
Cafe ini selesa dan menghadap laut. Pelanggan boleh menikmati minuman sambil menyaksikan pemandangan laut jernih dan gugusan pulau yang mempersonakan.
Aktiviti menarik
- Mandi pantai
- Berkelah
- BBQ
- Mencandat sotong
- Memancing
Harga bilik: Dari RM65 hingga RM250
Jarak dengan tempat menarik:
- Jeti Shahbandar untuk ke Pulau Redang & Pulau Kapas – 33 minit
- Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu – 9 minit
- Kedai Makan Ustaz – 15 minit
- Roti Tempayan Line Clear – 13 minit
Untuk maklumat lanjut atau tempahan bilik, anda boleh rujuk maklumat berikut:
Tempat: Angullia Beach House [ RM 75 ]
Lokasi: Google Map Untuk Tempahan:Â Website |
Kami yakin bercuti di Angullia Beach Resort akan menceriakan percutian singkat anda di Marang. Bukan sahaja dapat mandi pantai, bahkan ia juga dekat dengan beberapa tempat menarik.