Tempat Makan

Tempat Makan Malam Best di KL

Bandar Kuala Lumpur memang tidak pernah tidur. Sentiasa sibuk 24 jam, maka tidak hairanlah pada wkatu tengah malam sekali pun kota metropolitan ini sentiasa bermandikan cahaya.

Begitu juga dengan penduduknya, jika siang hari mereka berkerja, waktu malam mereka lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Cara terbaik adalah dengan menjamu selera bersama. Sebab itulah banyak restoran dan tempat makan waktu malam best di buka di Kuala Lumpur ini.

Jika anda merancang untuk cari restoran menarik di KL ini, tidak susah pun. Sebab setiap ceruk ada kedai makan. Jadi dalam artikel ini kami akan cadangkan beberapa tempat makan best pada waktu malam yang anda boleh cuba.

#1 Dining In The Dark KL

Ingin merasai pengalaman menjamu selera dalam kegelapan? Anda boleh ke Dining In The Dark KL. Restoran ini menawarkan pengalaman berbeza buat anda. Ada yang tertanya-tanya, macam mana nak makan dalam keadaan gelap?

Secara jujurnya bukan 100% gelap kerana anda masih boleh melihat makanan dan suasana restoran secara samar-samar. Hanya mata anda yang ditutup.

Menariknya, pelayan restoran terdiri daripada orang cacat penglihatan. Dari segi makanan, Dining In The Dark KL menyajikan makanan barat.

Alamat: 50A, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Google Maps Location

#2 Pasar Malam Taman Sri Rampai

Siapa tak suka makanan pasar malam? Boleh dikatakan rasa makan yang dibeli di pasar malam sedap sedap belaka. Dari masakan kampung seperti nasi campur, nasi lemak, laksa, malah burger dan daging kambing bakar pun ada.

Terletak di belakang Wisma Rampai, pasar malam yang beroperasi setiap hari Khamis ini sentiasa menjadi tumpuan penduduk tempatan. Tidak kira bangsa dan usia, mereka berpusu-pusu ke pasar malam ini untuk mencari juadah makan malam. Ia mula beroperasi pada 5 petang dan berakhir sekitar 10 malam.

Alamat: 35, Jalan 45a/26, Au 1, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Google Maps Location

#3 Burger Bakar Abang Burn

Kedai burger ini cukup popular sejak burger bakap diperkenalkan beberapa tahun lalu. Burger Bakar Abang Burn menyediakan pelbagai jenis burger yang telah diberi sentuhan khas supaya kena dengan selera rakyat Malaysia.

Yang baling laris adalah Burger Cheese Lebur dan Cheese tarik khas buat penggemar keju. Daging burgernya dicelup di dalam sos lada hitam dan di bakar sebelu ‘dimandikan’ dengan keju leleh.

Sos lada hitam ini merupakan resepi mereka sendiri yang menggabungkan 5 jenis sos lada hitam yang diterbangka khas dari Peru.

Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana, 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 12AM–12PM, 6:30PM–12AM

Google Maps Location

 

#4 Muhibbah Seafood Restaurant

Kami pasti peminat makanan laut sudah biasa akan nama Muhibbah Seafood yang terletak di Kampung Sungai Penchala ini. Keenakan makanan laut yang terdiri dari ketam, sotong, udang, aneka ikan yang dimasak pelbagai cara ini pasti menambat selera sesiapa sahaja.

Sebut sahaja apa jenis masakan yang anda inginkan, yang paling mendapat perhatian sudah tentu yang dimasak ala Thai.

https://klfoodie.com/10-best-halal-restaurants-kl-selangor/muhibbah-seafood/

Restoran ini sentiasa penuh di waktu malam, masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk merasai keanakan seafood segar yang dimakan bersama nasi putih.

Servisnya memuaskan, kawasan tempat letak kereta juga luas.

Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Google Maps Location

#5 Murni Discovery Bukit Jalil

Untuk pengetahuan Murni Discovery mempunyai enam buah cawangan sekita Kuala Lumpur dan Selangor. Salah satu sebab ia menjadi pilihan ramai adalah kerana kepelbagaian menunya.

Murni Discovery menyediakan masakan melayu, Cina, dan India. Jadi kalau anda berasa untuk menikmati roti canai/naan bersama ayam tandoori, semuanya dijual di sini.

Malah, makanan Barat seperti chicken chop, lamb chop, atau pizza turut disajikan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Portion makanannya juga besar dan nampak meriah.

Murni Discovery boleh didapat di enam cawangan iaitu di Bukit Jalil, SS2, Aman Suria, USJ, Sunway Mentari, Kepong, Bandar Seri Permaisuri, dan Shah Alam.

Alamat: Bukit Jalil No. 41, Jalan 16/155C, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 57000

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, bermula 12pm – 2am

Google Maps Location

#6 Subak Restaurant

Restoran ini terletak di lereng Bukit Lanjan. Di sini pelanggan boleh menikmati makanan dalam suasana tenang, desiran angin dan bunyi air sungai yang mengalir.

Restoran itu dibahagikan kepada lima bahagian ‘rumah’ iaitu ruang utama yang menempatkan dapur, anjung, serambi, loteng dan kolam. Yang menjadi pilihan ramai sudah pasti ditepi kolam.

Dari segi menu pula, Restoran Subak menyajikan pelbagai jenis hidangan yang meliputi citara tempatan dan Barat. Dari segi harga, masih berpatutan dan bergantung kepada apa yang anda pesan.

Pelanggan juga boleh mengadakan acara-acara ringkas seperti sambutan majlis ulang tahun atau hari lahir, resepsi perkahwinan kerana suasananya yang sesuai dan tempatnya yang luas.

Alamat: Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: dibuka setiap hari bermula 11am – 11pm

Google Maps Location

#7 Teratak Ikan Bakar

Restoran ini digemari ramai orang dari semua peringkat usia, bangsa dan agama. Walhal jika anda Googel Teratak Ikan Bakar, rating yang diberikan dari pelanggan yang pernah makan di sini agak tinggi.

Teratak Ikan Bakar menyediakan makanan seafood dan yang paling popular sudah pasti, ikan bakarnya. Ia diperap dengan sos istimewa dan dibakar menggunakan arang.

Cuba bayangkan jika makanan laut lain dimasak ala Thai dan dimakan bersama nasi putih. Menu terkenal lain adalah tomyam pekat dan asli.

Alamat: 03a, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Dibuka setiap hari bermua 6.15pm – 11.30pm

Google Maps Location

#8 Dinner in the Sky Malaysia

Dinner in the Sky menawarkan pengalaman unik iaitu menikmati makan malam di udara dalam keadaan tergantung, tanpa dinding dan lantai. Bunyinya macam menyeramkan tetapi itulah kelebihannya.

Anda akan makan di atas platform dikenali ‘flight table’ sambil menghayati menyaksikan pemandangan menakjubkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur.

Ia terletak di perkarangan lanai, bangunan MATiC. Kami ingin ingatkan bahawa untuk harga Dinner in the Sky Malaysia ini bukan murah. Walaupun mahal tetapi berbaloi kerana ia bakal dikenang hingga ke akhir hayat.

Alamat: Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Maps Location

Itu dia beberapa tempat makan malam best di Kuala Lumpur. Semoga artikel ini dapat membantu anda memberikan idea untuk anda menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *