Janda Baik

26 Tempat Menarik di Janda Baik 2024| Banyak Aktiviti & Mendamaikan!

Siapa tidak kenal dengan tempat peranginan Janda Baik yang terletak di negeri Pahang ini. Janda Baik merupakan perkampungan yang mendamaikan kerana terletak di kaki bukit. Oleh itu kami nak kongsikan beberapa tempat menarik di Janda Baik yang boleh and tuju weekend ini!

Artikel ini meliputi:

  • Aktiviti menarik untuk family day
  • Tempat makan best di Janda Baik
  • Chalet tepi sungai
  • Tempat mandi (air terjun atau sungai)

Suhunya tidak sejuk seperti Genting Highlands & Cameron Highlands. Tetapi suasana kampung dengan bunyi desiran anak sungai serta angin yang bertiup mengusik rimbunan pohon itulah yang menjadi nilai tambah Janda Baik.

Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Janda Baik

Bagi yang tinggal di kota raya, mereka lebih memilih untuk bercuti di lokasi yang tenang dan mendamaikan. Ini adalah satu cara untuk mereka lupakan seketika beban kerja di pejabat dan meluangkan masa dengan yang tersayang.

Kebanyakan tempat menarik di Janda Baik ini bergantung kepada penginapan dan chalet. Ini kerana setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada yang mempunyai kolam renang, ada yang dekat dengan sungai, malah resort mewah turut tersedia untuk anda.

Jom lihat senarai tempat menarik di Janda Baik.

Happy Paradise

Dah lama teringin nak menunggang kuda? Hah, anda telah pilih resort yang tepat. Happy Paradise menyediakan pelbagai aktivit outdoor menarik.

Baca: Air Terjun di Janda Baik

Pelbagai jenis penginapan disediakan dari chalet superior hinggalah chalet jenis hut dan tapak perkhemahan. Tidak lupa untuk mereka yang nak buat family day, bilik besar yang boleh memuatkan hingga 6 dewasa pun ada.

Sarapan disediakan.

Aktiviti di Happy Paradise

  • Mandi di kolam renang, mandi sungai
  • Snooker, trampolin
  • Menunggang kuda, Taman permainan
  • Jungle trekking
  • Mini Zoo
Harga: dari RM180 | Tempah DI SINI

Lokasi: Google Maps

ēRYA by SURIA Janda Baik

Sebuah penginapan yang cukup popular di Janda Baik. Resort besar, selesa, dan serba lengkap dengan kemudahan. Bahkan resort ini dikelilingi kebun buah yang mendamaikan.

Ideal kalau anda datang pada musim buah. Tidak jauh dari anak sungai, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda.

Ini merupakan lokasi terbaik buat mereka dari KL untuk beristirehat di pusat peranginan yang selesa dan serba lengkap dengan kemudahan serta aktiviti.

Resort ini turut menyediakan restoran dan sarapan percuma.

Aktiviti:

  • Mandi sungai, karaoke
  • ATV, jungle trekking
  • BBQ
Harga bilik: dari RM178 | Tempah DI SINI

Lokasi: Google Maps

Cherengin Hills Convention & Spa Resort

Terletak di tengah-tengah kehijauan Bentong, Cherangin Hills Convention & Spa Resort menawarkan percutian yang selesa untuk anda sekeluarga. Malah, pilihan tepat untuk adakan team building, kursus, kem motivasi, atau seminar.

Anda boleh jalan-jalan di sekitar taman resort yang menawan, dan boleh ke air terjun berdekatan.

Cuma 50km dari Kuala Lumpur.

Kemudahan:

  • Kolam renang, spa, ping pong,
  • Restoran, dewan, BBQ
Harga bilik: dari RM177 | Tempah DI SINI

Lokasi: Google Maps

Danau Daun Chalets

Hidden gem di Janda Baik, port terbaik untuk golongan muda nak chill dan healing! Cuma 45 km sahaja dari Kuala Lumpur.

Penginapan selesa, private sebab jarak dengan chalets lain agak jauh. Paling best ada private pool. Chalet dikelilingi pohon menghijau. Redup dan mendamaikan.

Baca: 17 Resort dan Chalet Janda Baik yang Ada Swimming Pool

Terdapat 3 jenis chalet untuk anda pilih. Kesemuanya berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Aktiviti:

  • Mandi kolam, mandi sungai
  • BBQ
  • Jungle trekking
Harga: dari RM240 | Hubungi:

Lokasi: Google Maps

Ruang Janda Baik

Ruang Janda Baik benar-benar memberikan anda ‘ruang’ untuk bersama keluarga dan rakan di sini.

Menggunakan slogan “There’s no wifi here, pretend it’s the 90s”. Tanpa internet dan gajet, tetamu akan memberikan sepenuh perhatian dan masa bersama yang tersayang.

Dikelilingi suasana yang mendamaikan, kemudahan dan dekorasi resort yang menawan, serta pelbagai aktiviti indoor dan outdoor tersedia untuk anda pada hujung minggu ini. Ada restoran tau.

Aktiviti:

  • Mandi sungai, memancing
  • BBQ, berkelah, jungle trekking
  • ATV
Hubungi: 019-2196409

Lokasi: Google Maps

Bidaisari Resort

Buat warga kota, anda tidak perlu travel jauh-jauh untuk menikmati percutian sempurna. Cuma 50 minit pemanduan anda dah boleh bercuti dengan tenang ni Bidaisari Resort.

Ada 6 bilik selesa, pilih ikut bajet anda. Semua best, bersih dan lengkap dengan kemudahan. Siap dengan swimming pool, dan private pool untuk bilik bungalow.

Aktiviti:

  • Mandi kolam, sungai
  • ATV, menunggang kuda
  • Lawat ladang buah tin
Harga bilik: dari RM377 / Termasuk sarapan  | Tempah DI SINI

Lokasi: Google Maps

Suria Hill Country House

Suria Hill Country House ni nampak dan bunyinya seperti penginapan eksklusif. Tapi harganya masih mampu inap iaitu bermula dari RM160 sahaja. Ia merupakan kawasan persendirian yang mempunyai kebun buah buahan di dalamnya. Bertuah kalau dapat bercuti di sini sewaktu musim durian dan manggis!

  • Mandi sungai, dekat dengan air terjun
  • BBQ, berkelah
  • Bilik selesa dengan tv satelit, wifi
Harga bilik – dari RM160

Lokasi: Google Maps

Chalet Mama Papa

Terletak betul-betul di tepi sungai, membuatkan ramai pelancong memilih untuk menginap di sini. Murah, dan bilik luas dan sesuai kalau anda nak adakan family day. Tambahan pula tak susah nak cari chalet ni, cuma 150 meter sahaja dari jalan utama.

Jom tengok apa yang ditawarkan oleh Chalet Mama Papa

Kemudahan:

  • Sarapan percuma, katering, BBQ
  • Dewan makan terbuka
  • Bilik bersih, lengkap dengan tuala dan pendingin hawa
  • Kebun

Aktiviti:

  • Mandi sungai, berkelah
  • ATV
Hubungi: 019-368 8594

Lokasi: Google Maps

Air terjun di Janda Baik

Kami dah cerita panjang lebar tentang lokasi di artikel Air terjun di Janda Baik. Tetapi kami akan senaraikan juga secara ringkas tentang keistimewaan air terjun berdekatan Janda Baik untuk rujukan anda.

  1. Chemperoh Waterfall
  2. Tanjung Pulau Santap
  3. Lepoh Waterfall
  4. Chamang Waterfall Bentong
  5. Air Terjun Sungai Chiling
  6. Dua Karak River Waterfall
  7. Lata Hammer Waterfall
  8. Ulu Tampik Waterfall
Chemperoh Waterfall

Kawasan air terjun ini kecil sahaja, tetapi popular kerana senang untuk di akses. Tidak perlu hiking atau melalui denai sukar, malah mesra kanak-kanak.

  • Cuma Waze “Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU)”.
  • Rujuk papan tanda “Nuang” berhadapan dengan tempat letak kereta ILMU.
Lokasi: Google Maps
Tanjung Pulau Santap

Kawasan air terjun ini lebih terurus dan proper untuk anda bawa anak kecil. Anak sungai cetek, banyak gazebo untuk pengunjung berkelah. Memang best, cuma agak crowded pada hujung minggu.

Tetapi masih berbaloi kerana kawasannya amat luas.

  • ATV
  • Gerai makanan
  • Tandas & bilik persalinan
Lokasi: Google Maps
Lepoh Waterfall

Gambar: https://meowtainpeople.com

Untuk ke Air Terjun Lepoh, anda perlu hiking sekitar 2 jam. Jalan masuk tidak jauh dari Asli Adventure Camp. Masuk percuma, cuma perlu bayar parking RM3 untuk kereta dan RM1 untuk motorsikal.

Laluan hiking tidak terlalu sukar tetapi berliku dan agak jauh. Air Terjun Lepoh ini memang hot spot kaki hiking sebab kawasan luas untuk berkelah, BBQ, dan berkhemah.

Lokasi: Google Maps
Chamang Waterfall Bentong

Tidak kurang hebatnya, kerana ia merupakan sebahagian daripada hutan lipur yang terpelihara dengan keindahan flora dan fauna.

Keunikan hutan lipur ini ialah air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini. Kawasan luas dan boleh tampung pengunjung yang ramai.

  • Jambatan gantung, gazebo, tempat letak kenderaan
  • Berkhemah, berkelah
Lokasi: Google Maps
Air Terjun Sungai Chiling

Terletak sekitar 2 jam pemanduan dari Janda Baik, tetapi kami selitkan juga dalam senarai ini. Hal ini kerana ia dikatakan sebagai air terjun tercantik di Selangor.

Sungai Chilling terletak di laluan perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser.

Tidak berliku kerana laluan landai je. Cuma sekitar 2 jam berjalan.

  • Tiket masuk RM1
  • Perlu catat rekod kemasukan untuk tujuan keselamatan sekiranya terkandas
Karak Dua River Waterfall

Boleh tahan juga rating air terjun ini di laman Google. Kawasan bersih dan dijaga dengan baik. Tempat untuk pasang khemah juga agak luas. Lengkap dengan tandas.

  • Tiket masuk RM5 Dewasa RM1 Kanak-kanak.
Lokasi: Google Maps
Lata Hammer Waterfall

Juga dikenali sebagai Air Terjun Sungai Perting. Hidden gem, cuma 45 minit dari tempat letak kereta. Agak terkenal di kalangan kaki hiking kerana perjalanan ke kawasan air terjun agak mencabar tetapi berbaloi kerana view di sini memang cantik.

Kawasan air terjun ini berbentuk kolam dan tidak berbatu, tetapi berpasir seperti pantai.

Ulu Tampik Waterfall Janda Baik

Paling dekat dengan Janda Baik iaitu cuma 12 minit pemanduan sahaja. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan pelancong.

Ambil masa 1 jam perjalanan dari pintu masuk. Laluan ke air terjun tidak terlalu mencabar, tetapi jalan sempit dan banyak pacat. Masih sesuai untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai papan tanda berinformasi tentang tumbuhan di sepanjang perjalanan.

Lokasi: Google Maps

Tempat makan menarik di Janda Baik

Seterusnya kami kongsikan juga beberapa port makan sedap di Janda Baik. Sebab kebanyakan chalet tak sediakan katering atau restoran. Jadi anda perlu cari restoran berdekatan untuk isi perut.

Warung Janda Baik

Warung ini hanya di bukan pada hujung minggu sahaja, dan memang fokus kepada pelancong. Menu utama di sini adalah lempeng tau! Aneka jenis lempeng seperti lempeng pisang, kelapa, durian, sambal, dan lain-lain. Cuba juga nasi lemak, ayam penyet,, roti bakar, ubi kayu, dan serawa durian.

Vibe restoran ini memang best ya, dipenuhi dengan dekorasi antik dan barang lama membuatkan anda terkenang akan zaman kanak-kanak.

Kopi Ladang Restaurant

Good food, great coffee, and a very nice view. Memang dibuka khas buat pelancong yang mendambakan makanan enak pada percutian mereka. Ada kopi premium, roti bakar, nasi lemak, nasi kerabu, lontong, dan banyak lagi. Harga pun surprisingly murah!

Highly recommended. Rating di laman Google pun tinggi tau.

Rumah Makan Riverside

Juga dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, Rumah Makan Riverside menyajikan nasi lemak, dan roti bakar pada waktu pagi. Manakala patin tempoyak, ikan bakar, daging salai, dan ulam-ulaman pada waktu tengah hari.

Apa yang membuatkan restoran ini menjadi perhatian adalah kerana ia terletak di tepi sungai. Sambil menjamu selera, pelanggan boleh dengar deruan air sungai dan burung berkicauan.

Kafe Nusantara Daun

Kafe ini dikelilingi oleh kebun buah-buahan dan suasana kedai ini tenang serta selesa. Juada popular di sini adala nasi buluh iaitu nasi putih yang dimasak di dalam buluh dan dimakan bersama ayam penyet atau ikan keli goreng.

Menu lain yang boleh anda rasa adalah masakan panas, sup tulang, dan hidangan western.

Yang menjadi perhatian adalah menu set yang hadir bersama minuman. Cuma RM15 – 16 untuk satu set. Jimat!

Pinto Coffee+

Sekiranya anda inginkan cafe hipster untuk menikmati kopi premium dan dessert enak, kami cadangkan anda ke Pinto Coffee+ yang cuma 3.7 km dari Sugeh Resort.

Senibina restoran ini cukup indah! Konsep terbuka agar pelanggan dapat menikmati suasana tanah tinggi yang istimewa ini.

Dari segi menu, hidangan western sentiasa menjadi pilihan selain nasi lemak dan mee goreng. Cuba juga pastries dan kopi panas di sini.

Kesimpulan

Sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota. Lagipun, ia hanya mengambil masa sekitar 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur. Jadi, datanglah ke Janda Baik pada hujung minggu ini!

Diharap artikel tempat menarik di Janda Baik ini bermanfaat untuk anda jadikan rujukan sekiranya ingin bercuti kelak. Sekiranya anda ada cadangan lokasi lain, usah segan untuk berkongsi dengan kami dan pembaca di ruangan komen di bawah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *