Seperti yang saya kongsikan percutian ke bangi beberapa hari lepas.
Akhirnya saya pun dah sampai ke Tenera Hotel, dan masa artikel ini ditulis, saya dah masuk hari ke 2 menginap di sini.
Overal, saya rasa ok lah kot. Nak kata tak best sangat pun tak boleh juga, sebab hotel 4 or 5 bintang memang service akan jadi tip top. Tambah lagi dari segi layanan staff, daripada staff yang mengemas bilik, staff masa breakfast, staff receptionist, alhamdullillah semua ok dan mesra.
Hotel pun diorang kemas dengan cepat. Risau juga takut takut kalau hilang pula laptop ni. Sebab saya lupa nak kemas dan simpan.
Hotel ni wife saya book 3 hari. Melalui Agoda, lebih kurang dalam RM 209.
Banding dengan kalau walk in, charge satu malam boleh jadi RM 250. Latest saya tengok Agoda letak harga sampai RM 164
Berikut adalah beberapa perkara yang saya boleh kata downside untuk hotel ini.
1. kedai makan jauh
Sebenarnya, hotel ini memang ada restaurant khas betul betul berhadapan dengan main lobby, iaitu Selasih Garden Seafood. Makanan yang disajikan adalah seperti masakan thai. Mungkin juga ada western. Anda mungkin boleh sahaja makan di restaurant ini, tapi untuk saya sendiri, saya lebih selesa untuk menginap di kawasan kedai makan yang banyak seperti bandar baru bangi.
Tapi itu lah, kalau nginap di hotel bajet sana, confirm bising. parking pun akan jadi masalah. Safety pun boleh memakan diri juga. Banding dengan hotel ini, ada parking khas.
Keadaan pun tak berapa bising. Mula mula saya ingatkan suasana akan kalut sikit, sebab hotel ni betul betul berada di kawasan industri. Tapi tak la jem mana, dan lagi pun, kebanyakan bilik berada di tingkat 5 dan ke atas. Bermaksud, bila sudah berada di tingkat 5 ke atas, apa bunyi di bawah memang tak berapa dengar sangat bising nya.
2. breakfast banyak review OK
tapi saya tak rasa terlampau marvelous sangat pun. Saya rasa breakfast di Hotel Uniten jauh lebih baik. Tapi mungkin cita rasa saya lain. Sepanjang dua hari saya di sini, esok insyaAllah hari terakhir. Hari pertama breaskfast kami antara sajian utamanya nasi lemak ( tak rasa apa apa pun ), dan hari kedua nasi goreng kampung ( hah yang ni OK ).
apa apa pun, masih lagi tak boleh lawan breakfast di Kosma Hotel di Kuantan, atau pun lagi satu hotel di Flemington Taiping. Flemington hotel ni pun sahaja breakfast yang puas hati. view pagi hotel nya pun cantik. Menenangkan, sebab betul betul berhadapan dengan tasek.
Apa apa pun, mungkin lidah saya sahaja yang berbeza. apa apa, masih lagi OK, tak ada la sampai tak boleh nak makan macam makanan di RnR Titiwangsa sana, yang rasa nya punya lah teruk. Makan sebab nak hilangkan ngantuk sahaja.
3. siaran televisyen terganggu
Malam pertama saya disini, memang tak langsung nak tengok tv pun. Tapi suka pula saya kalau biar sahaja TV ni buka. Nak tulis review punya pasal kan. Mula mula, memang TV ni siaran nya terganggu. ada problem. Tapi lepas ngadu dengan staff receptionist. Anda hanya perlukan tekan button analog sahaja di remote. Lepas tu insyaAllah ok.
Tapi saya nak tulis juga sebagai salah satu masalah saya di sini, untuk highlight pada anda andai kata berlaku hal yang sama.
4. Speed internet?
untuk bilik sekarang, saya tinggal di tingkat 9. dan speed internet boleh kata OK sahaja. Tak da lah laju sangat, tapi untuk normal user boleh kata tiada masalah. Cuma saya juga ada perasan akan internet ni yang kadang kadang tak connected. Ibarat tak stabil, kalau guna henset. Laptop tiada masalah.
Apa Point Yang Saya Suka?
Tak adil lah kalau semata mata tak OK sahaja kan. Penat pula Felda belanja untuk hotel ni berjuta juta tapi semata mata untuk dikutuk saya. Oh ya, Tenera memang berada di bawah Felda. Tak pasti lah saya macam mana, tapi mungkin seperti juga syarikat syarikat besar yang lain yang ada buat business selain daripada yang keutamannya. Alah macam Hong Leong Bank, ada juga bahagian yang mengusahakan syarikat Taset Cement di Tasik kan.
baiklah, point pertama
1. saya suka hotel yang berlantaikan karpet
kalau anda perasan, kebanyakan hotel memang akan gunakan karpet untuk serap bunyi. Tambah lagi di bahagian pedesterian. Dan untuk kes hotel ni sampai ke bilik. Jarang hotel bajet pakai lantai karpet ni. Kecuali Jewel Hotel di Kota Bharu.
Tolong jangan tumpahkan minuman ya, sebab saya baru sahaja tertumpah kan teh panas malam tadi.
2. tandas luas
Banding dengan hotel lain, kalau anda perasan, kebanyakan design bilik akan sama sahaja antara bilik dan dinding yang lain. Tapi hotel ni, ada bahagian ke hadapan sikit dan pintu masuk nya agak kebelakang sikit. Sebenarnya, ruang yang kehadapan sikit tu adalah tambahan keluasan untuk ruang mandi di tandas.
So daripada terbuang sahaja kawasan itu kosong sebagai lalu lalang sahaja, elok juga kalau ubah sikit design untuk besarkan tandas kan.
Lagipun, bila ruang pintu kita nak masuk bilik ni agak tersembunyi ke dalam, rasa lebih privasi sikit untuk kita masuk bilik berbanding dengan permukaan bilik dan dinding yang sama level.
3. ruang bilik pun agak luas juga
Nak cakap sempit sangat pun tak juga. Boleh lah. Tak de lah bengkok badan ni nak sujud bila nak solat. Nak berjemaah pun muat lagi.
4. friendly dan responsible staff
Di awal awal lagi tadi saya dah puji staff yang terbaik kan. Untuk pengetahuan anda juga, bilik saya yang dah pun dikemas ni, lepas wife bagi tahu di receptionist. Dan lepas diorang kemas dengan cepat nya. Selang berapa lama masa tu ada pula supervisor yang datang check juga tau.
Kira ok lah, nampak lah mereka ni tengah monitor apa yang dijanjikan oleh receptionist.
Sekian.
Apa apa pun terpulang. Saya tak ada lah nak kata hotel tenera ni tak berapa OK. Sebab ia masih lagi bergantung kepada cara kita tu macam mana. Perangai anak anak kita tu macam mana. Apa yang kita nak buat tu macam mana.
Contoh, kalau yang perempuan memang nak menggosok tiap pagi. Setiap bilik di Hotel Tenera dah dilengkapi dengan iron dan iron board. Banding dengan hotel bajet nak kena bagi tahu staff pula. Ataupun anda terpaksa menggosok di luar.
Parking pun tak perlu risau. Breakfast pun tak perlu kalut nak cari. Terpulang, ikut cara masing masing.
5. Update – mesra muslim
baru saya perasan yang swimming pool hotel ni ada yang indoor untuk gegurl