Makan Makan

5 Masakan/Makanan Paling Sedap di kelantan

Tiada siapa yang boleh menyangkal keenakan makanan Kelantan. Keunikan masakan tradisi negeri ini mampu memukau sesiapa sahaja yang mencubanya. Sebab itu lah ramai yang datang ke negeri ini hanya untuk menikmati makanannya sahaja.

Kalau nak sebut semua masakan dan kuih tradisional Kelantan yang sedap-sedap, memang tak akan habis. Jadi dalam artikel ini kami nak highlight kan 5 menu best yang kami kelaskan sebagai ‘wajib cuba’ kalau berkunjung ke negeri ini.

Nasi Kukus

Nasi Kukus ni, dari jauh lagi kita dah dapat hidu aromanya yang memukau. Nasinya memang dikukus sepenuhnya dalam periuk kukus. Beras dimasukkan dalam acuan khas yang menyamai satu hidangan.

Antara gabungan lauk yang sering disajikan adalah ayam goreng berempah, gulai kawah, kari ayam, kari daging, kerutuk, pajeri nenas, sambal ikan bilis, timun, dan sambal belacan. Nasi kukus ni sesuai dimakan sebagai santapan tengah hari.

Kalau ditanya kat mana kedai yang menjual nasi kukus di Kota Bharu, memang banyak. Tapi kami syorkan beberapa restoran yang terkenal dan sentiasa menjadi buah mulut orang ramai.

Harga nasi kukus ni bermula pada RM5 untuk satu hidangan, bergantung pada jenis lauk yang anda ambil.

Nasi Abang Mie

Di waktu tengah hari, dari jauh lagi anda boleh nampak orang ramai beratur untuk mendapatkan nasi kukus di sini.

Alamat: Jln Kota Bharu-Kuala Terengganu, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Google Maps Location

Zakini Nasi Kukus

Antara yang paling terkenal dan yang dah lama bertapak. Terdapat dua cawangan di Kota Bharu iaitu di Jalan Wakaf Mek Zainab dan di Berek 12.

Alamat: S/26, Lot 439, Berek 12, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Google Map Location

Nasi kerabu

Anda mungkin pernah lihat nasi yang berwarna biru dan dimakan bersama ulam-ulaman. Warna biru itu dihasilkan daripada sejenis bunga yang dipanggil bunga telang. Nasi kerabu wajib dihidangkan bersama sambal kelapa, budu, ulam-ulaman, berserta lauk seperti ayam goreng, ikan goreng tepung, daging bakar, telur masin, dan keropok.

Terdapat dua jenis nasi kerabu di Kelantan. Yang lagi satu merupakan nasi putih yang dimakan dengan sambal tumis, sambal kelapa, budu, dan ulam.

Yati Ayam Percik

Antara kedai yang menjual nasi kerabu paling famous di Kota Bharu. Signature dish mereka, ayam percik, menjadi bualan ramai.

Alamat: Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Nasi Kerabu Golok

Alamat: Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Google Maps Location

Laksam

Laksam dikelaskan sebagai salah satu menu sarapan pagi di neger Kelantan. Ia kelihatan seperi kueh tiaw tetapi jauh lebih tebal dan diperbuat daripada tepung beras dan tepung jagung yang dikukus. Manakala kuahnya pula adalah kuah ikan pekat berlemak yang enak. Dimakan pula bersama ulam-ulaman dan sambal.

Tak susah nak cari laksam di waktu pagi. Mana-mana kedai kopi yang menyediakan nasi berlauk pasti turut menyertakan laksam sebagai salah satu menu.

Laksam Special By-T

Kalau nak cuba restoran yang betul-betul memfokuskan laksam sahaja, wajib cuba Laksam Special By-T yang terletak di Jalan Raja Perempuan Zainab II. Ramai juga yang mencadangkan makan di sini. Sebabnya, bukan sekadar laksam je, tetapi hidangan seumpamanya seperti laksa Penang turut disediakan.

Alamat: Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 Kota Bharu.

Google Maps Location

Nasi Tumpang

Nasi Tumpang juga cukup sinonim dengan masyarakat negeri Che Siti Wan Kembang. Sama seperti laksam, ia kebiasaanya di makan pada waktu pagi. Bagi yang tidak tahu, nasinya dimasak lembik seperti nasi impit. Kemudian beberapa jenis lauk dicampurkan seperti gulai ikan, udang, serunding, dan secebis telur dadar.

Menariknya nasi tumpang ini dibungkus dalam daun pisang dalam bentuk kon. Nasi tumpang dijual bermula pada harga RM2-RM5.

http://bicaramentari.blogspot.my/2017/12/dop.html

Kopitiam Kita

Kopitiam Kita memang terkenal sebagai lokasi sarapan pagi di Kota Bharu. Nasi tumpang turut dijual di sini bersama nasi berlauk, nasi kerabu, dan lain-lain makanan tradisi Kelantan

Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Google Maps Location

Nasi Dagang

Nasi dagang juga tidak kurang hebatnya. Ada yang mengatakan nasi dagang adalah hidangan mewah kerana ia dijamu dengan pelbagai jenis lauk. Mana tidaknya, berasnya sahaja menggunakan beras basmathi yang berkualiti. Ia dimakan bersama gulai ikan tongkol, gulai udang, gulai ayam. Nasi dagang turut dihidangkan bersama sambal kelapa, telur rebus, dan acar timun.

http://www.friedchillies.com/site/detail/capital-nasi-dagang-kelantan

Nasi dagang sering menjadi menu utama di majlis keraian, kesyukuran, dan juga pada hari raya.

Restoran Nasi Dagang

Alamat: Jalan Tengku Besar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Nah, 5 masakan Kelantan paling sedap yang kami boleh senaraikan. Kami Yakin kelima-lima hidangan yang kami cadangkan akab memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya.

 

You might also like

2 Replies to 5 Masakan/Makanan Paling Sedap di kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *