Tempat Menarik

Kolam Air Panas di Perak

Kolam air panas menjadi tarikan orang ramai pada setiap hujung minggu. Selain dipercayai mempunyai khasiat dalam menyembuhkan penyakit kulit, melegakan sakit otot dan sendi, kolam air panas semula jadi juga sesuai dijadikan tempat riadah untuk seisi keluarga. Banyak lokasi sebegini yang boleh anda temui di Malaysia. Malah, terdapat 7 kolam air panas di Perak. Dan ke tujuh-tujuh kolam ini mempunyai dari tarikannya yang tersendiri.

Kami akan senaraikannya dalam artikel ini berserta dengan lokasinya sekali sekali.

#1 Hot Springs Ulu Slim

Kebanyakkan pungunjung gemar meletakkan telur mentah di dalam kolam. Merebusnya sambil merendamkan kaki, kemudian menikmati telur rebus bersama rakan-rakan.

Suhu kolam air panas di sini menecah 104 darjah celcius, menyebabkan kawasan ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda.

Kawasan Hot Springs Ulu Slim ini terperlihara di bawah jagaan Majlis Daerah Tanjung Malim. Banyak kemudahan asas seperti tempat persalinan, tandas awam, gerai menjual snek, dan laluan pejalan kaki disediakan.

Alamat: 35800 Slim River, Perak (Google Maps Location)

#2 Hot Springs Sungai Klah, Sungkai

Pernah dengar tentang Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah, Sungkai, Perak? Kalau nak tahu, ini merupakan kolam air panas terbaik di Malaysia. Anda pasti kagum akan kemudahan rekreasi yang ada di sini.

Dibina pada 2003 dengan kos berjumlah RM6 juta, Hotsprings Sungai Klah mempunyai kolam yang cukup luas. Gelongsor juga disediakan untuk kanak-kanak.

Harga tiket kolam air panas Sungkai:

  • Dewasa (13 tahun ke atas) – RM15
  • Kanak-kanak (4-12 tahun ke atas) – RM12
  • Warga emas (55 tahun ke atas) RM8

Disebabkan kolam air panas ini sangat luas, terdapat penginapan menarik di bina iaitu Felda Residence Hot Springs Sungai Klah. Kolam renang air panas di sini menjadu tumpuan utama pengunjung. Apatahlah landskapnya yang mempersonakan iaitu berlatar belakangkang Banjaran Titiwangsa

Harga hotel di Sungkai Hot Springs di kelaskan sebagai mampu inap iaitu sekitar RM178 satu malam.

Alamat: 35600 Sungkai, Perak (Google Maps Location)

#3 Kolam Air Panas Lubuk Timah

Menariknya di sini adalah anda boleh berendam dalam kolam air panas dan juga mandi di air terjun. Bahkan terdapat beberapa buah kolam pelbagai saiz buat pengunjung.

Kolam Air Panas Lubuk Timah ini merupakan salah satu destinasi percutian popular di Perak. Salah tu faktornya adalah ia terletak di Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands.

Lokasi ini sangat sempurna untuk dijadikan tempat beriadah seisi keluar kerana terdapat sungai, air terjun, kolam air panas, dan kolam biasa. Tidak cukup dengan itu pengunjung juga boleh menunggang kuda di sini.

Harga tiket:

Dewasa: RM5 | Kanak-kanak: RM3

Waktu operasi: 8 am – 6.30 pm

Alamat: 31300 Ipoh, Perak (Google Maps Location)

#4 Trong Hot Spring

Kolam air panas ini lebih kepada pusat perubatan berbanding tempat rekreasi. Ia wujud kira-kira 100 tahun lalu, kemudian di bangun secara kecil-kecilan oleh Kolam Air Panas Perubatan, Batu 9, Jalan Trong (TAPP).

Kandungan sulfur yang tinggi menyebabkan kolam air ini mengandungi mineral yang tinggi. Mungkin kerana itulah kolam air panas sering dikunjungi mereka yang lenguh sendi dan mempunyai masalah kulit.

Terdapat 3 buah kolam berbeza termasuklah jakuzi. Kalau anda nak berubat dengan cara lebih ‘proper’, datanglah ke sini.

No.Tel: 05-855 3990

Alamat: 34800 Changkat Jering, Perak (Google Maps Location)

#5 Kolam Air Panas Pengkalan Hulu

Terdapat penginapan jenis chalet di sini. Bolehlah anda sekeluarga bermalam dengan harga yang cukup rendah sambil bermandi manda di kolam air panas yang di sediakan.

Chalet di sini kami kelaskan sebagai chalet murah di Perak. Tidak fancy, tetapi bersih dan cukup dengan kemudahan asas.

Alamat: Jalan Betong, 33100 Pengkalan Hulu, Negeri Perak (Google Maps Location)

#6 Kolam Air Panas Kuala Woh

Terletak di jalan lama dari Tapah ke Cameron Highlands, ia sebenarnya sebuah hutan lipur di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Selain berendam dalam kolam air panas, pengunjung juga boleh menikmati kedinginan air terjun di sini.

Oleh kerana ia merupakan hitan lipur, makan anda boleh menikmati pemandangan hutan yang menghijau. Sangat tenang dan bersih. Tambahan pula, ia mempunyai banyak fasiliti untuk pengunjung.

Alamat: Pejabat Daerah & Tanah, 35000 Tapah, Negeri Perak (Google Maps Location)

#7 Kolam Air Panas Ara Panjang

Tidak ramai yang mengetahui kewujudan kolam air panas ini. Ia sering dikunjungi orang ramai suatu ketika dahulu. Namun selepas terbiar dan dipenuhi semak samun, orang pengunjung mula menjauhi kolam air panas ini.

Alamat: Kampong Ara Panjang 33800 Manong Perak (Google Maps Location)

Jika anda merancang untuk ‘berubat’ ataupun bermandi-manda bersama keluarga di kolam air panas di Perak, bolehlah pergi ke salah satu lokasi yang kami senaraikan di atas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *