Perak, Tempat Menarik

8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!

Bercuti di Ipoh dan tertanya-tanya kat mana tempat menarik di Ipoh di waktu malam yang happening? Kami ada jawapannya.

Secara jujurnya tak banyak tempat best waktu malam. Cuba ada beberapa lokasi yang santai dan berbaloi untuk anda dan keluarga.

Jom kita lihat beberapa lokasi menarik untuk lepak pada waktu malam di Ipoh.

Preview – tempat makan best dan hotel bajet di Ipoh

Jika bertandang ke Ipoh, rugi kalau tidak teroka bandar ini dengan sepenuhnya. Sebagai ibu negeri bandar Ipoh sangat aktif bergemerlapan pada waktu malam. Ada beberapa tarikan yang lebih menarik jika dikunjungi di malam hari.

Gerbang Malam

Kalau di Kuala Lumpur ada Petaling Street atau Chinatown, di Ipoh pula membeli belah di bazar larut malam Gerbang Malam. Pelbagai barangan yang boleh didapati di sini seperti pakaian, aksesori, alat makeup murah, dan banyak lagi.

Kesemuanya dijual pada harga murah. Jika anda ke sini, jangan lupa tawar menawar harga ya? Mana tahu dapat beli dengan harga lebih rendah. Menariknya deretan gerai di pasar malam ini sepanjang hampir 1 km.

Tempat: Gerbang Malam

Lokasi: Google Map

Kinta Riverwalk

Boleh dikatakan sebagai tempat menarik di Ipoh 2018, Kinta River Front sering menjadi tumpuan orang ramai pada waktu malam.

  • Lampu LED berwarna-warni
  • View sungai
  • Restoran
  • Permainan seperti ride & roller blade
Tempat: Kinta Riverwalk

Lokasi: Google Map

Bulatan Sultan Azlan Shah

Dahulunya dikenali sebagai Bulatan Amanjaya. Kini menjadi tarikan terbaharu di Ipoh sejak ia mula dibuka kepada orang ramai untuk aktiviti malam yang sihat.

Cukup indah di waktu malam dengan cahaya lampu. Kawasan luas dan banyak permainan.

  • Go-kart
  • Skuter
  • Taman permainan
  • Gerai makanan
Tempat: Bulatan Amanjaya

Lokasi: Google Map

Mat Periuk Cafe

Mencari cafe sesuai untuk lepak? Anda boleh ke Mat Periuk Cafe di Kampung Tersusun Tasek. Sesuai untuk golongan muda kerana ia boleh dikelaskan sebagai tempat hipster di Ipoh.

  • Dimiliki oleh Chef Kamarul
  • Masakan panas & western
  • Harga berpatutan
Tempat: Mat Periuk Cafe

Lokasi: Google Map

Pasar Malam Ipoh

Nak lokasi happening untuk santai dan membeli-belah, kami sarankan anda berkunjung ke Ipoh Night Market di Jalan Sultan Azlan Shah Utara.

  • Bersih & tersusun
  • Banyak gerai makanan & kudapan
  • Ruang makan disediakan.
  • Turut menjual pakaian & aksesori menarik
Tempat: Ipoh Night Market

Lokasi: Google Map

Waktu operasi: Setiap hari, 4 pm – 1 am

Miker Food

Kalau anda mencari tempat makan menarik di Ipoh, kami cadangkan anda ke Miker Food di Lot 10 Riverwalk Kinta Riverfront. Cukup happening! Dekorasi restoran ini sudah cukup untuk mengajak anda makan bersama keluarga dan rakan.

Banyak gerai dengan aneka pilihan makanan.

  • Ala thai, masakan panas, western.
  • Kopi premium
  • Dessert & pastries

Suasana restoran ini memang best. Terbuka dan banyak spot cantik untuk anda bergambar.

Baca: 60 Tempat Family Day di Perak

Tempat: Miker Food

Lokasi: Google Map

Ipoh Hainan Chicken Rice

Tempat menarik di Ipoh waktu malam seterusnya adalah di restoran Ipoh Hainan Chicken Rice. Restoran ini cukup popular dikalangan warga tempatan dan mendapat jolokan ‘best chicken rise in town’.

  • Portion besar
  • Ayam lembut & berperisa
  • Pilihan lauk seperti ayam lemon, daging gajus, ikan masam manis
  • Masakan panas seperti kueh tiaw chinese style
  • Tau fu fa sebagai pencuci mulut
Tempat: Ipoh Hainan Chicken Rice

Lokasi: Google Map

Plan B Restaurant

Terletak di Jalan Panglima, Plan B Cafe menjadi cafe menarik di Ipoh buat penggemar kopi, dessert, pastries, dan western food.

  • Bertemakan industrial
  • Merupakan tempat menarik di Ipoh untuk OOTD
  • Masakan western, nasi lemak, mee kari, nasi dagang
  • Kopi premium

Di luar cafe, terdapat beberapa gerai menjual cenderamata, kraftangan, dan perhiasan.

Tidak hairanlah jika ia mendapat rating yang amat baik di Google Review.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Lokasi: Google Maps

Concubine Lane

Lorong sempit ini mengekalkan senibina lama. Menjadi tumpuan tidak kira masa kerana banyak kgerai makanan dan kraftangan.

Waktu malam, lorong Concubine Lane ini diterangi cahaya lampu. Cukup happening, ditambah dengan dekorasi klasik dan moden. Patutlah ramai jadikan lokasi ni sebagai port healing Ipoh waktu malam.

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Maps

Luminous Forest

Luminous Forest ini merupakan sebahagian daripada Lost World of Tambun. Terokai dunia hutan yang dihiasi dengan lampu indah.

Tempat yang sempurna untuk jalan-jalan malam sambil tangkap gambar Instagram-worthy.

  • Bridge of Luminosa
  • The Malayana Family
  • Lights of Aiyanna
Waktu operasi: 8 pm – 10 pm

Harga tiket: RM70 termasuk tiket Lost Word | Tempah di – KLOOK

 

Tempat Menarik di LUMUT

D’Mara Bazar Lumut

Sepertinya bazar ini memang dibina khas buat pelancong. Terletak berdekatan Lumut Waterfront, D’Mara Bazar Lumut merupakan bangunan yang menempatkan beberapa buah gerai. Ia menjual segala macam jenis barangan seperti kraftangan, cenderamata, kerepek, kedai makan, dan lain-lain.

Memang wajib singgah ke D’Mara Bazar Lumut kalau anda ingin membeli buah tangah serta kudapan. Tak susah nak cari bazar ini, dari jauh lagi anda boleh nampak bangunannya yang berwarna merah.

Tempat: D’Mara Bazar Lumut

Lokasi: Google Map

Tempat menarik di KUALA KANGSAR

Muzium Arkeologi Lenggong

Seperti yang pernah kita pelajari di zaman persekolahan, Kuala Kangsar menyimpan 1001 bentuk sejarah penting negara ini. Salah satu tempat yang anda boleh lawati adalah Muzium Arkeologi Lenggong.

Galeri ini menempatkan pelbagai artifak semulajadi yang ditemui di sekitar Perak. Di sini anda boleh lihat item-item asli seperti alat-alat batu, rangka ‘Perak Man’ dan lukisan dalam gua.

Kami pasti anak-anak akan teruja dengan infografik tentang sejarah Paleolitik negara ini.

Tempat: Muzium Arkeologi Lenggong

Lokasi: Google Map

Harga masuk: Percuma

Tempat menarik di Taiping

Zoo Taiping

Zoo Taiping terletak di Taman Tasik Semulajadi, menambahkan keistimewaan zoo ini. Dengan keluasan 36 ekar, Zoo ini menempat bermacam jenis haiwan untuk tatapan pengunjung.

Mereka juga menjadikan zoo ini sebagai tempat pembiakan haiwan liar seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, dna banyak lagi.

Zoo ini terbahagi kepada dua iaitu kawasan biasa yang dibuka pada siang hari dan Night Safari. Untuk Night safari pengunjung berpeluang melihat haiwan-haiwan nocturnal iaitu haiwan yang hanya aktif pada waktu malam.

Tempat: Zoo Taiping

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM16 | Kanak kanak RM8

 

Tempat menarik di GOPENG

Gua Tempurung

Terdapat empat jenis Tour yang disediakan. Setiap tour memilikiki keistimewaannya yang tersendiri. Ada yang hanya berjalan melihat pembentukkan gua batu kapur ini, anda juga yang mencabar sehingga baju boleh basah lencun.

4 jenis tour yang ditawarkan iaitu:

  1. Golden Flowstone – RM6
  2. Top of The World – RM9
  3. Top of The World and Short River Adventure – RM11
  4. Grand Tour – RM22

Setiap tour ada keistimewaannya yang tersendiri, boleh disertai oleh kanak-kanak dan warga emas. Layari http://www.ipoh-city.com/attraction/Gua_Tempurung/ untuk maklumat lanjut.

Tempat: Gua Tempurung

Lokasi: Google Map

FAQs

Tempat menarik di Ipoh waktu pagi?

  • Kellie’s Castle
  • Pasar Karat Ipoh
  • Platform 9 1/2 Cafe

Pastikan and tidak melepaskan peluang untuk ke tempat-tempat menarik di Ipoh pada waktu malam. Janganlah lepak di dalam bilik hotel sahaja. Rugi kalau tidak merasai sendiri suasana malam di Ipoh.

One Reply to 8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *