Hotel

Hotel Murah di Kuantan, Pahang

Untuk hotel yang murah anda boleh memilih Kosma Business Hotel atau pun hotel di belakangnnya The Pavillion, atau pun hotel Mariton Inn.

Kenapa Kosma Business Hotel?

Sebab krew kami sendiri pernah berada di sana, dan berpuas hati akan tahap servis yang diberikan.

Harganya juga lebih kurang RM 100 untuk satu malam. Ada kelengkapan breakfast dan

tempahan makanan sebab disediakan café khas untuk pelanggan. Internet WIFI nya juga laju di bilik yang kami bermalam.

Untuk tempat parking pula, Kosma Hotel memang dibina di kawasan parking yang banyak. Satu hari nanti, mungkin anda kena berhati hati atau perlu melengkapkan parking tiket.

Tapi semasa kami menginap di sana, masih lagi tidak perlu ( awal tahun 2018 ).

Kedudukan Hotel Kosma juga strategik kerana betul betul berada di tengah tengah bandaraya Kuantan. Bermakna, untuk perjalanan ke shopping complete utama seperti East Cost Mall, mungkin boleh jalan kaki sahaja. Tapi kalau untuk ke Berjaya Megamall, mungkin ada yang lebih selesa dengan berkenderaan.

The Pavillion Hotel, hotel ini kedudukannya berada di belakang Kosma Hotel, tapi masih lagi dalam kawasan business centre yang sama. Harganya lebih kurang Kosma Hotel juga, dalam lingkungan RM100.

Mariton Inn

Hotel ini adalah antara yang bakal menjadi pilihan hotel bajet utama di Kuant

an. Krew kami masih lagi belum menjejakkan kaki kesana, tapi InsyaAllah, suatu hari nanti.

Kenapa kami memuji Mariton Inn? Kerana seni bina moden dan kemudahan restaurantnya. Juga kemudahan parking yang ada untuk pengunjung.

Berikut adalah 3 pilihan utama kami.

Seterusnya adalah antara hotel lain yang mungkin menjadi pilihan anda.

Seasons View Hotel

The V Hotel

Classic Hotel

Atau pun anda boleh terus beralih ke senarai hotel kami yang utama di Kuantan

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *