Hotel

24 Hotel Di Kuala Terengganu Yang Ada Swimming Pool

Asalnya artikel ini hanya kongsikan 7 sahaja hotel yang ada swimming pool pada tahun 2019. Tapi selepas 3 tahun kami hasilkan artikel, dan hasil daripada response survey dari artikel Chalet di Terengganu ini. Kita update artikel ini kepada 24 buah penginapan yang ada swimming pool di Kuala Terengganu yang anda boleh pilih.

24 pilihan penginapan yang kami review ini juga, bukan hanya hotel sahaja, tapi kami juga akan masukkan mana yang resort, chalet mahupun homestay. Dan sebenarnya, ada lagi 3 atau 4 lagi penginapan yang ada kolam renang di Kuala Terengganu, tapi kami decide hanya masukkan ini sahaja.

Dan kalau ada rasa, mana mana tempat lain yang layak untuk kami masukkan dalam senarai ini, boleh kongsikan ruangan komen sahaja.

Anjung Pantai Seberang

Chalet ada kolam renang di Terengganu yang seterusnya adalah Anjung Pantai Seberang yang terletak di Kuala Terengganu. Saiz kolam renangnya tidaklah besar, tetapi mampu untuk memberikan keseronokkan kepada anda sekeluarga.

Unik chaletnya juga luas, selesa, dan bersih. Malah, lengkap dengan penghawa dingin, peti sejuk, tv setelit, dan pembancuh kopi.

Biarpun tidak mempunyai restoran, banyak tempat makan best di Seberang takir yang boleh anda cuba seperti Kedai Makan Wak Sabil dan Air Buah Gelas Besar.

Lokasinya yang strategik juga membolehkan anda melawat tempat menarik di Terengganu seperti Pasar Payang, Kampung Losong, Taman Tamadun Islam, dan banyak lagi.

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Batu Buruk Beach Resort

Pantai yang paling popular di Terengganu kerana terletak betul-betul di tengah bandar. Menjadi tempat rekreasi dan kawasan orang awam bersantai. Ini kerana banyak sekali tarikan yang ada di kawasan ini. Seperti menunggang kuda, bermain layang-layang, kereta kuda, ATV, keretapi mini, dan banyak lagi.

Kalau anda ingin menginap di kawasan ini, kami cadangkan Batu Burok Beach Resort yang terletak cuma 500 meter dari pantai.

Dengan penginapan yang selesa dan dapat berenang di kolam renang gergasi, kami yakin percutian anda pasti akan sempurna.

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Kuala Terengganu Golf Resort

Untuk yang berminat nak bermain golf dan dalam masa yang sama penginapan ada swimming pool boleh cuba mengina di sini. Bilik paling murah ialah RM 180 sahaja. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

The Nook

Sangat sesuai untuk percutian family yang ramai. Kalau nak sewa satu atau dua bilik hotel memang banyak juga costnya. Tapi kalau menginap di The Nook ini RM 832 untuk 5 bilik. Setiap 5 bilik ada aircond. 

Dan sudah pasti ada swimming pool. Villa ini juga tak jauh dari masjid, hanya 1.9km sahaja. 

Kedudukan The Nook ini juga macam berada di tengah tengah kampung, jadi anda pun dapat merasai suasana kampung orang tempatan juga. Kebanyakan pengunjung juga puas hati dengan kebersihan dan kekemasan jagaan rapi bila menginap disini. 

Ada banyak lagi gambar gambar dan video di facebook anda boleh tengok. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Waldan Homestay

Untuk percutian family size sederhana boleh cuba di Waldan Homestay, pool pun tidak begitu besar. Tapi yang mudahnya sebab kita duduk di homestay, jadi lebih mudah untuk anda keluar masuk kalau malas nak menggunakan hotel yang mungkin kadang tu perlu naik turun lif. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Villapadu

Villapadu ini macam ada 3 cawangan. Iaitu Villa padu Desa yang khas untuk suasana kampung, dan memang kedudukannya di kawasan perkampungan Kampung Seberang Bauh.  

Lgi dua, Villapadu Kota dan juga Villapadu Bayu yang terletak di kawasan extrace khas ke pantai Kuala Terengganu ( private beach ).  

Baru sahaja beroperasi dalam tahun 2021. 

So anda boleh pilih, nak menginap di suasana tepian pantai, dalam kawasan kampung atau di tengah kota. Untuk kami nampak macam di tepi pantai Villapadu Bayu lagi menarik, tapi Villapadu Bayu tiada private pool. 

Sebab untuk Villapadu Kota dan Desa memang ada swimming pool outdoor dan swimming pool private untuk anda. Rata rata 3 penginapan ini bermula pada harga RM 1433 untuk satu malam ke RM 5000.

Villapadu Desa

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Villapadu Kota

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Villapadu Bayu

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Razna Chalet

So kita dah review hotel yang ada swimming pool, villa ada swimming pool, homestay pun yang ada swimming pool. Tiba turn chalet pula kot kot ada. 

Dan memang ada pun, iaitu di Razna Chalet Seberang Takir. Tapi macam tak berapa sesuai untuk bapak bapak yang berendam sebab pool ini sesuai untuk kanak kanak sahaja. 

Mungkin bising sikit kalau dah ramai ramai, sebab bukannya family kita saja yang duk main ayaq. Tapi kalau untuk cari kedai makan memang mudah area sini sebab tepi pantai. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Duyong Marina & Resort

Duyong Marina ini memang resort yang cantik. Di blog kami teamtravel ini pun dah berkongsi dalam 3 atau 4 artikel juga. Sebab memang tempat ni cantik. Kami sertakan bebarapa gambar best untuk anda tengok sendiri tanpa perlu kita share lagi.  

Sebab memang sudah ada 3 atau 4 artikel juga dalam blog ni. 

Harga penginapan bermula pada RM 216, termasuk sekali dengan charge breakfast. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Shafickza Guesthouse

Konsep Shafickza Guesthouse yang sudah nak disebut ini macam The Nook. Malahan, memang Shafiq Guesthouse ini satu kampung dan satu lorong juga dekat sangat dengan The Nook. So kalau family anda terlebih besar, mungkin boleh tempah sekali yang ini, pun ada pool juga. 

Kalau di The Nook ada 5 bilik tidur, 5 toilet. Tapi disini kurang sikit, 3 bilik tidur, 4 bilik air. 

Harga kurang sikit dari The Nook yang dalam RM 800 lebih, tapi disini RM 500, dengan kapasiti penuh pengunjung seramai 10 orang, sama juga macam The Nook, maximum 10 orang juga. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Gading Chalet

Ya, pool yang disini baru sesuai untuk bapak bapak. Kalau di Razna Chalet mungkin lebih sesuai untuk kanak kanak sahaja. Tapi disini lebih luas sikit. 

Ada kemudahan seperti indoor games, balcony, aircond.. 

Untuk standard room yang ada dua single bed, RM 150 sahaja, Kalau family room yang ada 1 single bed dan 1 queen bed pun baru RM 170 sahaja. 

Kesemua chalet memang menghadap atau mengelilingi swimming pool. Kalau semua chalet ni yang menginapnya family kita memang seronok ni. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Terengganu Equestrian Resort

Seperti namanya sendiri, memang resort ini tarikan utamanya ialah menunggang kuda. Tapi selain itu ada juga aktiviti yang lain seperti indoor boling, badminton, memanah, naik kereta kuda juga. 

Bilik meeting pun ada, makna kata kalau nak buat seminar atau team gathering sesuai juga disini. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Hana Homestay Bajet

Hana Homestay ni lebih kurang macam Waldan Homestay yang kami sudah kongsikan di atas tadi. Saiz pool pun lebih kurang sama. Cuma harga dan lokasi sahaja berbeza. 

Kuala Terengganu ini luas ya, jadi kalau anda memang berniat nak bercuti di tepian pantai, memang lebih berat kepada Waldan Homestay sebagai pilihan yang lebih baik. Tapi kalau dah macam belah dalam sikit nak ke Marang. 

Mugkin Hana Homestay ini lebih sesuai. 

Apa apa pun, pastikan anda semak dahulu semua link google map yang kami sertakan sekali pada setiap penginapan yang kami kongsikan. 

Takut takut tersalah lokasi. Begitu juga dengan link booking.com dan juga agoda. Minta double check juga dengan link yang kami kongsikan, takut tersalah tempat.  

Sebab ada ja penginapan ni yang jenis ada beberapa cawangan yang lain. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Permai Hotel

Permai Hotel tiga star ini memang terletak di tengah tengah kawasan tumpuan Kuala Terengganu. Bajet bilik pun tak tinggi mana, dalam RM 140 sahaja. 

Antara pilihan mudah kalau anda malas fikir dah nak pilih yang mana satu. Asal ada swimming pool, harga pun cantik, breakfast pun ready.  

Kalau saya sendiri, yang mungkin bergerak dengan family kecil sendiri, memang ini pilihan utama. Tapi kalau datang bercuti ramai, 2 atau 3 keluarga. Mungkin kena pilih tempat yang lebih sesuai untuk buat aktiviti bersama. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Grand Continental Kuala Terengganu

Grand Continental ini adalah four star hotel. So sudah pasti service, kemudahan dan mungkin harganya lebih sikit dari Permai Hotel yang hanya 3 bintang. Kalau kedudukan bukan satu masalah untuk anda pilih Grand Continental mungkin boleh cuba terus hotel for star ini. 

Sebab harganya lebih kurang sahaja, starting price RM 150 untuk satu malam. 

Sebab Grand Continental berada di tengah pekan Kuala Terengganu, kawasan utama. Kalau Permai pula lebih berada di belah bawah Kuala Terengganu. Tapi kedua dua hotel ini pun tak jauh mana, dalam 3 kilometer sahaja. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Paya Bunga Hotel

Paya Bunga Hotel ini antara hotel best seller di Kuala Terengganu. Kalau Grand Continental menghadap Laut China Selatan, atau pantai, atau tepi pekan. Paya Bunga Hotel ini pula di sebelah kiri map, menghadap Pulau Duyong, di tengah tengah pekan.  

Tambah pula hotel ini dibelakang terminal bas sahaja. Ibarat anda turun tangga terminal bas, naik tangga Hotel Paya Bunga pula. Hotel Paya Bunga ini juga attach sekali dengan Paya Bunga Mall dan UTC. 

So mungkin akan crowded sikit. Tapi hotel ni jadi bestseller bukan sebab kedudukan sahaja, tapi juga sebab binaan dan kekemasannya.  

Ini juga four star hotel dengan starting price RM 150 untuk satu malam. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Grand Puteri Hotel

Seterusnya Grand Puteri Hotel, kalau Paya Bunga Hotel tadi di belakang terminal bas. Grand Puteri ini pula berhadapan dengan Terminal Bas. Memang anda boleh nampak dari platform terminal bas lagi. 

Hotel ni dalam 200 meter sahaja dengan Masjid Sultan Zalnal Abidin, atau Masjid Putih. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Primula Beach Hotel

Bestseller hotel di Kuala Terengganu juga ni. Starting price ialah RM 320 untuk satu malam. Swimming pool dan tempat duduk makan yang menghadap pantai macam ni memang buat sapa pun teruja. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Hotel Tanjong Vista

Hotel Tanjong Vista ini adalah hotel yang ada indoor swimming pool, yang paling dekat dengan shopping complex yang tengah hangat sangat sekarang ni sebab baru siap, iaitu KTCC Mall. 

Cantik KTCC Mall ni sebab facing laut. Dan kalau tak silap, memang tapak KTCC Mall ini pun hasil dari tambakan tanah. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Raia Hotel and Convention Centre Terengganu

*Raia Hotel ini asalnya Tabung Haji Hotel, tapi sudah bertukar pihak pengurusan sejak 2020. 

Seluruh Malaysia, Raia Hotel ini ada 5 cawangan. Raia Hotel ini kalau dibina, memang akan buat dekat airport. Kecuali yang di Kota Kinabalu, 20 minit juga. 

Termasuklah yang di Kuala Terengganu ni, Alor Setar dan juga Bayan Lepas. Sebab hotel ni bertindak sebagai convention center. Apa itu convention center? Mudah kata, jemaah haji atau umrahlah. Kebiasaannya, kalau group group yang besar nak buat gathering memang akan pilih Raia Hotel. 

Dan sangat mudah, sebab dekat dengan Airport. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

The Serai Cottage Downtown Hotel

Seterusnya, The Serai Cottage Downtown Hotel pula. Cottage, seakan akan rumah kecil, atau biasa istilah yang kita guna chalet. The Serai Cottage ni dekat dengan Stadium Mizan. 6 minit sahaja daripada Airport Sultan Mahmud. 

Kalau menginap disini, tiba rasa nak ke pantai, yang paling dekat ialah di Pantai Teluk Ketapang, setiap hari jumaat, akan ada pasar malam. Tapi setiap hari pun ada gerai gerai di sepanjang pantai. 

Kalau nak mencari kedai makan seafood pun ada banyak di persisiran pantai ini juga. 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Seri Indah Resort

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

BB Durio Chalet

 

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

[socialpoll id=”2870338″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *