Jika pada waktu siang anda melakukan aktiviti pantai, melawat tempat bersejarah, dan shopping. Pada waktu malam adalah waktu terbaik untuk anda mencuba makanan tempatan di Langkawi. Sebelum ini kami sudah kongsikan antara tempat makan best, dalam artikel ini kami akan senaraikan tempat makan malam di Langkawi pula.
#1 Medan Selera Nelayan
Makanan laut atau seafood memang menjadi kegemaran kita semua untuk santapan waktu malam. Medan Selara Nelayan merupakan antara tempat makan seafood sedap di Langkawi yang wajib anda kunjungi.
Dari luaran, restoran ini nampak biasa sahaja.Tidak mewah tetapi cukup selesa untuk anda makan bersama keluarga.
Semua jenis makanan laut ada di sini dan semuanya segar-segar belaka. Anda sendiri boleh pilih makanan laut yang anda nak, masukkan dalam bakul. Seterusnya beri kepada pekerja mereka. Nyatakan jenis masakan yang anda inginkan.
Menu paling popular di sini adalah masak tiga rasa, masak steam, dan celup tepung.
Alamat: Jalan Bukit Malut, 07000 Kuah, Kedah
#2 Tanjung Tirai View Cafe
Selain makanannya yang menyelerakan, panorama dan suasana restoran ini banyak membantu dalam menarik pelanggan. Ia terletak Kompleks Jeti Pelancongan Kuah. Betul-betul ti sebelah jeti.
Apa yang ada di sini? Boleh dikatakan semua jenis makanan! Dari makanan laut, western, ala Thai, dan masakan panas tempatan.
Terdapat booth-booth khas yang menyediakan makanan seperti booth chicken cop, satay, dan minuman. Kalau anda bertuah, ada kambing golek pada hari hari tertentu.
Di sini, pelanggan dapat melihat bot dan feri lalu lalang membawa penumpang.
Waktu operasi: 5 pm -12 am
Alamat: Kompleks Jeti Perlancongan Kuah 07000 Langkawi,Malaysia, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
#3 Telaga Arabic Restaurant
Telaga Arabic Restaurant merupakan salah sebuah kedai makan di Pantai Cenang Langkawi yang cukup popular. Terletak betul-betul di tepi pantai, Telaga Arabic menyediakan pelbagai hidangan dari Timur Tengah.
Menu seperti tandoori, nasi Arab, shawarma, kebab, shish taouk, roti, sentiasa dipesan pelanggan. Untuk pencuci mulut, pelanggan boleh memilih hummus, baba ganouj dan mutabel.
Hiasannya juga menarik. Pemilihan perabut, replika pokok yang biasa kita lihat di padang pasir, serta alunan muzik unik, membuatkan anda seolah berada di negara Arab.
Waktu operasi: 12 pm – 11.45 pm
Alamat: Telaga Seafood & Telaga Arabic Restaurant, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
#4 Artisans Pizza
Menu pizza sudah tidak asing lagi pada golongan muda mudi. Kalau nak pizza sedap, singgahlah ke Artisans Pizza untuk merasai kelembutan roti dan keenakan toppingnya.
Ada lapan jenis piza yang disediakan untuk pelanggan. Antaranya supreme beef pastrami, BBQ chicken, termasuklah pizza satay. Ini menjadikannya sebagai tempat makan best di Pantai Cenang.
Anda pasti akan terpegun betapa tebalnya topping pizza mereka. Sehinggakan pelancong asing sendiri menggemari masakan dari Itali ini.
Punyalah sedap sehinggakan Artisans Pizza mempunya tiga buah cawangan di Langkawi iaitu di:
- Jalan Pantai Cenang
- Telaga Harbour Park, Pantai Kok
- Bandar Baru Baron, Kuah
Alamat: Lot 1230, Pantai Cenang, Kedah, 07000 Pulau Langkawi
#5 Nest Rooftop Cafe
Untuk meraikan pasangan, pastinya anda mencari tempat makan romantik di Langkawi, kami cadangkan anda Nest Rooftop Cafe.
Terletak di tepi Pantai Cenang, kafe ini menawarkan pelbagai jenis sajian enak untuk anda seperti masakan tempatan, Western, Thai, atau Italian.
Apa yang membuatkan cafe ini romatis adalah kerana ia terletak di atas bumbung bangunan. Sambil menikmati makanan enak, anda juga boleh menjamu mata dengan menyaksikan pemandangan Pantai Cenang, dan Laut Andaman.
Selain pada waktu malam, suasana ketika matahari terbenam juga memukau. Waktu terbaik untuk anda bergambar.
Dekorasi moden dan warna yang ceria. Nest Rooftop juga adalah tempat menarik di Langkawi pada waktu malam.
Waktu operasi: 8am – 12 pm / 5 pm – 11 pm
Alamat: 1659, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
#6 Wan Thai Langkawi
Hidangan ala Thai memang menjadi kegemaran kita semua bukan? Kalau begitu, singgahlah ke restoran Wan Thai Langkawi yang terletak di Persiaran Bunga Raya.
Tak susah untuk cari restoran ini, kerana signboard nya sudah jelas mempunyai seni Thailand.
Boleh dikatakan semua jenis masakan Thai boleh anda pesan di sini. Menu paling popular sudah tentulah tomyam campur. Tomyamnya memang pekat, pedas dan cukup masam manis.
Di tambah pula dengan keenakan siakap tiga rasa, sotong tepung, dan butter prawn.
Menariknya harga makanan di sini agak berpatutan berbanding restoran makanan laut yang lain.
Layanannya juga tip top. Jangan lupa order pulut mangga ya?
Waktu operasi: 11.30am – 3pm ; 6 pm – 10pm
Alamat: 86, Persiaran Bunga Raya, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Nah, itu untuk makan malam. Kalau nak makan sedap untuk breakfast, kami cadangkan anda ke Nasi Dagang Pak Malau yang terletak di Jalan Makam Mahsuri.
Semoga artikel senarai tempat makan malam di Langkawi ini sedikit sebanyak membantu anda ketika bercuti nanti. Yelah, kenalah cari tempat makan sedap barulah berbaloi dengan harga yang kita bayar.