Tempat Menarik

Tempat Menarik di Cyberjaya Waktu Malam

Kira-kira lebih dua dekad pembukaan Cyberjaya, bandar yang terletak di dalam daerah Sepang ini pesat membangun. Cyberjaya yang dahulu hanya hutan belantara yang ditemani bunyi cengkerik berubah 360 darjah. Kini, Cyberjaya menjadi hab teknologi global dan bandar pintar. Jika anda bercadang untuk berkunjung ke sini pun boleh. Banyak juga tarikan pelancongan yang boleh di lawati. Kalau nak lebih syok, kunjungi tempat Cyberjaya pada waktu malam. Ini kerana bandar ini bergemerlapan di malam hari.

Ada yang menggelarkan Cyberjaya sebagai “Silicon Valley Malaysia” kerana menjadi hab koridoraya multimedia media negara. Selain itu banyak syarikat yang berteraskan teknologi dibina di sini.

Berikutan pembangunan yang pesat dan terancang, landskap Cyberjaya cukup indah. Para photographer dan kaki Instagramers banyak meluangkan masa mengambil gambar di sini. Oleh itu jom lihat senarai tempat menarik Cyberjaya di waktu malam.

Gem In Mall

Ini merupakan pusat membeli belah terbaharu di Cyberjaya yang terletak di Persiaran Sepang. Gem In Mall juga bersebelahan dengan apartment Mutiara Ville yang dijangka siap tidak lama lagi. Beruntunglah mereka yang tinggal di apartment ni, setiap hari boleh ke Gem In Mall.

Apa yang menarik pada shopping mall ini adalah seni binanya yang moden. Sangat sesuai dengan konsep bandar pintar Cyberjaya ini. Dari jauh lagi sudah berjaya menarik orang ramai untuk membeli belah tidak kira siang atau malam.

Gem In Mall ini Cuma mempunyai dua aras. Tetapi penuh dengan keseronokkan dan mampu memenuhi kehendak anda. Cuma, ia tidak mempunyai panggung wayang. Anda perlu ke shopping mall DPULZE untuk menonton wayang.

Kami sertakan beberapa premis menarik yang ada di sini:

  • Happy Happy Bakery
  • Kluang Station Cafe
  • Alef Maju
  • The Art Stationary
  • Shin Tokyo Sushi & Ramen Ten
  • Pink Lollipops Mart
  • Kafe DeGuts’s Restaurant & Cafe
  • Fitness Forever

Waktu Operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Persiaran Sepang, Cyber 11 Selangor 63000 (Google Maps Location)

DPULZE Shopping Center

Sebuah lagi pusat membeli belah bertaraf antarabangsa di Selangor. DPULZE lebih seronok dari Gem In Mall. Memang tidak akan lengkap kunjungan anda ke Cyberjaya kalau tidak singgah DPuzzle Shopping Center.

Pelbagai kedai terkemuka yang dibuka di sini tapi yang paling banyak adalah restoran baik tempatan mahupun antarabangsa.

Panggung wayang TGV juga dibina untuk memenuhi kehendak penduduk Cyberjaya. Kini mereka tidak perlu lagi memandu ke Putrajaya atau Kuala Lumpur untuk menonton wayang.

Kami sertakan beberapa premis menarik yang ada di sini:

  • TGV Cinema
  • Mr. DIY
  • U-Bowl
  • Boat Noodle
  • The Library Coffee Bar
  • Wendy’s

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor (Google Maps Location)

Shaftsbury Square

Dari jauh, Shaftsbury Square mungkin kelihatan seperti pusat membeli belah yang lain. Tetapi keseluruhan kawasan ini dipenuhi dengan pejabat, premis perniagaan, dan apartment.

Shaftsbury Square mempunyai pelbagai tarikan hiburan untuk seisi keluarga. Yang paling best di sini adalah Bonavox Karaoke. Sebuah pusat karaoke bertaraf antarabangsa tetapi pada harga yang masih mampu milik.

Hiasan dalaman pusat karaoke ini sungguh moden yang kami pasti kena dengan selera orang muda.

Alamat: 63000 Cyberjaya, Selangor

Al-Mukalla Restaurant

Pernah cuba makanan dari negara Yaman? Jika belum anda boleh datang ke Al-Mukalla Restaurant. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan dari Timur Tengah khususnya dari Yaman.

Kami pasti buat yang pertama kali nak rasa masakan ini, mesti sukar untuk membuat pesanan. Jadi tanya sahaja ada pembantu restoran.

Antara sajian popular di sini adalah Mulawwa Yemeni Bread, Briyani Chicken Mendy, Shish Tawouk, or Chicken Kabsa.

Waktu operasi: 11.30 am – 1 am

Alamat: No. 45G, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, Selangor, 63000 Cyberjaya (Google Maps Location)

Tempat menarik di Putrajaya

Jika anda mahukan lebih keseronokkan, teruskan pemanduan ke Putrajaya yang hanya mengambil masa 22 minit. Ia bukan sahaja menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Bahkan mempunyai banyak tempat menarik yang berbaloi untuk anda kunjungi bersama keluarga dan rakan. Seperti:

  • Taman Wetland Putrajaya
  • Putrajaya Challenge Park
  • Taman Botani
  • Padang Perbadanan Putrajaya
  • Dataran Putrajaya

Tempat menarik di Selangor

Sudah alang-alang anda berada di negeri Selangor ini, apa kata lawat tempat menarik di sini. Memang banyak tarikan sama ada yang berbayar mahupun yang percuma. Anda boleh pilih lokasi dari senarai di bawah, supaya kena dengan bajet dan masa percutian anda.

  • Sunway Lagoon
  • I-City Mall Shah Alam
  • Wet Water World Park Shah Alam
  • Avani Sepang Gold Coast Resort

Tempat menarik di Shah Alam

Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor dan bandar ini juga pesat membangun. Bandar ini juga digelarkan sebagai ‘Bandar Perindustrian’ berikutan ia seimbang dari penjagaan alam semula jadi dan pembangunan.

Banyak tarikan menarik di sini sehingga mampu membawa masuk pelancong saban tahun. Antaranya adalah:

  • I-City Shah Alam
  • Laman Seni 7
  • Uptown Shah Alam Seksyen 24
  • Dataran Bunga Raya
  • Shah Alam Extreme Park

Tempat menarik di Kajang waktu malam

Apa yang menarik di sini pada waktu malam. Secara jujurnya tidak banyak kecuali beberapa pusat membeli belah dan tempat makan sahaja.

  • Plaza Metro Kajang
  • Metro Point Complex
  • Cibiuk Restaurant Malaysia

Tempat menarik di Kuala Lumpur

Nah, kalau nak bercerita tentang tempat menarik di ibu negara Malaysia ini memang tidak akan pernah habis. Bandar metropolitan ini penuh dengan tarikan hiburan, tempat makan, tempat bersejarah, serta lokasi bersantai bersama keluarga.

Sama ada tempat berbayar mahupun percuma, kami pasti kedua-duanya dapat memberikan pengalaman percutian yang bermakna.

Apa yang kami boleh senaraikan di sini adalah:

  • KL Tower
  • KLCC
  • Suria KLCC
  • Taman Burung Kuala Lumpur
  • Petrosains
  • Pusat Sains Negara
  • Pavillion
  • Plaza Low Yat
  • Petaling Street (Chinatown)
  • Bukit Bintang

Sebenarnya rugi juga kalau tak terokai tempat menarik di Cyberjaya pada waktu malam. Bertuah penduduk tempat, dapat tinggal di dalam bandar indah ini. Anda ada cadangan lain selain tempat tempat yang kami sebutkan di atas? Sila tinggalkan komen di bawah.

 

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *