Tempat Menarik

Tempat Menarik di Gong Badak Terengganu

Apabila sebut sahaja Terengganu, pastinya keindahan pulau, pantai, dan keenakkan kerpok lekor bermain di fikiran. Walhal, masih banyak lagi tarikan istimewa yang ditawarkan negeri pantai timur ini. Contohnya, bandar Gong Badak. Melalui artikel ini, kami akan senaraikan beberapa tempat menarik di Gong Badak, Terengganu untuk rujukan anda kelak.

Untuk pengetahuan, Gong Badak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kuala Nerus. Tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu, iaitu cuma 24 minit perjalanan sahaja.

#1 Uptown Kontena

Uptown Kontena merupakan tarikan terkini yang ditawarkan di Gong Badak. Terletak di persisiran Pantai Tok Jembal, ia adalah tempat makan, membeli-belah, dan beristirehat untuk seisi keluarga.

Puluhan kontena berwarna warni diletakkan di tepi pantai, dan dibina pula kedai-kedai makan hipster yang berdekorasi indah. Pelbagai jenis makanan yang anda boleh cuba di sini dari masakan tempatan hinggalah Western.

Kawasan kedai makan ini dinamakan ‘Dapo Pata’ dalam dialek Terengganu atau bermaksud ‘dapur pantai’. Dapat menjamu selera di tepi pantai memang menyeronokkan.

Bukan sekadar kedai makan, malah anda juga boleh membeli belah, kerana banyak vendor pakaian dan aksesori dibuka. Car boot sales pun ada! Uptown Kontena ini adalah tempat menarik di Kuala Terengganu 2019 yang harus anda kunjungi.

Waktu operasi: 4 pm – 2 am

Alamat: PT 31964, Kg.Tok Jembal, 21000 Kuala Nerus, Terengganu

#2 CVU iPata Steamboat & Grill

Kami yakin ramai yang menggemari hidangan steamboat bukan? Pelbagai jenis makanan laut, daging kambing, dan ayam digrill sendiri di meja makan. Dihirup pula dengan kuah tomyam yang menyelerakan.

Berbeza dengan kedai steamboat lain, CVU iPata Steamboat & Grill menawarkan suasana berbeza buat pelanggan. Di sini, pelanggan menjamu selera di dalam pondok puluh kecil yang terletak di tepi pantai.

Memang menyelerakan sekiranya dapat meng-grill makanan laut segar sambil menikmati udara pantai.

Waktu operasi: 4 pm – 12 am

Alamat: 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

#3 Keropok Lekor Pozi @ Cafe

Tempat menarik di Gong Badak seterusnya adalah Keropok Lekor Pozi. Nah, makanan tradisi Terengganu ini wajib dinikmati setiap pelancong. Kedai Keropok Lekor Pozi ini cukup terkenal di sini.

Keropok lekornya segar dan anda boleh pilih di antara lekor rebus mahupun goreng. Apa yang best di sini adalah pelanggan diberi pelbagai pilihan hidangan dan bukan hanya keropok lekor sahaja.

Antaranya bebola goreng, nando’s goreng, jejari goreng cheese, ABC, dan banyak lagi.

Inilah masanya untuk anda beli keropok lekor untuk dibawa pulang.

Waktu operasi: 11 am – 11.30 pm

Alamat: Lot 18533, jalan selasih 6, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

#4 Pantai Tok Jembal

Keindahan pantai di Terengganu sememangnya menggamit jiwa. Airnya jernih dan pantainya pula memutih. Malah, pantainya yang landai membuatkan ia sesuai untuk bermandi-manda.

Sekiranya anda berada di sekitar Gong Badak, luangkanlah masa ke Pantai Tok Jembal. Cukup popular di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat berkelah pada hujung minggu.

Selain mandi pantai, anda juga boleh ke gerai yang berada di sepanjang pantai. Dapatlah anda nikmati keropok lekor, makanan laut goreng tepung, air kelapa, dan banyak lagi.

Alamat: 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Sebenarnya tidak banyak lokasi menarik di Gong Badak, mujurlah ia tidak jauh dari Kuala Terengganu. Akan kami kongsikan antara tempat menarik di Terengganu selain pulau dan pantai dalam artikel seterusnya nanti.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *