Seronok juga kalau bangun pagi terus boleh dengar bunyi gemercik sungai dan hirup udara segar? 🌿 Sounds like a perfect weekend kan? Anda boleh menikmati keseronokkan ini kalau menginap di chalet tepi sungai di Janda Baik.
Lagi best apabila chalet-chalet ini turut menawarkan penginapan selesa, pemandangan cantik, mandi sungai, banyyak aktiviti outdoor, dan suhu yang agak dingin.
Sebab anda perlu pilih chalet tepi sungai di Janda baik
Ada beratus penginapan menarik di Janda Baik yang anda boleh pilih. Tapi kenapa chalet tepi sungai adalah pilihan terbaik?
Here’s why…
1. Janda Baik dekat dengan Kuala Lumpur
Warga KL dan Selangor yang nak cari penginapan dalam desa tidak perlu travel jauh-jauh. Janda Baik mampu menyempurnakan percutian anda.
Janda Baik cuma sekitar 40 minit pemanduan sahaja dari KL.

2. Suasana yang mendamaikan
Tidak dinafikan lagi tentang keindahan lokasi ini. Terletak di atas bukit, cuaca dingin dan redup, bunyi gemercik sungai dan air terjun berdekatan memberikan ketenangan yang sukar digambarkan.
3. Harga yang berpatutan
Tak dinafikan di Janda Baik memang banyak chalet tepi sungai yang murah. Harga bajet, tapi masih boleh menikmati percutian menyeronokkan. Ada juga chalet mewah, we’ll get to that later.
4. Banyak aktiviti outdoor yang menarik
Mandi sungai, berkelah, BBQ, memancing, berkhemah, atau sekadar hirup kopi sambil menikmati udara segar pun dah cukup menggembirakan.
Bagaimana kami pilih?
- Bajet yang sesuai – Banyak pilihan penginapan di Janda Baik ini. Kami senaraikan kedua-dua dari harga bajet & chalet mewah untuk anda.
- Betul-betul tepi sungai – Kami pilih chalet betul-betul tepi sungai yang senang di akses.
- Kemudahan yang ditawarkan – Chalet-chalet ini menawarkan segala macam fasiliti seperti kolam renang, bilik yang selesa, BBQ, pondok rehat & sebagainya.
- Ulasan pelanggan – Kami turut meneliti review pelanggan untuk pastikan semua chalet ini tawarkan kualiti memuaskan.
Rekomendasi chalet tepi sungai di Janda Baik |
As-Sudais Cabin Janda Baik |
Pintu bilik menghadap anak sungai. Air cetek, bersih dan sejuk. Chalet ini tidak fancy atau moden. Tetapi cukup lengkap, selesa dan bersih. Sesuai untuk anda dan keluarga berehat hujung minggu ini.
Kemudahan:
- Aircond, air pancuran mandi.
- BBQ pit
- Pelampung
Ex-Rangers @ Janda Baik Chalet |
Kawasan chalet Ex-Rangers ini agak luas juga. Sesuai kalau anda berkeluarga besar nak buat family day atau konvoi. Banyak jenis bilik. Paling cantik adalah jenis cottage dengan berandar yang menghadap sungai.
Makanan tidak disediakan kerana chalet ini dekat sahaja dengan kedai makan.
Aktiviti:
- Memancing
- Mandi sungai, berkelah
- BBQ
Inap Desa Chalet |
Salah satu Janda Baik chalet tepi sungai yang popular. Mesra bajet, banyak aktiviti & pilihan bilik, serta kemudahan yang baik. Pada kami, Inap Desa adalah pilihan terbaik untuk yang berbajet sederhana.
Kemudahan:
- Kolam renang kanak-kanak
- Kolam memancing
- Dapur yang serba lengkap
- BBQ pit
- Surau
Aktiviti:
- Memancing di kolam yang disediakan
- Mandi sungai & kolam renang
Riverside Janda Baik |
Chalet Riverside Janda Baik ini memang cantik ya! Nak camping tepi sungai, makan di berandar sambil tengok anak-anak main air dan makan masakan kampung di restoran popular mereka iaitu Rumah Makan Riverside.
FYI, selain penginapan chalet mereka juga sediakan servis lokasi berkelah. Dengan harga RM40 anda boleh berkelah di Riveriside Janda Baik dari pagi hingga 6 petang.
Bilik chalet pula terbaik. Selesa dan bersih.
Kemudahan:
- Pendingin hawa
- Tapak perkhemahan, basikal, pelampung, BBQ pit
- Gazebo
- Restoran
Aktiviti:
- Mandi sungai
- Berkelah
- Sukaneka, berbasikal
Ä“RYA by SURIA Janda Baik |
Bunyinya seperti penginapan eksklusif, tetapi harganya masih mampu inap. Sesuai untuk yang datang berdua mahupun keluarga besar.
Penginapan ini terletak di dalam kebun buah-buahan. Seronoknya kalau dapat pergi musim buah kan?
Anak sungai terletak tidak jauh dari bilik. Perlu jalan kaki ke sana.
Kemudahan:
- Restoran
- Dewan makan
- Karaoke
- Wifi
Teratak Malaya |
Chalet tepi sungai di Janda Baik seterusnya adalah Teratak Malaya. 18 buah chalet pelbagai size yang diperbuat daripada bulu. Ia selesa, sejuk, terutama pada waktu pagi.
Bonus tambahan kerana Teratak Malaya merupakan salah satu chalet / resort Janda Baik yang ada swimming pool.
Chalet ini buat anda rasa seperti pulang ke kampung halaman.
Kemudahan:
- Kolam renang
- Dapur yang lengkap
- Tasik buatan untuk memancing & bersantai
Aktiviti:
- Family day
- BBQ
- Mandi sungai & kolam
- Sukaneka
Harga bilik: dari RM150 semalam
Hawa Resort Janda Baik |
Hawa Resort menjadi pilihan mereka yang nak buat family day, seminar atau team building. Lokasi yang baik untuk relaks, kerana persekitarannya yang mendamaikan.
Ada anak sungai di sebelahnya menjadikan lokasi ini even more attractive.
Banyak pilihan bilik termasuk bilik keluarga dan asrama.
Kemudahan:
- Dapur
- Dewan makan
- Gelanggan badminton
Aktiviti:
- Mandi sungai
- Rentas halangan
- Sukaneka
- Jungle trekking
Harga: dari RM180 (2 hari 1 malam, termasuk 6 hidangan makanan & BBQ)
Saujana Janda Baik |
Saujana Janda Baik ini pun tidak kurang hebatnya. Chalet cantik, terletak di tepi sungai yang airnya mengalir terus ke kolam renang untuk mandi-manda.
Terdapat beberapa buah bilih untuk dua orang, keluarga besar, dan yang mampu memuatkan hinga 20 orang.
Kemudahan:
- Dapur, dewan makan
- BBQ
Aktiviti:
- Mandi sungai
- Sukaneka
- Jungle trekking
KZ @ JB Homestay Janda Baik |
Lebih memilih untuk menginap di homestay? Pilih sahaja KZ @ Jb Homestay Janda Baik. Banyak aktiviti yang mereka tawarkan tau.
Bilik pula selesa, lebih-lebih lagi yang berkeluarga besar. Anda boleh berkelah di tepi sungai sambil bakar ayam.
Aktiviti:
- Mandi sungai & kolam renang
- ATV
- Karaoke
 Ena’s Place |
Menginap di Ena’s Place membuatkan ada rasa seperti tinggal di rumah sendiri. Kerana ia serba lengkap dan bersih.
Mereka menyediakan 4 jenis bilik. Anda boleh pilih mengikut keperluan dan bajet.
Tidak jauh dari chalet, terdapat anak sungai untuk anda dan keluarga berkelah dan mandi-manda.
Tidak banyak aktiviti, tetapi mendapat review positif keranan ia lengkap untuk percutian yang menenangkan.
Hubungi: 019-298 9818
Serene Resort & Training Centre
|
Resort ini agak terkenal dan ramai memilihnya untuk adakan team building dan family. Gabungan tradisional dan modem membangkitkan mood santai. Lebih-lebih lagi dalam kehijauan Janda Baik.
Kemudahan:
- Dewan, bilik yang pelbagai,
- Kolam renang
Aktiviti:
- Jungle trekking
- Mandi kolam
- Rentas halangan
Fifty 4 Ferns Resort |
Untuk percutian mendamaikan tapi dalam masa sama anda suka adventure dan hiking, boleh ke Fifty4Ferns Resort.
Pemandangan sebaik sahaja keluar dari bilik memang memukau.
Nampak mewah tetapi masih mampu inap. Kami yakin anda akan berpuas hati dengan percutian di resort hebat ini.
Kemudahan:
- Kolam renang
- Outdoor jakuzi
Aktiviti:
- Berkayak, memancing di tasik
- BBQ, mand sungai dan kolam renang
- ATV
- Pet farm
Dawn Haven Private Resort |
Lokasi terakhir dalam senarai chalet tepi sungai di Janda Baik adalah Dawn Haven. Cukup indah, intim, moden dengan sentuhan tradisonal.
Kalau anda ada bajet lebih, kami syorkan menginap di sini.
Cuma 30 minit dari KL. Makanan disediakan.
Hubungi: 011-3262 1111
Tips bercuti di Janda Baik
- Bawa makanan sendiri – Banyak tempat makan menarik di Janda Baik, tetapi untuk lebih jimat, ramai yang bawa makanan sendiri malah memasak di chalet. Banyak chalet yang sediakan yang dapur yang lengkap.
- Buat tempahan awal – Musim perayaan, cuti sekolah dan musim panas sekitar April hingga Julai selalunya fully booked. Tempah awal terutamanya hujung minggu.
- Elak bercuti pada musim hujan – Negeri Pantai Timur menerima hujan yang kerap pada hujung tahun. Kawan berbukit seperti di Janda Baik, Bentong ini berisiko untuk mengalami tanah runtuh.
Semoga senarai chalet tepi sungai di Janda Baik ini dapat memberikan informasi berguna untuk anda rancang percutian hujung minggu. Ada lokasi lain yang kami tak tahu? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah, dan follow kami di Facebook TeamTravel.
17 Replies to 13 Chalet Tepi Sungai di Janda Baik untuk Family Getaway
percutian pd hujung mongg
boleh share contact number?
Sila hntar sebutharga yg detail untuk kami satu group @ 12 family. Saya bercadang di chalet serene Resort
Blh share number
Percutian
bulan disember
iya. berapa orang tu
Macam best.. nk bercuti untuk 25 org.. contact number boleh dpt kt mane ye.. agak susah nk tekan link dri dlm list
tak susah tuan. yang tu lagi mudah, kalau kami letak semua butiran dalam page ni, akan jadi lambat loading. sekrang ni baru 16 listing. kalau dah berpuluh puluh listing akan jadi slow. untuk contact semua, saya dah masukkan kat bahagian listing setiap tempat tu.
kami ada linkkan ke facebook atau website, atau airbnb mereka. atau pun, kalau pergi ke direction untuk tengok location. lepas klik google map pun ada juga link ke website mereka.
Saya berminat ,tapi bleh booking online tak mcm best je tepi sungai
boleh. pergi kat website depa cik Azura.
Menarik! Keluarga kami sedang merancang percutian keluarga merangkap family day. Terima kasih atas idea. Tiba2 rasa jadi masalah sebab tak tau nak pilih resort yg mana. Huhuhu..!
Itu la cik, list ni macam ada problem sebab pembaca tak boleh nak filter supaya lebih mudah untuk decide pergi mana satu. InsyaAllah saya akan cuba siapkan secepat mungkin. Sekarang data dah siap, cuma nak sediakan summary setiap penginapan sahaja.
salam cik nur, kami dah buat perbaharuan untuk artikel ni. untuk sementara ni 16 tempat dahulu ya. nanti lagi 2 3 hari insyaAllah siap yang totalnya
Contact number dekat mane ye
19 Tempat Percutian Menarik di Johor [WAJIB PERGI]
14 Tempat Menarik di Bukit Tinggi | TERKINI 2024
8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!
Tempat Menarik di Taiping