Tips Travel

Cover Luggage Murah

Kebiasannya, bila kita beli Beg Travel atau Luggage ni tak didatangkan sekali dengan cover. Tak pasti kenapa, mungkin sebab saya pun beli beg travel bawah RM100 sahaja.

Sedangkan cover travel ni penting juga untuk keperluan tambahan.

Seperti calar. Tambah lagi bila anda tarik beg ni masa letak dalam tempat meletak barang dalam bag express. srrrrtt. Kalau baru beli memang kita akan terasa sakit hati sikitkan. Tapi kalau dah lama beli tapi tak rosak rosak ni. Rasa macam nak bagi rosak pula. Gurau ja.

Selain daripada untuk calar, kelebihan lain menggunakan luggage cover ialah memudahkan anda nampak dari jauh. Contoh masa anda tunggu beg masa habis fight. Setengah antara kita memang akan terus pilih beg yang punyai warna yang unik, atau striking. Tapi kalau anda nak gunakan cover pun boleh. Cover juga mengelakkan beg anda daripada melekat dengan habuk habuk yang ada dalam tempat simpanan.

Untuk saya sendiri, terus terang cakap, saya tak pernah guna. Mungkin sebab saya malas. Dan cara saya yang memang tak berapa nak guna public transport untuk bergerak.

Untuk adik adik yang mungkin travel banyak untuk balik ke kampus, mungkin perlu.

Untuk dapatkan Cover Luggage yang murah ni mudah sahaja. Di Lazada dan Shopee memang berlambak jual. Tak perlu pun, pening kepala cari kedai yang jual luggage cover ni. Harga pun tersangat murah.

Cuma apa yang penting, jangan beli tersalah saiz pula.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *