Tempat Menarik

Harga Tiket Bangi Wonderland

Hujung minggu dan cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Aktiviti riadah adalah pilihan ideal kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan yang tersayang. Kami cadangkan anda ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Nak tahu apa yang best kat sana termasuk harga tiket Bangi Wonderland? Teruskan membaca artikel ini.

Untuk pengetahuan, Bangi Wonderland Theme Park & Resort merupakan syarikat rangkaian taman tema air dan resort. Cawangan Wonderland juga dibuka di Melaka yang menjadi salah satu tempat menarik di Ayer Keroh.

Bangi Wonderland menjadi pilihan warga kota untuk menghabiskan masa sepanjang hujung minggu kerana ia penuh dengan aktiviti menarik. Tambahan pula, harga tiket masuk tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan Sunway Lagoon ataupun Legoland.

Dengan harga rendah, anda sekeluarga masih lagi boleh berseronok dengan bermandi manda di pantai buatan dan beberapa lagi tarikan menarik di kawasan seluas 12 hektar ini.

Jom lihat apa yang ada di tempat menarik di Bangi ini.

16 tarikan menarik

  • Water Human Cannon
  • The Magic Funnel
  • The Surf Rider
  • Wonder Loop
  • Pirate’s Spa
  • Pirate’s Bay
  • Meander River
  • The Pirate-themed Kid’s Adventure
  • Insane Racer
  • Anaconda Trail
  • Boomeriang
  • Body Slide
  • Spiralax
  • Green Pearl
  • The Fall
  • Typhoon River

Pelbagai jenis gelongsor

Sebut sahaja taman tema air, pasti kepelbagaian gelongsor akan muncu di fikiran. Siapa tidak suka akan gelongsor berputar dan tinggi yang hadir bersama pancuran dingin?

Di Bangi Wonderland, anda bakal merasai pelbagai jenis gelongsor iaitu:

Anaconca Trail – Gelongsor tinggi yang berbentuk seperti ular.

Body Slide – Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa, gelongsor berputar ini akan terus membawa anda dari atas ke dalam kolam.

Boomeriang – Sama seperti Anaconda Trail, cuma Boomeriang akan menghentikan pelampung anda seketika sebelum menuju ke bawah dengan laju.

Insane Racer – 6 gelongsor tinggi berwarna pelangi yang membolehkan anda seolah berlumba dengan rakan. Dengan beberapa ‘bumbs’ boleh meningkatkan lagi keterujaan anda.

Mesra kanak-kanak

Untuk mereka yang dapat bersama keluarga khususnya anak-anak kecil, usah gusar. Ini kerana Bangi Wonderland menyediakan Kids Adventure iaitu sebuah kolam renang bersaiz besar dengan air yang cetek.

Disamping itu, sebuah taman permainan dibina dengan pancuran air, gelongsor mesra kanak-kanak serta berwarna warni. Anak-anak pasti suka!

Aktiviti lain

Selain bermandi manda, Bangi Wonderland turut mengadakan beberapa aktiviti menarik buat pengunjung. Contohnya pertandingan karaoke, mewarna, dan pencarian harta karun.

Kemudahan

Bercakap soal kemudahan, Bangi Wonderland lengkap dengan fasiliti yang memudahkan pengunjung yang hadir. Ia dilengkapi tempat persalinan, tandas, locker, tempat mandi, dan surau untuk pengunjung beragama Islam.

Selain itu, sebuah cafe disediakan untuk anda menjamu selera. Cuma diingatkan bahawa pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan luar masuk. Walaupun ia cuma biskut anak-anak, ia akan dirampas.

Oh ya, locker bukan percuma ya? Anda perlu sewa locker untuk menyimpan barang-barang peribadi seperti telefon, dompet, dan sebagainya.

Harga sewa locker Bangi Wonderland

  • Small – RM10
  • Medium – RM15
  • Large -RM30

Harga tiket Bangi Wonderland

  • Kanak-kanak – RM45
  • Dewasa – RM55
  • Warga emas – RM28

Banyak promosi hebat berlangsung sepanjang tahun. Pastikan anda alert dengan sentiasa semak di laman web rasmi mereka di – https://www.bangiwonderland.com.my

Waktu operasi: 10 am – 6 pm

Alamat: No. 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Hah, sekarang anda dah tahu harga tiket Bangi Wonderland kan? Apa kata bawa keluarga anda bercuti di sana pada hujung minggu nanti. Berseronok di Bangi Wonderland pastinya akan menceriakan cuti sekolah anak-anak anda!

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *