Cameron Highlands

12 Tempat Menarik di Cameron Highlands Waktu Malam TERKINI

Kalau waktu siang boleh ke ladang teh, malam ada apa kat Cameron? Rugi tak jalan-jalan sebab ada juga tempat menarik di Cameron Highlands waktu malam yang buat percutian anda lebih seronok! 🌙

Jangan terperuk di bilik hotel je tau. Inilah masanya untuk anda menikmati angin malam yang dingin di tanah tinggi ni. Bercakap pun keluar kabus tau!

Aktiviti di Cameron Highlands waktu malam

Menarik juga aktiviti malam di Cameron. Namun, ia tidaklah sehebat Genting Highlands. Ini kerana Cameron tidaklah luas, dan banyak tarikan tidak dibuka pada waktu malam.

Namun, tarikan yang ada masih menarik dan dapat menceriakan anda dan keluarga di malam hari.

  1. Makan-makan di restoran sedap
  2. Jalan-jalan di Cameron Centrum
  3. Bergambar di Museum 3D @ Cameron Square
  4. Jalan-jalan dan makan di pasar malam
  5. Berseronok di Holiday’s Park Fun Fair

Cadangan tempat Menarik di Cameron Highlands waktu malam

Cameron Square

Merupakan tempat shopping di Cameron Highlands. Banyak premis perniagaan yang menjual pakaian, aksesori, barangan runcit, dan banyak lagi.

3D Muzium pun terletak di dalam Cameron Square tau. Banyak tarikan di bawah satu bumbung. Tak perlu pergi jauh-jauh dah.

  • Mini indoor theme park
  • Restoran Domino’s Pizza, Old Town White Coffee.
  • Window shopping

Lokasi: Brinchang

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Holiday’s Park Fun Fair

Satu-satunya fun fair atau indoor theme park di Cameron Highlands. Banyak permainan dan ride untuk anda naiki. Malah, ada rides yang sesuai untuk golongan dewasa.

Baca: 10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Percuma

  • Masuk percuma, cuma bayar harga rides dan permainan pilihan anda.
  • Hargasetia rides dari RM5 – RM10. Pada kami, ia dah cukup berbaloi.
  • Penat bermain, ada kafe menari di sebelahnya. Boleh minum kopi dan makan dessert enak!
  • Ada 7D cinema.

Lokasi: dalam Cameron Square, Brinchang.

Cameron Centrum

Tempat menarik waktu malam di Cameron seterusnya adalah Cameron Centrum. Merupakan pusat membeli belah dengan rekaan dalaman yang menarik, seolah berada di negara London. Cukup meriah terutama pada waktu malam. Wajib pergi!

  • Dekorasi cantik seperti replika bus dua tingkat, booth telefon dan suhu sejuk membuatkan anda seperti berada di Eropah.
  • Aneka pilihan restoran yang menjual makanan tempatan dan western. Ada juga yang murah, kena pandai pilih.
  • Banyak port OOTD & Instagram worthy.
  • Bei kidapan seperti corndog, ice cream, dan dessert berasaskan strawberi.
  • Masuk percuma

Lokasi: Brinchang

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Pasar Malam Cameron Highlands

Pasar malam di Brinchang, merupakan salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang happening dan cuma berlangsung setiap Jumaat dan Sabtu.

Terletak di hadapan Golden Hilss Apartment. Siapa tak singgah, memang rugi.

Yang paling dinantikan setiap hari Jumaat & Sabtu. Juga dikenali sebagai ‘Pasar Malam Brinchang’ yang terletak di hadapan Golden Hills Apartment.

  • Street food seperti makanan celup tepung, burger, ayam Korea, lokcing, nasi ayam, dll
  • Minuman menarik contohnya ice blended, air locong, boba milk tea, dll
  • Sayuran segar
  • Strawberry murah
  • Pokok bunga dan cactus segar pun ada tau.

Lokasi: depan Golden Hills Apartment

Waktu operasi: Jumaat & Sabtu | 5 pm – 11 pm

Pak Leh Chicken Rice Restaurant

Salah satu tempat makan menarik makan menarik di Cameron Highlands yang anda kena singgah. Popular, sentiasa menjadi pilihan pelancong.

Ketika banyak restoran mengenakan harga makanan yang tinggi, Pak Leh’s Chicken Rice tawarkan harga berpatutan.

  • Nasi ayam dihidangkan dalam portion besar
  • Selain nasi ayam, nasi campur dan masakan panas turut disedaika.
  • Pada waktu malam, hidangan steamboat dan ala Thai menjadi pilihan.
  • Harga berpatutan

Lokasi: Tanah Rata

Waktu operasi: 8 am – 12 am

i-City Cameron Highlands

Tempat menarik di Cameron Highlands waktu malam seterusnya adalah i-City Cameron. Ia merupakan taman bercahaya dengan pelbagai dekorasi lampu LED, mirip I-City Shah Alam.

Terletak di Taman Pertabalan yang waktu siangnya lokasi riadah. Kemudian bercahaya pada waktu malam.

  • Hiasan lampu LED berwarna-warni di seluruh taman.
  • Suhu sejuk, membuatkan lokasi ini lebih menarik.
  • Banyak tempat duduk, dan permainan seperti roller blade, skuter untuk kanak-kanak.
  • Spot bergambar dengan suasana Instagrammable
  • Antara tempat menarik di Tanah Rata yang harus dikunjungi.

Lokasi: Taman Pertabalan Tanah Rata

Artikel berkaitan:

  1. Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland
  2. Tempat menarik di Pahang
  3. Tempat Menarik di Bukit Tinggi Pahang

Cameron Valley Tea House 2

Pada kami, tidak lengkap percutian ke Cameron kalau tak hirup teh panas dari tanah tinggi ini. Siang dah ke ladang teh, di malam hari anda boleh menikmati makan malam di Cameron Valley Tea House.

  • Pelbagai hidangan western seperti burger, pasta, steak, dll.
  • Hidangan tempatan seperti nasi lemak turut disediakan.
  • Paling best, pelbagai jenis pastries dijual.
  • Makan pada waktu malam di sini lain nikmatnya. Lebih sejuk terutama kalau anda duduk di anjung.

Lokasi: Bharat Tea

Waktu operasi: 8 am – 10 pm

3D @ Cameron Square

Muzium seni 3D dengan pelbagai lukisan ilusi optik yang unik. Everyone loves this! Inilah masanya untuk anda ambil gambar pelbagai gaya dengan keluarga tersayang.

  • Lukisan 3D interaktif yang memberikan kesan visual realistik
  • Terbahagi kepada beberapa zon dengan tema berlainan
  • Selain lukisan 3D, banyak lagi objek ilusi untuk tatapan anda
  • Terletak di dalam Cameron Square, banyak kafe berdekatan

Harga tiket: Dewasa RM20, kanak kanak RM11

Lokasi: Cameron Square

Restoran Ferm Nyonya

Tempat menarik di Cameron Highlands waktu malam seterusnya adalah Restoran Ferm Nyonya. Restoran terbaik untuk makan malam. Oh ya, restoran ini halal tau!

  • Menyajikan pelbagai jenis masakan panas, tapi Chinese style.
  • Harga sedikit mahal, tetapi masih munasabah.
  • Menu popular seperti mango chicken, butter prawn, sup sayur, dll.

Lokasi: Tanah Rata

Waktu operasi: 11.30 am  – 10 pm

Nasi Kukus My Prima Cameron Highlands

Ramai yang menganggap bercuti di Cameron Highland memerlukan belanja besar terutama sekali untuk makan dan minum. Tanggapan itu salah kerana Nasi Kukus My Prima Cameron Highlands menyajikan nasi kukus sedap pada harga yang berpatutan.

  • Nasi kukus, nasi lemak strawberry, nasi ayam, nasi kerabu
  • Roti canai
  • Ayam penyet

Lokasi: Tanah Rata

Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill

Hidangan steamboat memang sedap bukan? Kalau di Cameron, salah satu restoran popular dengan keenakan steamboat adalah Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill.

  • Ada berpuluh lauk mentah seperti daging, kambing, ayam & seafood untuk anda grill.
  • Kesemua seafood dan daging yang digunakan adalah fresh & telah diperap sempurna.
  • Makanan lain seperti nasi goreng, nasi lemak turut disediakan.
  • Anda boleh makan sebanyak mana strawberi di sini.
  • Suasana restoran amat selesa. Terbuka, senang nak ‘masak di meja’.

Harga: Dewasa RM45, kanak kanak RM32

Lokasi: Tanah Rata

Abang Strawberry

Kami pasti anda pernah dengar tentang restoran Abang Strawberry kan? Salah satu tempat makan popular di sini. Ia beroperasi hingga jam 9 malam. Jadi sempatlah anda menjamu selera.

Restoran ini sentiasa meriah dengan pelanggan. Dekorasi restoran yang ceria ini turut membuatkan pelanggan tertarik untuk lepak tidak kira siang atau malam.

  • Menu utama di sini adalah nasi lemak berwarna pink.
  • Masakan panas, western.
  • Dessert berasaskan strawberry seperti ice cream, waffle, scones, dll.

Lokasi: Tanah Rata

Tips jalan-jalan di Cameron Highlands waktu malam

Pakai baju tebal

Suhu waktu siang dan malam di sini lain ya. Waktu siang anda masih boleh bebas memakai tshirt dan seluar pendek. Namun waktu malam pula, suhu boleh mencecah 15°C.

Sediakan baju tebal dan pakai kasut bertutup.

Gambar: eloflefty.wordpress.com

Rancang perjalanan

Banyak tempat tidak beroperasi waktu malam. Cameron tidak seperti banda besar ya. Ia cuma pekan kecil. Jadikan artikel ini sebagai rujukan sebelum jalan-jalan.

Nak cari lokasi dinner? Bole rujuk artikel kami – 14 Tempat Makan Menarik di Cameron Highlands

Pandu berhati hati di kawasan berbukit

Jalan di sini agak sempit dan berliku. Malah, kabus tebal boleh menyelubungi tanah tinggi ini waktu malam.

Kesimpulan

Menarik juga Cameron Highlands waktu malam kan? Dari pasar malam yang meriah, makan malam di anjung dalam cuaca sejuk, dan aktiviti santai. Semoga artikel ini bermanfaat!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *