Langkawi

Kereta Sewa Langkawi

Melancong ke Langkawi pasti bakal merakam memori indah bersama keluarga dan rakan. Ini kerana pulau permata negeri menyimpan 1001 tarikan menarik untuk pelancong. Memandangkan Langkawi merupakan sebuah pulau, ramai yang memilih untuk ke sana menaiki feri. Agak sukar untuk anda melawat ke tempat menarik sekiranya tidak mempunyai pengangkutan. Langkah untuk mencari kereta sewa Langkawi adalah pilihan yang ideal.

Ada yang memilih untuk menaiki feri dan menaiki kapal terbang, bahkan ada juga yang bawa kereta ke Langkawi. Setibanya anda ke sana pengangkutan adalah perkara pertama yang perlu di ambil kira.

Lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang ramai. Menaiki teksi dan Grab agak mahal. Sewa kereta lebih praktikal bukan?

Bukan apa, banyak tempat menarik di Langkawi yang harus anda terokai. Rugilah kalau ke sini tetapi tidak berpeluang untuk melihat tarikan pelancongan yang ada.

Untuk itu, kami kongsikan informasi tentang kereta sewa Langkawi yang patut anda tahu.

Syarikat kereta sewa Langkawi

Wahdah

Wahdah merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa yang well-established. Berpengkalan di Melaka, Wahdah turut menawarkan perkhidmatan ini di 6 enam buah negeri termasuklah Langkawi.

Anda boleh semak jenis kereta berserta dengan harga di laman web mereka yang mesra pengunjung.

Bukan sahaja kereta, bahkan mereka turut menyediakan perkhidmatan limousine. Manalah tahu anda sedang merancang event mewah atau kejutan buat si dia.

Terdapat beberapa promosi menarik yang sedang berjalan.

Laman web: https://www.wahdah.my/

Nombor telefon: 016 273 4594

Langkawi JT Travel & Tours

Nah, Langkawi JT Travel & Tours merupakan sebuah agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pemandu pelancong, pakej pelancongan, serta kereta sewa di Langkawi.

Percutian anda di Langkawi boleh dikatakan akan lengkap kerana Langkawi JT menyediakan segala yang anda perlukan untuk sebuah percutian di pulau indah ini.

Untuk perkhidmatan kereta sewa, mereka menawarkan harga kereta sewa Langkawi 2019 termurah iaitu serendah RM70 sehari, bergantung kepada jenis kereta.

Sudah kami katakan yang Langkawi JT ini menawarkan perkhidmatan yang bagus. Mereka menyediakan beberapa pakej menarik yang merangkumi sebuah kereta + homestay + islang hopping.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan apa yang bakal anda nikmati.

Laman web: http://langkawijttraveltours.blogspot.com

Nombor telefon: 012- 477 7579

FH Success Management

Juga antara syarikat kereta sewa murah Langkawi 2019. Dipercayai, kereta dalam keadaan baik, dan servis memuaskan.

Hubungi nombor di bawah jika berminat. Dan, jangan lupa beritahu kod ‘CARLANGKAWI’ untuk mendapatkan diskaun.

Nombor telefon: 013- 747 8059

Harga kereta sewa Langkawi 2019

Dari segi harga, mengikut research yang kami lakukan adalah sama sahaja. Maklumlah, harga market sekarang. Cuma sesetengah syarikat mengadakan promosi dan potongan harga.

Anda boleh rujuk info di bawah untuk mengetahui harga kereta sewa mengikut jenis kereta.

Axia (4 pax)   

Normal: RM 70 | Peak season: RM 100

Myvi (4 pax)  

Normal RM 70 | Peak: RM 100

Vios (5 pax) 

Normal: RM 80 | Peak: RM 120

Honda City

Normal: RM 80 | Peak: RM 120

Nissan Sentra

Normal: RM 80 | Peak: RM 120

Nissan Latio

Normal: RM 80 | Peak: RM 120

Nissan Almera

Normal: RM 90 | Peak: RM 130

Nissan Grand Livina

Normal: RM 100 | Peak: RM 180

Toyota Rush

Normal: RM 100 | Peak: RM 180

Nissan Serena

Normal: RM 120 | Peak: RM 250

Banyak lagilah jenis kereta yang ditawarkan oleh syarikat kereta sewa di Langkawi. SUV seperti HRV, atau MPV sepert Exora sering menjadi piihan backpackers dan mereka yang mempunyai keluarga besar.

Tips sewa kereta di Langkawi

Pilih kereta yang bersesuaian

Perkara utama yang harus difikirkan adalah kereta yang bersesuaian dengan bajet dan kapasiti. Jika mempunyai ahli keluarga ramai dan anda bercuti dalam kumpulan, pilihlah MPV. Jika tidak, kereta sedan atau Myvi sudah memadai.

Pastikan syarikat sewaan berdaftar

Untuk mengelak ditipu atau sebarang masalah yang memeningkan kepala, anda disaran selidik syarikat sewaan. Pastikan mereka adalah syarikat yang berdaftar dan sah. Banyak kes berlaku di mana kereta sewa dicuri dan anda perlu membayar ganti rugi. Walhal ia cuma muslihat mereka untuk mencari keuntungan.

Buat tempahan awal

Syarikat sewa kereta di Langkawi memang banyak. Namun anda harus mengambil langkah dnegan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kereta pilihan habis ditempah.

Terutamanya pada musim cuti sekolah, permintaan sangat tinggi.

Bandingkan harga dengan syarikat lain

Pengguna yang bijak haruslah mencari harga terbaik. Semak sama ada syarikat tersebut menyediakan pakej pelancongan berserta dnegan pemandu pelancong atau island hopping.

Tanya caj lain sekiranya ada

Caj tersembunyi seperti servis penghantaran dan penalti sekiranya lewat memulangkan kereta.

Kalau dah bercuti ke Langkawi memang tidak sah kalau tak borong coklat. Kalau ada kereta lebih senang nak angkut barang bukan? Semoga artikel kereta sewa Langkawi ini dapat membantu anda dalam merancang bajet pengangkutan anda di sana kelak. Selamat bercuti!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!