Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur menempat pelbagai tarikan menarik. Ia kaya dengan tempat hiburan, hotel mewah, bangunan pencakar langit, kawasan riadah, dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan tempat makan? Kat mana tempat makan sedap di KL yang berbaloi untuk anda terjah?
Rakyat Malaysia bersikap terbuka dan menerima segala jenis juadah dari negara luar. Maka banyaklah restoran yang mengkhususkan kepada makanan tertentu.
Tempat makan di KL memang banyak, tapi belum tentu ia sedap dan kena dengan selera anda. Oleh itu kami kumpulkan beberapa kedai makan sedap di KL supaya senang untuk anda cuba nanti. Senarai di bawah adalah dari cadangan orang ramai dan ada jga yang pernah viral.
Kesemua gambar yang kami kongsikan dala artikel ini adalah dari akaun Twitter ViralFoodCew.
#1 Grellas Wangsa Maju
Penggemar masakan western, jangan lupa untuk singgah di Grellas Wangsa Maju. Restoran ini menyajikan pelbagai masakan barat yang asli dan menyelerakan. Mereka juga menggelarkan diri mereka sebagai ‘the lamb specialist’ di mana hidangan berasaskan kambing seperti lamb chop dan grill lamb yang enak.
Menu lain seperti burger, fish and chips, spaghetti, dan chicken chop turut disediakan. Harga makanan di sini agak berpatutan, berbali dengan rasa dan portion nya yang besar. Suasana restoran ini juga selesa dan kondusif.
Waktu operasi: 12pm – 10.30pm
Alamat: 21, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#2 Om Pecal Lele
Hidangan yang berasal dari Indonesia ini juga menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Nasi putih, ayam yang di goreng garing, sup,tempe dan sambal istimewa. Sudah banyak restoran seumpamanya di buka.
Tetapi restoran pecal lele paling sedap di Kl adalah di Om Pecal Lele yang terletak di Kampung Pandan.
Tempat makan best di Wangsa Maju menyediakan ayam yang rangup dan isinya sangat lembut. Malah banyak lagi menu yang boleh anda pilih seperti ikan keli, burung puyuh, dan lain lain.
Waktu operasi: 11am – 4pm
Alamat: 29, Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#3 Mali’s Corner
Siapa yang tidak pernah rasa kelazatan char kueh tiaw Mali’s Corner, anda memang ketinggalan. Hidangan char kueh tiaw basah di sini sangat terkenal di KL. Mana tidaknya, restoran ini pasti akan penuh pada waktu malam.
Mali’s corner menyediakan char kueh tiaw basah, bersama taugeh, beberapa ekor udang, dan lada jeruk. Gabungan yang mantap bukan? Harga bermula pada RM5.50, tetapi anda boleh pilih mengikut saiz hidangan. Lebih besar saiz, lebih banyak udang.
Selain hidangan signature char kueh tiaw, Mali’s Corner turut terkenal dengan nasi lemak ayam goreng dan nasi ayam.
Waktu operasi: 1.20pm – 2am | tutup pada Isnin
Alamat: 9, Jalan Langkawi, Taman Teratai Mewah, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#4 Knips Ice Cream Roll
Anda pasti pernah dengar akan ice cream gulung bukan? Sejenis ice cream yang diletakkan di atas penghidang khas, kemudian digulung sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Kalau nak rasa aiskrim gulung best, anda boleh ke Knips Ice Cream yang merupakan salah satu tempat makan viral di KL.
Knip memberikan pelbagai perisa ice cream seperti Oreo, kiwi, coklat, strawberry, dan banyak lagi. Tidak cukup dengan itu, ia ditambang dengan topping berbeza mengikut kehendak anda. Antara topping yang disediakan adalah cereal, syrup, chocolate rice, dan chocolate chips.
Waktu operasi: 5pm – 1 am
Alamat: Beemie Kitchen @ Dagang Avenue Foodcourt (sebelah wong solo)
# 5 Durian Nan Sebatang
Sebuah lagi tempat makan menarik di Ampang adalah Durian Nan Sebatang. Apa yang best di sini? Menu pilihan ramai adalah Loca Loca iaitu hidangan pelbagai rasa dalam satu dulang.
Dalam satu dulang anda boleh cuba nasi goreng, megi goreng, kambing, kentang, sos lada hitam dan mayonis. Banyak bukan? Ia sebenarnya boleh dikongsi oleh empat orang. Ini boleh mengeratkan hubungan dan memeriahkan lagi waktu lepak anda.
Hidangan Mama Speda, iaitu konsep yang sama tetapi ia menyajikan lauk Melayu seperti nasi putih, begedil, sambal hijau, dam ulam ulaman. Harga satu platter adalah RM29.
Nama restoran ini juga diambil dari sebatang pokok durian yang ada di kawasan tersebut.
Waktu operasi: 4pm – 2am | tutup pada Isnin
Facebook: https://www.facebook.com/duriannansebatang/
Alamat: 824, Jalan Susur, Kampung Tasek Permai, 68000 Ampang, Selangor
#6 Pekan Station
Anda perlu buang tanggapan yang masakan Western itu mahal. Ini kerana Pekan Station yang terletak di Kampung Baru menyajikan masakan Barat pada harga berpatutan.
Menu best di sini adalah Chicken Chop Pasta, Mix Grill yang menggabungkan ayam, daging lembu dan kambing serta Chicken Bleu, meatball, dan Chicken Boxing. Bayangkan menu Black pepper Steak cuma berharga RM14 sahaja.
Tempat makan best di Kampung baru ini berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Waktu operasi: 6.30 am -1 am | Tutup pada Khamis
Alamat: 61, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
#7 MyKori Dessert Cafe
Cafe ini menjual aiskrim dan aneka pencuci mulut dari Barat sebaga sajian utama. Pelbagai jenis ice cream, pelbagai perisa ais parut untuk pelanggan cuba. Lihat sahaja portion dan presentation shaved ice dessertnya, memang memikat selera.
MyKori Dessert Cafe amat menitik beratkan tentang rasa dan rupa hidangan mereka. Shaved ice ditabur dengan sirap khas untuk membangkitkan rasa.
Konsep ini amat digemari oleh warga kota. Hingga ke hari ini MyKori telah memiliki 8 buah cawangan di KL dan Selangor. Oleh kerana itu ia menjadi salah satu tempat makan menarik di Selangor.
Waktu operasi: 2pm – 11pm
Alamat: No 6, 2, Jalan Kenari 18a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
#8 Flora Kafe
Mencari tempat makan romantik di Kuala Lumpur? Kami cadangkan Flora Kafe untuk anda dan pasangan. Nak tahu apa yang ada di sini? Flora Kafe menyajikan menu tempatan seperti masakan panas dan western.
Menariknya di sini, suasananya begitu tenang dan diserikan dengan dekorasi menarik. Ini sekali gus membangkitkan mood romantik.
Waktu operasi: 12pm – 11pm
Alamat: Amp Walk, 218, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur
#9 Eat Drink Thai
Makanan Thai sudah tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Hidangan tomyam sudah menjadi sebahagian daripada kita. Kalau nak rasa masakan Thai yang padu, kami cadangkan anda ke tempat makan best di Damansara iaitu Eat Drink Thai.
Mereka menyediakan pelbagai hidangan asli Thailand yang bakal memikat selera anda. Seperti baramundi iaitu menggabungkan udang, sotong, mussels, jagung, dan lain lain.
Waktu operasi: 11.30 am – 10pm
Alamat: 9, Jalan PJU 5/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Kalau nak senaraikan semua tempat makan sedap di KL memang akan panjang berjela artikel ini. Sebab itu kami cadangkan yang betul-betul best dan menjadi buah mulut orang ramai sahaja. Atau anda ada cadangan lain? Sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah.