Langkawi

Kereta Kabel Langkawi

Kereta Kabel Langkawi merupakan salah satu tarikan yang tidak harus anda lepaskan sekiranya bercuti di pulau permata negeri Kedah ini. Terletak di Gunung Mat Chincang, kereta kable ini membawa pelancong terus ke puncak gunung untuk melihat pemandangan yang indah.

Klook.com

Kami pasti, mereka yang yang sedang merancang percutian ke Langkawi pasti akan menyelitkan lawatan untuk menaiki kereta kable ini. Percayalah, anda sekeluarga pasti tidak akan menyesal. Ini kerana sesampainya di puncak, anda bakal disajikan dengan panorama indah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Oleh itu, TeamTravel Malaysia ini berkongsi tentang beberapa maklumat dan informasi yang perlu anda tahu tentang kereta kabel Langkawi atau turut dikenali dengan gelaran Langkawi SkyCab.

Cara ke Langkawi SkyCab

Langkawi SkyCab ini berada di Oriental Village iaitu kaki Gunung Mat Chincang. Jika anda dari bandar Kuah, jaraknya 28 km dan memakan masa 38 minit pemanduan.

Sekiranya anda menginap di Pantai Cenang, jarak untuk ke Oriental Village ini memakan masa 27 minit pemanduan sahaja.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan Grab atau menyewa kereta sahaja. Banyak syarikat yang menyediakan khidmat sewa kereta Langkawi. Untuk lebih detail, kami kongsikan dalam artikel akan datang.

Dari jauh lagi anda boleh lihat lihat gondola ini di udara. Sungguh mengujakan.

Oriental Village

Nah, anda jangan sangka hanya kereta kabel sahaja tarikan yang ada di sini. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Oriental Village ini.

Kalau nak tahu, SkyCab Station ini ibarat tama tema mini kerana terdapat banyak aktiviti dan tarikan menarik yang menanti anda sekeluarga. Antaranya:

  • SkyDome
  • SkyRex
  • SkyGlide
  • SkyBistro
  • SkyTrail
  • SkyBoutique
  • SkyAdventurePark
  • SkyPos
  • 6D Cinemotion
  • 3D Art Langkawi
  • Time Travel

Banyak bukan? Tarikan yang paling digemari pengunjung adalah SkyDome Langkawi, 3D Art, dan SkyBistro. SkyBistro agak menarik, ia adalah sebuah kafe yang memiliki pemandangan indah. Oleh kerana pelangcong tidak dibenarkan membawa makanan ketika menaiki kereta kabel, maka ramailah yang menjamu selera di sini.

Landskap Oriental Village juga menarik. Puluhan buah kedai dan restoran menghadap sebuah tasik buatan.

Harga tiket cable car Langkawi 2019

NORMAL COMBO: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

Dewasa RM40 | Kanak-kanak RM30

EXPRESS LANE COMBO: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

Dewasa RM90 | Kanak-kanak RM80

GLASS BOTTOM GONDOLA: Kereta Kabel Tapak Kaca + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

Dewasa RM105 | Kanak-kanak RM105

PRIVATE GONDOLA: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

RM550 (untuk 6 orang)

VIP GONDOLA: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

RM550 (untuk 6 orang)

Anda boleh rujuk http://www.panoramalangkawi.com/buy-ticket/ untuk maklumat lanjut berkenaan harga tiket.

Kereta Kabel Langkawi (SkyCab)

Kalau nak tahu, kereta kabel ini mempunyai TIGA hentian menarik iaitu Base Station, Middle Station, dan Top Station. Base Station adalah ditempat anda membeli tiket.

Sebaik menaiki gondola ini anda akan dihidangkan dengan pemandangan menarik. Bukit bukau yang menghijau pastinya menenangkan hati sesiapa sahaja. Setiap gondola mempunyai 6 tempat duduk sahaja.

Oleh kerana SkyCab ini bertaraf antarabangsa, gondola ini bergerak lancar tanpa sebarang bunyi dan tidak bergoyang.

Middle Base

Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Anda boleh berhenti rehat di sini, berselfie, merakam gambar kenangan bersama keluarga, dan melihat pemandangan yang cantik.

Ketinggian atau Langkawi cable car height di Middle base ini berketinggian 650 meter dari aras laut. Patutlah ramai yang gayat. Kalau anda perasan, suhu di sini juga agak sejuk. Tapi tidaklah sesejuk Genting Highland.

Top Base

Kemudian, anda boleh teruskan perjalanan menaiki gondola untuk ke puncak Gunung Mat Chincang atau Top Base sejauh 450 meter lagi. Ramai yang teruja kerana di puncaklah terletaknya Langkawi SkyBridge.

Langkawi SkyBridge

Keindahan SkyBridge ini memang tiada bandingannya. Ia merupakan sebuah titian gantung yang menyambungkan dua puncak gunung. Apa yang membuatkan ia terkenal kerana jambatan ini melengkung dan hanya berpaut pada beberapa tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan.

Terdapat satu kawasan menarik yang menjadi tarikan orang ramai iaitu lantai kaca lutsinar. Berdiri di atas lantai kaca ini membuatkan anda seolah terapung.

Senibina jambatan ini sekaligus membuatkan pelancong terpegun akan kebijaksanaan arkitek.

Dari atas SkyBridge anda boleh lihat pemandangan sekitar Gunung Mat Chincang yang menghijau dan gugusan pulau sekitar Langkawi.

Serious, memang tak rugi kalau nak kereta kabel Langkawi. Pengalaman dan pemandangan dari puncak memang priceless. Padanlah ia menjadi salah satu tarikan pelancongan utama Langkawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *