Langkawi

Muzium 3D Langkawi

Muzium lukisan 3D sudah sebati dengan masyarakat hari ini. Ia menjadi salah satu daya tarikan orang awam serta pelancong. Ini kerana muzium seumpama ini mempunyai banyak mural seni tiga dimensi yang tampak realistik. Jika anda berada di pulau permata Kedah, jangan lepaskan peluang untuk ke muzium 3D Langkawi atau 3D Art of Paradise yang menarik.

Apa yang tentang 3D Art of Paradise adalah ia merupakan muzium 3D yang kedua terbesar di dunia! Ia menempatkan lebih 100 mural dan lukisan menarik yang dilukis oleh pelukis 3D profesional dari Korea dan tempatan.

Jika anda masih belu aware dengan lukisan 3D, ia merupakan mural yang mempunyai kesal optik ilusi. Di mana lukisan ini akan tampak realistik jika dilihat dari sudut tertentu. Merakam gambar dari sudut khusus ini bakal membuatkan anda seolah berinteraksi dengan lukisan tersebut.

9 zon berbeza

Terletak di Oriental Village, 3D Art of Paradise ini terbahagi kepada 9 zon. Setiap zon mempunyai tema berbeza iaitu:

  • Akuarium
  • Safari
  • Interaktif 1
  • Interakti 2
  • Fantasi
  • Klasik
  • Mesir
  • Istana lama
  • Panorama/pemandangan
  • Malaysia

Zon Malaysia dilihat paling menarik kerana mengumpulkan sejumlah lukisan yang merangkumi sejarah Malaysia termasuklah mural Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lukisan 3D bertaraf antarabangsa

Ruang pameran hampir 2,000 meter persegi di dalam bangunan 3 tingkat ini memang wajib anda kunjungi. Ia bukan sekadar yang kedua terbesar di dunia hanya pada nama, tetapi pamerannya bertaraf antarabangsa.

Semuanya nampak realisitik dan tidak kaku. Bukan sahaja lukisan bahkan objek optik ilusi seperti meja yang membuatkan anda seolah telah dipancung kepala dan sedia menjadi santapan gorila. Banyak lagilah optik ilusi menarik untuk anda bergambar.

Ruang yang paling luas adalan Zon mesir yang terletak di aras paling atas. Menjejakkan kaki ke Zon Mesir membuatkan anda seolah berada di negara tersebut.

Salah satu tarikan di Oriental Village

Oriental Village sudah sinonim dengan pelancong. Di sinilah terletaknya perkhidmatan kereta kabel, SkyCab Langkawi, yang begitu popular. Bukan sekadar muzium 3D dan kereta kabel, banyak lagi tempat menarik di Oriental Village yang boleh anda nikmati bersama keluarga. Seperti:

  • SkyDome Langkawi
  • SkyRex
  • SkyGlide
  • SkyBistro
  • SkyTrail
  • SkyBoutique
  • SkyAdventurePark
  • SkyPos
  • 6D Cinemotion
  • Time Travel

Harga tiket Muzium 3D Langkawi 2019

  • Dewasa: RM30
  • Kanak-kanak RM20

Anda perlu tanggalkan kasut untuk memasuki muzium ini untuk mengelakkan lukisan kotor atau rosak. Selain itu, anda juga bakal dibekalkan dengan sepasang stokin untuk dipakai sepanjang berada di dalam muzium.

Tiket juga dijual dalam bentuk kombo yang berserta dengan tiket masuk ke beberapa tempat menarik yang ada di Oriental Village termasuk kereta kabel Langkawi.

Harga tiket kombo Oriental Village

NORMAL COMBO: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

Dewasa RM40 | Kanak-kanak RM30

EXPRESS LANE COMBO: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

Dewasa RM90 | Kanak-kanak RM80

GLASS BOTTOM GONDOLA: Kereta Kabel Tapak Kaca + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

Dewasa RM105 | Kanak-kanak RM105

PRIVATE GONDOLA: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

RM550 (untuk 6 orang)

VIP GONDOLA: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

RM550 (untuk 6 orang)

Anda boleh rujuk http://www.panoramalangkawi.com/buy-ticket/ untuk maklumat lanjut berkenaan harga tiket.

Lebih berbaloi jika anda beli tiket kombo. Jika beli berasingan agak mahal. Dah alang-alang nak masuk muzium 3D, apa kata beli tiket bersama perkhidmatan kereta kabel untuk lihat pemandangan dari SkyBridge. Kalau nak tahu, Skybridge adalah mercu tanda Langkawi yang indah.

Oriental Village

Waktu operasi muzium 3D Langkawi: 9 am – 6 pm

Alamat: Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi Kedah

Kalau anda bercuti di Langkawi, kami sarankan anda supaya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke muzium 3D Langkawi ini. Kami yakin anda akan berpuas hati kerana mural di sini memang berkualiti tinggi. Dalam masa sama inilah masanya untuk anda merakam gambar percutian menarik bersama keluarga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *