Kuala Lumpur, Tempat Menarik

Harga Tiket Menara Kuala Lumpur

Dari jauh lagi kita sudah dapat lihat menara ini berdiri teguh di sebelah KLCC. Pada asalnya, Menara Kuala Lumpur ini merupakan menara kelekomunikasi. Namun secara perlahan-lahan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Ia menjadi tarikan ramai kerana banyak perkara best yang boleh dilakukan di sini. Contohnya Observation Deck, Sky Box, Sky Deck, Tower Lightings, dan banyak lagi. Tapi untuk merasai kesemua pengalaman ini bukan percuma. Ada harga tiket Menara KL yang perlu di bayar.

Okay, sebelum tu kami senaraikan apa yang boleh anda buat di KL Tower ni secara satu persatu kerana banyak tempat menarik sekitar menara ini. Kami akan sertakan dengan harga tiket 2018 sekali. Secara jujurnya, ia bukanlah murah. Tetapi kami yakin yang harganya sangat berbaloi dengan apa yang anda bakal nikmati.

Lebih-lebih lagi jika bawa anak-anak. Mereka pasti gembira kerana banyak aktiviti menarik yang ada dibangunkan khusus buat mereka. KL Tower ni terletak di Jalan Puncak, anda boleh rujuk Google Maps ini untuk ke sana > https://goo.gl/maps/hRzXzErAXo32

Apa yang menarik di Menara Kuala Lumpur

Observation Deck

Tidak kira pagi, petang, mahupun malam, Observation Dek yang berada di 276 meter pada paras tanah ini menawarkan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang menakjubkan. Untuk melihat bangunan yang jauh dengan lebih dekat, anda boleh menggunakan teropong yang disediakan. Ini boleh dikatakan aktiviti wajib jika anda melawat KL Tower. Opening hours dari 9 pagi hingga 10 malam, beroperasi setiap hari.

Harga tiket bermula RM40, tempah di sini https://www.klook.com/activity/2287-kl-tower-kuala-lumpur/?gclid=EAIaIQobChMI38qLsPiR2wIVkoePCh1TcQ5fEAAYASAAEgJAM_D_BwE

(CLICK For Google Map Location)

Sky Deck

Sky Deck ni macam Observation Deck, tapi secara outdoor. Lebih real, dan lebih tinggi pada 421 meter pada paras tanah.

Harga tiket bermula RM75 untuk dewasa, boleh semak di sini https://www.menarakl.com.my/etix/public/e/4/sky-deck

(CLICK For Google Map Location)

Sky Box

Nikmati tarikan terbaharu dan pengalaman mendebarkan terbaru ini di Sky Tower Sky Tower. Pada ketinggian 300 meter, cabar diri anda untuk berada di dalam kotak kaca transparent yang menjulur keluar dari Menara KL ini. Bandar raya Kuala Lumpur betul-betul berada di bawah tapak kaki anda. Perasaan gayat itu akan bertambah sebaik sahaja anda merasai angin yang bertiup kencang.

https://hype.my/2016/107827/skybox-enjoy-a-panoramic-view-from-kl-towers-new-attraction/

Sky Box KL Tower berharga RM91, anda boleh beli secara secara combo bersama Obsevation Deck. Beli di sini: https://www.klook.com/activity/2287-kl-tower-kuala-lumpur/?gclid=EAIaIQobChMI2-eUmZmR2wIVlYePCh3gPANnEAAYASAAEgJd9_D_BwE

(CLICK For Google Map Location)

Restoran Berputar

Nikmati makan tengah hari, minum petang, atau makan malam mewah di Restoran Berputar Seri Angkasa di Menara KL. Di saat anda menikmati hidangan lazat yang disediakan chef profesional, restoran akan berputar 360 darjah secara perlahan-lahan. Makan anda dapat lihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur pada ketinggian 421 meter secara menyeluruh.

Restoran berputar Menara Kuala Lumpur ni paling popular sejak ia dibuka kepada umum.

Untuk membuat tempahan, boleh layari http://atmosphere360.com.my/

(CLICK For Google Map Location)

Mini Zoo

Rakam gambar kenang-kenangan bersama pelbagai haiwan eksotik di Mini Zoo. Tempat yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan keluarga.

Harga tiket bermula pada RM27, dan anda boleh menempahnya di sini https://www.klook.com/activity/6854-kl-tower-mini-zoo-kuala-lumpur/?gclid=EAIaIQobChMIrPGi_p6R2wIV0YRwCh3JYQTVEAAYASAAEgLWXvD_BwE

(CLICK For Google Map Location)

Upside Down House

Salah satu tarikan terkini di Menara KL ialah Upside Down House. Malaysia sendiri tidak mahu ketinggalan dalam membina rumah di mana lantai di atas kepala, bumbung pula di kaki. Tetapi inilah yang menjadi keunikan Upside Down House ini. Mesti seronok dapat merakam gambar kenang-kenangan di sini.

Harga tiket bermula RM5.30, layari laman rasmi untuk menempah https://www.upsidedownhouse.com.my/ticket-prices-and-packages/

(CLICK For Google Map Location)

Blue Coral Aquarium

Satu lagi tempat menarik sekitar Menara KL adalah Blue Coral Aquarium. Akuarium ini mempamerkan pelbagai spesis seperti Spotted Cardinalfish, Fire Clownfish, Percula Clownfish, Skunk Clownfish, Baby White Tip Reef Sharks, Carpet Anemones, Sand Anemones, dan banyak lagi.

Harga tiket bermula RM35, boleh tempah di sini https://myfave.com/kuala-lumpur/blue-coral-aquarium-kl-tower-menara-kuala-lumpur-admission-for-5-people-31583?utm_source=Google&utm_medium=cpc&utm_campaign=SEM-Deals-Activity-Featured-KL-EN-(New)&gclid=EAIaIQobChMIn7Ov9aaR2wIVFoePCh0L2QdeEAAYASAAEgIqmPD_BwE

(CLICK For Google Map Location)

KL Forest Eco-Park

Hutan Simpan Bukit Nenas bukan sahaja destinasi pelancongan popular tetapi bertujuan untuk memelihara kehijauan hutan di tengah-tengah kota raya. Jika berkesempatan berjalan-jalan di KL Tower, singgahlah ke KL Forest Eco-Park dan cuba berjalan di atas Walk Canopy mengelilingi  hutan hujan tropika yang subur ini.

https://www.lonelyplanet.com/malaysia/kuala-lumpur/attractions/kl-forest-eco-park/a/poi-sig/390653/356949

Buat masa sekarang, masuk adalah percuma.

(CLICK for Google Map Location)

Semoga artikel harga tikel Menara KL ini dapat membantu anda merancang percutian ke Kuala Lumpur. Dengan banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, kami di Team Travel yakin anda akan berpuas hati dan akan menyimpan memori melawat menara ikon ini sampai bila-bila.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *